airasia naikkan fee check in counter

Charge Untuk Check-In di Kaunter AirAsia Naik Kepada RM 100

UPDATE 21 Mac : AirAsia kini memaklumkan check in fee akan dimansuhkan mulai 1 April 2022. Akan tetapi check in di kaunter hanya terhad kepada beberapa jenis penumpang. Penumpang yang bukan dalam senarai tersebut tidak dibenarkan check-in di kaunter, walaupun sanggup membuat pembayaran.

UPDATE 24 Feb: Beberapa jam setelah berita ini kami terbitkan, page check in fee Airasia kini tidak lagi ada kenaikan tersebut. Kami mendapat maklumat yang kenaikan fee ini telah DIBATALKAN kerana tidak mendapat kelulusan MAVCOM.

Info di bawah adalah untuk rujukan/tujuan arkib sahaja.

Bermula 1 Mac 2020, penumpang pesawat tambang murah AirAsia yang memilih untuk check-in di kaunter, akan dikenakan bayaran sebanyak RM 100.

Bayaran ini dikenakan untuk kedua-dua penerbangan domestik dan antarabangsa.

check in kaunter airasia fee naik

Menurut pihak Airasia, langkah ini adalah untuk menggalakan penunmpang menggunakan teknologi digital Airasia ( seperti aplikasi, kiosk dan laman web ) dan untuk mengurangkan contact antara penumpang dan staff AirAsia.

Naik Dari RM 20 seorang

Check-in fee di kaunter sebenarnya telah diperkenalkan oleh AirAsia untuk penerbangan domestik beberapa negara, termasuk Malaysia sejak September 2020 lagi.

Fee ini dahulunya adalah RM 20 untuk setiap seorang penumpang penerbangan domestik dan RM 30 untuk antarabangsa.

Ini bermakna jika anda dan keluarga (katakan 4 orang) memilih untuk check-in di kaunter untuk penerbangan dalam Malaysia, anda akan membayar RM 160 untuk trip pergi balik.

Dengan kenaikan terbaru ini, keluarga yang sama akan dikenakan fee sebanyak RM 800 untuk trip mereka.

Apa Cara Elak Fee Check-In di Kaunter

check in guna kiosk airasia

Untuk elak dari membayar fee ini, anda boleh check-in di beberapa tempat.

Anda boleh pilih untuk check-in di laman web AirAsia, app AirAsia ataupun di self service Kiosk syarikat itu.

cara elak bayar fee check in counter

Setelah check-in, anda boleh print boarding pass dan tag bagasi.

Setelah anda lampirkan tag di bagasi, hantar bagasi anda ke kaunter bagasi. Baggage drop counter dibuka 2 jam sebelum waktu berlepas domestik dan 3 jam untuk penerbangan luar negara.

Pengecualian

Ada beberapa pegecualian di mana anda mungkin terpaksa ke kaunter untuk check-in. Antaranya ialah di bawah :

  • Anda warga tua berumur lebih 70 tahun.
  • Anda bersama anak kecil bawah 2 tahun.
  • Anda tetamu antara 12 – 16 tahun yang travel seorang diri.
  • Apabila ada masalah teknikal di kiosk, laman web atau app Airasia

Untuk senarai lengkap mereka yang dikecualikan dari fee ini boleh rujuk di sini.

Sila ambil maklum tentang perubahan ini, terutama jika anda menempah tiket untuk warga emas yang kurang pandai teknologi.

Dikhuatiri harga bayaran check-in lebih tinggi dari tambang pula nanti.