BigPay vs Wise App – Kad Travel Mana Lagi Berbaloi ?

Kalau anda suka travel overseas, anda mesti tahu tentang kad travel BigPay dan juga kad Wise.

Tapi persoalannya. Antara BigPay dengan Wise, mana yang lebih bagus?

Ini perbandingan mudah antara kedua-duanya.

KELEBIHAN WISE

Jimatkan Duit dengan Tabung

kad wise tabung matawang

Dalam satu akaun Wise, anda boleh ada banyak tabung matawang.

Jadi dalam akaun Wise anda boleh ada duit dalam Ringgit, USD, Rupiah, Euro dan banyak lagi matawang lain.

Boleh menabung siap-siap dalam currency negara yg bakal anda lawat.

Dalam satu akaun Wise, anda boleh ada 40+ matawang.

Contohnya, kalau anda berhajat hujung tahun nanti nak ke Australia dan sekarang matawang AUD tengah lemah berbanding ringgit, anda buka tabung AUD, dan beli duit AUD siap-siap.

Lagi banyak anda tukar masa Ringgit kuat, lagi banyak anda untung.

Buka Akaun Wise. Percuma Je!

Untung dengan Kadar Tukaran Matawang Asing Terbaik

exchange rate wise yang terbaik dan jimat banyak

Kalau pergi oversea, kita nak sebanyak-banyak duit dari ringgit kita.

Dalam banyak-banyak cara tukar duit, Wise ada exchange rate terbaik.

Jadi anda dapat lebih banyak duit berbanding menukar Ringgit kat mana-mana money exchange atau bank.

Sebabnya kadar tukaran wang asing di Wise menggunakan rate yang jauh lebih menguntungkan pengguna — dipanggil mid market rate.

Rate anda dapat sama macam yang anda tengok dalam Google.

Cuma bezanya kalau tukar Ringgit kat money exchange anda dapat duit cash (dan sikit).

Bila guna Waze duit anda dapat duit secara cashless (dan lebih banyak).

Jimat Sebab Duit Dibelanjakan Dari Matawang Negara Itu

tap kad wise

Ini pun mengapa Wise menjimatkan lagi duit.

Contohnya kalau anda ke USA, dan anda buka tabung dollar, semasa anda berbelanja di sana, duit akan ditolak dari tabung dollar anda.

Ini bagus.

Sebab kalau anda guna kad debit, kad kredit atau kad travel lain, kebanyakannya akan buat conversion dari ringgit ke dollar.

Setiap kali itu jugalah anda akan dirugikan pada exchange rate yang teruk ( belum dicampur lagi kalau ada charge tersembunyi itu dan ini).

Buka Akaun Wise. Percuma Je!

Keluar Cash Percuma

Wise bagi anda keluarkan duit dari akaun Wise anda dari mana-mana mesin ATM.

Percuma saja untuk pengeluaran 2 kali/ RM 1,000 sebulan.

Kalau lebih dari itu, ada charge RM 5.

Ini lebih murah dari kebanyakan kad lain yang tiada langsung pengeluaran percuma.

Support Apple Pay & Google Pay

wise card google and apple pay

Dengan Wise, kalau nak bayar kat oversea pakai telefon atau jam tangan pintar pun boleh.

Buat masa ini ( Sep 2023) hanya Wise sahaja kad debit travel yang boleh dipautkan dengan Apple Pay dan Google Pay.

Buka Akaun Wise. Percuma Je!

KELEBIHAN BIGPAY

Jimat Beli Flight AirAsia

bigpay airasia promo

Yang bagusnya kalau gunakan BigPay untuk beli tiket kapal terbang AirAsia, processing fee yang anda bayar ialah 0%.

Anda bayar harga tiket flight saja.

Okaylah, sebab bila anda beli tiket flight AirAsia dengan perbankan internet (e.g M2U dan CIMBClicks) ada caj RM4 dan kalau gunakan kad credit pula, AirAsia akan caj anda RM16.

Satu lagi, promo khas untuk pemegang kad BigPay pun ada.

Boleh Topup Guna Credit Card

Yang kami suka dengan BigPay ialah anda boleh top up akaun BigPay dengan kredit kad anda.

Jadi bukan saja boleh travel overseas walaupun gaji belum masuk, tapi anda juga boleh kumpul points untuk kad kredit anda juga.

Ada Reward Points

bigpay reward points 2

Bigpay ada point guna utk tebus tiket flight Airasia.

Setiap kali anda gunakan BigPay untuk shopping kat Shopee, Zalora, etc anda dapat kumpul Air Asia Big Point .

Boleh guna untuk redeem flight ticket dan juga hotel.

Boleh Scan QR code di Thailand, Indonesia dan Spore

wise vs bigpay - bigpay lebih baik jika dibandingkan tentang duit now

Satu lagi kekuatan BigPay ini ialah ia senang nak pakai di kawasan Asia Tenggara.

Nak bayar, boleh scan QR code saja kalau di Singapore, Thailand dan Indonesia.

Ini mengurangkan keperluan bawa keluar cash untuk bayar makanan di gerai dan lain-lainnya.

Senang Semak Belanja

Yang ini untuk anda yang nak tahu ke mana duit anda dibelanjakan.

Senang nak tengok sebab app nya ada tunjuk kat anda.

KEBURUKAN WISE

Ada Masa Kad Tak Boleh Wave

Antara kelemahan yang ada dilaporkan pengguna Waze yang gunakan kad untuk wave di oversea ialah ada waktunya kad Wise tak boleh digunakan untuk tap / wave.

Ia jarang berlaku, tapi kalau anda rajin layan group backpackers Malaysia, ada yang cakap glitch ini terjadi pada waktu tertentu — contohnya masa nak tap bayar train bawah tanah.

Tak Boleh Top Up Dengan Kad Kredit

Untuk kad Wise, kalau ada duit boleh travel.

Tak ada duit, duduk senyap-senyap.

Sebab tak macam BigPay, Wise hanya benarkan anda topup duit dengan bank transfer atau FPX saja.

App Tak Tunjuk Kategori Belanja

Ni tak penting sangat.

Tapi untuk yang pakai kad BigPay, anda akan perasan yang BigPay boleh tunjuk anda kat mana anda belanjakan duit ikut kategori.

Tapi Wise tak ada.

Tak Ada Reward Points

Kalau anda jenis pemburu reward points untuk tebus mangkuk laksa, ketip kuku, bantal atau flight, sorry.

Memang Wise tak ada feature ini.

KEBURUKAN BIGPAY

Ada Cross Border Fee

Sedihnya, mulai bulan Ogos 2023, Bigpay dah ada cross border transaction fee.

Anda akan dikenakan fee ini bila anda bayar dengan menggunakan Ringgit Malaysia, tapi kepada syarikat di luar Malaysia.

Contohnya, kalau anda bayar hotel dalam Ringgit, tetapi syarikat yg memproses bayaran itu di memproses transaksi ini di luar negara, anda akan kena cross border fee.

Contohnya bila anda tempah hotel luar negara, beli tiket flight AirAsia Thailand dan lain-lain.

Begitu juga kalau anda gunakan BigPay buat bayar langganan Neflix, Spotify dll.

Ada Credit Card Reload Fee

Satu lagi berita sedih ialah bermula Ogos juga, kalau anda top up kad BigPay dengan kad kredit, dan jumlahnya melebihi RM 1,000, akan ada charge 1% untuk topup dari kad kredit Malaysia.

Contohnya, kalau anda topup kad Bigpay dengan kad kredit sebanyak RM 8,000 sebab nak pi tengok bola kat Wembley, jumlah yang di charge pada kad kredit anda ialah RM8080.

Kalau kad kredit itu dari bank luar negara, lagi menangis.

Sebab chargenya melambung naik ke 3%.

Keluar Duit Kat ATM? Ada Fee

Kalau anda perlukan cash dan nak keluarkan duit kat ATM guna kad BigPay, ada charge.

RM 6 untuk ATM kat Malaysia dan RM 10 oversea.

Tak Ada Tabung

Semasa anda berbelanja dengan kad BigPay, ia akan convert dari Ringgit ke matawang negara itu.

Chargenya ialah 1% + network fee.

Walaupun exchange ratenya yang diberikan BigPay baik, ia tidak semesra atau sejimat konsep tabung dalam Wise.

FEATURES YANG SAMA

Ini pula ciri-ciri yang dua dua kad ada — dan mengapa Wise & Bigpay lebih baik dari kad debit atau kredit masa trip oversea nanti.


Exchange Rate Lebih Baik

Kedua-dua kad ini memberikan anda exchange rate yang lebih baik dari kebanyakan bank dan money changer kat Malaysia.

Buka Akaun Wise. Percuma Je!

Kedua-duanya Ada Kad Virtual.

Ada virtual card – jadi anda ada boleh buat kad untuk transaksi online – macam beli tiket masuk zoo, hotel dan lain-lain sebelum nak pergi cuti ataupun semasa trip.

Dan kad virtual ini boleh anda delete atau freeze bila habis trip.

Selamat. Tak risau kena fraud.

Boleh Guna Kat Malaysia & Oversea

Kedua-duanya diterima kat Malaysia dan luar negara.

Kad BigPay boleh diguna di mana saja kad VISA diterima.

Kad Wise pula boleh diguna di seluruh dunia kecuali di Afghanistan, Belarus, Burundi, Central African Republic, Chad, Congo and The Democratic Republic of the Congo, Cuba, Eritrea, Iran, Iraq, Libya, Myanmar, North Korea, Russia, Somalia, Sudan and South Sudan, Syria, Venezuela, dan Yemen.

Senang cerita, boleh guna keduanya bukan saja untuk holiday kat Eropah — malah masa buat haji dan umrah.

Ada Kad Fizikal

kad wise vs kad bigpay
Buka Akaun Wise. Percuma Je!

Dua-dua ada kad fizikal.

Tapi untuk Wise, kad fizikal ini optional.

Nak order boleh, tak mau order pun tak apa, sebab anda boleh masukkan kad maya (virtual) ke dalam GooglePay atau Apple Pay dan bayar dengan telefon atau jam tangan pintar saja.

Boleh Keluar Duit kat ATM

Masa kat luar negara, kedua-duanya beri ada pilihan untuk keluarkan cash dari ATM.

BigPay charge anda RM 10 utk setiap kali bawa keluar duit.

Wise pula percuma saja.

Tapi limit untuk Wise ialah maksima 2 kali sebulan / RM 1000.

Dan mereka charge anda hanya RM 5 kalau lebih dari kuota.

Tak Ada Bayaran Tahunan

Sedar atau tak, kebanyakan kad debit bank Malaysia ada yuran tahunan.

Yuran debit kad Malaysia dalam RM8 – 15 ikut bank dan ditolak terus dari akaun anda.

Tapi kad BigPay dan Wise memang tak ada yuran tahunan.

Nota : Kami perasan yang BigPay ada fee RM2.50 kalau tiada transaksi dalam masa sebulan, tapi charge ini di waivekan buat sementara waktu.

KESIMPULANNYA

Kesimpulannya, kedua-dua kad BigPay dan Wise bagus.

Tapi untuk jimat berbelanja masa trip di luar negara — kami letakkan Wise sebagai kad yang lebih bagus berbanding dengan BigPay.

Penjimatan anda bermula dari sebelum trip — sebab boleh menabung dalam matawang asing awal-awal dengan exchange ratenya yang cukup bagus ratenya sampailah masa anda beli barang atau bayar servis kat luar negara sebab anda bayar dalam matawang negara itu sendiri.

Buka Akaun Wise. Percuma Je!

Tapi, kad BigPay masih bagus untuk dijadikan kad backup.

Kalau kad Wise ada problem, masih boleh guna BigPay untuk berbelanja.

So, sekarang dah jelas antara app Wise vs Bigpay yang mana lagi power.

Now tunggu apa?

Bukalah akaun Wise sekarang — sementara ianya percuma.

Buka Akaun Wise. Percuma Je!
Jomjalan