Buffet Ramadan? JAKIM Beri Peringatan Denda Hingga RM 500,000 Jika Sabit Kesalahan

Ramadan sudah hampir, dan pakej buffet untuk umat Islam berbuka puasa makin giat dipromosi.

Tapi sebenarnya, sejak 2011 ada akta tentang penggunaan perkataan “buffet Ramadan” dan ungkapan seumpamanya.

Sebenarnya sesiapa sahaja — (tidak kira syarikat atau individu), yang tiada sijil halal JAKIM tidak boleh menggunakan ungkapan ini untuk memberi gambaran yang makanan mereka halal dan boleh dimakan oleh orang Islam.

makanan buka puasa

Ungkapan Yang Tidak Dibenarkan

Untuk tidak mengelirukan orang Islam semasa bulan Ramadan, mereka yang tiada sijil halal JAKIM tidak dibenarkan menggunakan perkataan berikut dalam iklan/hebahan mereka :

  • Buffet Ramadan
  • Makanan Orang Islam
  • Iftar Ramadan
  • Set Ramadan
  • Selera Rasa Ramadan
  • Muslim Friendly

Ungkapan yang mengelirukan bukan saja terhad kepada di atas.

Jika perkataan digunakan mengelirukan dan membawa makna seolah-olah ianya halal, ia mungkin membawa kepada pelanggaran Perintah Perihal Dagangan ( Perakuan & Penandaan Halal) 2011.

Denda Atas Kesalahan

Jika sabit kesalahan, denda maksima adalah RM 500,000.

Jika anda ingin membuat sebarang aduan tentang pelanggaran akta ini, anda boleh terus menghubungi pihak JAKIM secara Whatsapp atau telefon di 03-88925000/5001 .

Jomjalan