Kami tau, ramai yang kali terakhir pegang buku masa ambil degree dulu. Tapi walaupun macam itu, tak bermakna yang ilmu patut berhenti kat situ.
Kalau anda nak beli buku yang baru tapi murah, Bookexcess lah tempatnya. Tapi tak macam kedai buku lain yang sunyi dan suram lazimnya, kedai-kedai Bookexcess ada class tersendiri.
Nak beli buku bagus, nak bergambar pun cantik.
Jom kita tengok suasana Bookexcess serata Malaysia
Bookexcess Ipoh
Kedai buku di cawangan Ipoh ini dibuat di Koh Heng. Dekat dengan Plan B, jadi memang syurga bergambar untuk cik adik sekalian.
Kedai ini dulunya bank. Jadi kalau anda turun ke tingkat bawah, anda bakal dapat masuk ke kawasan bilik simpanan bank yang dulunya off limit untuk anda.
Nak bergambar tak ada masalah. Jangan kacau orang nak beli buku sudah.
p/s Nak makan kat sini boleh ke Nellie’s Deli, antara tempat brunch yg bagus kat town.
Bookexcess Penang
Untuk Penang, kedai ini ada kat Paragon Mall.
Kalau yang Ipoh kecil dan comel, yang kat sini besar dan panjang. Raknya saja ada yang sampai 70 meter.
Dan bila nak berehat, tempat ini siap ada kedai kopi lagi.
Kawasan ini pun cantik bergambar. Kalau tak percaya, bawa kawan yang pandai snap gambar. Confirm banyak gambar cantik untuk IG.
Bookexcess Shah Alam
Bookexcess di Sunsuria Forum, Shah Alam yang satu ini istimewanya ada satu ikon bergambar untuk adek adek muda remaja.
Kat sini ada terowong buku besar yang sesiapa pun confirm teruja nak masuk dalamnya. Gayanya pula macam dalam cerita Star Wars sebab hiasannya macam sama dengan light saber.
Nak bergambar? Datang hari biasa, boleh posing gila-gila.
Bookexcesss Johor
Cawangan Johor pun besar juga, dan antara yang baru dibuka.
Lokasinya di Medini. Kat sini gayanya berbeza lagi dari cawangan lain yang ada. Kat sini bukunya disusun dalam satu kiub gergasi yang dah macam dalam cerita sains fantasi.
Untuk gambar cantik masih tak bermasalah. Pandai tak pandai tukang snap saja.
Okey, ada dua tiga lagi cawangan Bookexcess kat Malaysia yang kami suka. Tapi cukup kat sini saja. Moga adanya kedai buku cantik begini buat ramai orang kita mula pegang buku semula. Walaupun cuma untuk bergambar saja, itu dah cukup untuk cik ada masuk gear pertama.