Tempat makan BBQ Lamb Kemensah ini sudah viral agak lama. Tapi kalau anda nak datang merasa suasana makan ala berkelah kat sungai, book dulu.
Kalau anda nak datang waktu hujung minggu, tempah 2 atau 3 minggu awal. Tapi kalau dapat cuti dan nak datang hari biasa, boleh tempah beberapa hari awal.

Yang penting, tempah dulu.
Walaupun ada 20% tempat duduk kat sini memang dikhaskan untuk yang datang walk-in, peluang anda dapat makan tipis. Lagipun kalau ikut cerita mereka yang datang walk-in, beratur menunggu meja boleh ambil masa 2 jam atau lebih.

Bukan apa, orang yang sedang makan kat sungai dah tentu lambat nak tinggalkan tempat duduk. Dah sedap makan dan layan air kat kaki kan?
Siapkan Duit Lebih Sikit
Macam mana-mana tempat dengan pemandangan atau suasana yang lain dari yag lain, harga makananan kat sini tinggi dari biasa.
Memang ada udang galah, kambing bakar dan sebagainya. Tapi bajet kena keras sebab set berdua dalam RM 100 ke atas.

Tips
- Sebelum book, tengok ramalan kaji cuaca dulu. Bukan apa, kalau nasib tak baik, hari anda datang hujan, semua orang akan kuyup dan berkumpul bawah tempat teduh sekaligus. Nak makan pun tak boleh sebab kerusi meja mungkin diangkat dari sungai, takut dibawa arus.
- Jalan nak ke sini sempit, macam kawasan waterfall lain kat Malaysia. Bawa kereta perlahan sebab kalau laju, takut kereta anda mandi sungai.
- Makan dulu untuk lapik perut sebelum ke sini. Sebab orang ramai, makanan anda mungkin sampai dalam masa 1 jam.
- Kalau rasa nak jalan-jalan dengan family selepas makan, Zoo Negara ada dalam jarak 10 minit dari sini. Untuk anak mandi, ada air terjun Jeram berdekatan sini dan kalau nak lasak-lasak, ada ATV Rimba Kemensah.
Tempat Makan : BBQ Lamb Kemensah
Waktu Operasi : Setiap Hari : 10pg – 7 mlm
Alamat : Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor
Nak Tempah ? : Hubungi mereka di FB BBQ Lamb Kemensah
[static_content id=”18001″]