Bila Nak Pi? Anmon Bintan – Glamping Dekat Pool Terbesar di Asia Tenggara

Untuk anda yang belum puas dengan tema glamping, ini Anmon Bintan – resort glamping di Bintan Indonesia.

Kredit : @meysiariska

Tema glamping kat sini tema khemah padang pasir.

Macam khemah glamping lain, bilik air ada kat dalam.

Sejuk ber aircond, ada fridge dan peti simpan barang.

Katil pun mewah.

Yang buat ia popular ada dua.

Pertama, sebab suasananya yang instagram friendly. 

Tips : Nak jimat duit masa travel oversea? Ini money exchange paling murah, paling mudah utk anda travel nanti.

Dan yang kedua, sebab dekat dengan Treasure Bay Bintan.

Tempat ini ada swimming pool paling besar dalam Asia Tenggara.

treasurebay bintan
Kredit : @treasurebaybintan.official

Pool ini besar sangat sampai bukan saja boleh mandi, tapi berkayak atau main macam-macam aktiviti air lagi.

Kredit : @treasurebaybintan.official

Disebabkan kawasan glamping anda tak ada bangunan tinggi, ini tempatnya untuk tengok langit membiru, dan rasa angin keliling.

Kredit : rahmaliahernanda

Bila malam, boleh tengok wayang open air sama-sama.

Tak pun, lepak saja tepi khemah. Boleh layan bintang, rasa ala-ala kat Timur Tengah.

Kredit : @nanasbananakeluarrumah

Cuma nak ke sini, bajet kena tinggi.

Harga biliknya mahal, dan begitu juga makannya. 

Kredit : @sarahjalan_

Kalau itu bukan halangan, planlah untuk datang dengan kengkawan.

p/s Glamping hampir sama ada kat Malaysia, cuma tak ada pool begitu besar. Namanya Tiarasa kat Janda Baik, Pahang.

Cara ke Anmon Bintan

Feri : Naik feri dari Berjaya Waterfront Terminal di JB. Turun di jeti Tanjung Pinang. Tambang feri dewasa sekitar RM 259 (last check Dec 2021)

Flight : MAS dan AirAsia ada flight ke Bintan (layover di Jakarta dan sambung naik Batik Air). Turun di airport Raja Haji Fisabilillah di Tanjung Pinang. Harga tambang sekitar RM 1,000 (last check Dec 2021)

Anmon Bintan sekitar 1 jam 30 minit perjalanan berkereta dari terminal feri/ airport.

Fakta Sejarah : Pulau Bintan ini adalah pulau dimana Sultan Melaka iaitu Sultan Mahmud Shah melarikan diri apabila kerajaan Melaka nya jatuh ke tangan Portugis.

Jomjalan