Senarai Buffet Ramadan KL 2023 – di 25 Hotel Yang Ada Sijil Halal JAKIM

Nak cari buffet Ramadhan di Kuala Lumpur untuk 2023?

Ini senarai buffet Ramadhan dari 25 hotel KL yang mempunyai sijil halal JAKIM.

Boleh berbuka puasa dengan tenang adanya.

Buffet Ramadan 2023 Hotel Kuala Lumpur Ada Halal Jakim

Bawah RM 100

Untuk buffet buka puasa bulan Ramadan murah bawah RM 100 di hotel-hotel yang ada kelulusan halal Jakim, menu nya kebanyakannya adalah lauk pauk Melayu.

Ibis KLCC

buka puasa buffet ramadan di ibis KL yang ada sijil halal JAKIM
I
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet9868
No Rujukan Halal JAKIMJAKIM.700-2/3/2 112-07/2020

Ibis KLCC di Jalan Yap Kwan Seng antara hotel yang menawarkan buffet Ramadan di KL pada harga bawah RM 100.

Bertemakan lauk ala kampung, highlight di sini ialah kambing golek, gulai kawah dan sup tulang kambing.

Ibis KLCC / 32, Jalan Yap Kwan Seng, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur / 03-2778 3333

Koptown EDC

harga buffet buka puasa hotel koptown EDC Kuala Lumpur
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet7858
No Rujukan Halal JAKIMJAKIM.700-2/3/2 108-11/2021

Hotel 3 bintang di Chow Kit ini juga mempunyai buffet Ramadan di bawah RM 100.

Sayangnya kami tiada info tentang menunya.

Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur / 356, Jln Raja Laut, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur / 03-4051 9191

Ancasa Hotel

harga buffet ramadan hotel ancasa KL di bawah RM 100
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet9858
No Rujukan Halal JAKIMJAKIM.700-2/3/2 024-01/2009

Di Ancasa Hotel anda bakal menjamu selera di restoran Saffron Brasserie yang baru.

Antara menu buffet Ramadan yang ada di sini temasuklah Sup Gearbox, Sate dan Lemang.

AnCasa Hotel Kuala Lumpur / Jalan Tun Tan Cheng Lock, City Centre, 50500 Kuala Lumpur / 03-2026 6060

Crystal Crown Hotel

harga buffet buka puasa hotel crsytal crown kl
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet8550
No Rujukan Halal JAKIMJAKIM.700-2/3/2 005-05/2010

Hotel Crystal Crown yang memegang sijil halal JAKIM juga ada buffet Ramadan pada harga bawah RM 100 dan ada promosi untuk tempahan berkumpulan.

Lauk yang ada bertemakan lauk kampung, dan tema buffetnya ialah Racik Tradisi Kampung.

Crystal Crown Hotel / 3, Jalan Jambu Mawar, Jinjang Selatan, 52000 Kuala Lumpur / 603- 6259 4422

Hotel Royal KL

iftar ramadan di hotel royal KL
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet8858
No Rujukan Halal JAKIMJAKIM.700-2/3/2 049-11/2010

Sajian buffet buka puasa di hotel Royal KL ini bertemakan lauk pauk kampung.

Jadi anda akan disajikan dengan lauk pauk macam sambal petai, masak lemak dan kuih muih Melayu.

Hotel Royal Kuala Lumpur / Jalan Walter Granier, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur / 03-2148 6888

Holiday Inn Express

sajian berbuka puasa jom iftar hotel holiday inn express KL
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet7858
No Rujukan Halal JAKIMJAKIM.700-2/3/2 024-06/2021

Hotel Holiday Inn Express pun ada sajian buffet Ramadan dengan lauk pauk Melayu.

Tapi ia masih ada kambing bakar dan beraneka jenis kuih muih sebagai pencuci mulut nanti.

Holiday Inn Express Kuala Lumpur City Centre / 84, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, 50200 Kuala Lumpur / 03-2028 8888

Sani Hotel

buffet ramadan sani hotel KL
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet9055
No Rujukan Halal JAKIMJAKIM.700-2/3/2 016-05/2014

Di Sani Hotel, menu buffet berbuka puasa mereka masih lagi bertemakan lauk pauk Malaysia.

Tapi menunya berubah setiap hari, dengan menu utama dari Nasi Daging Utara, Nasi Dagang Pantai Timur hingga ke Nasi Kerabu Bunga Telang.

Sani Hotel Kuala Lumpur / 63, Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur / 03-4045 7777

RM 100 – RM 150

Di bawah adalah senarai hotel-hotel yang ada buffet Ramadhan di KL yang disahkan halal oleh Jakim dan harga buffet mereka di bawah RM 150.

Dorsett KL

lauk dunia untuk buka puasa di buffet ramadhan dorsett
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet138118
No Rujukan Halal JAKIMJAKIM.700-2/3/2 040-02/2011

Nak ubah selera?

Hotel kat Bukit Bintang ini ada sajian buffet berbuka puasa halal dengan lauk luar negara.

Fokus sajian kat sini Timur Tengah – jadi anda boleh rasa menu macam Lamb Shakshouka (Morocco), Bukhari Chicken (Uzbekistan), Bamia (Mesir), Mashuai (Muscat) dan Tharid Lamb Chickpea (Turki).

Dorsett Kuala Lumpur / 172, Jln Imbi, Pudu, 55100 Kuala Lumpur / 03-2716 1000

Corus KL

bufet buka puasa corus hotel kuala lumpur
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet138100
No Rujukan Halal JAKIMJAKIM.700-2/3/2 032-11/2007

Selera Ramadan di Hotel Corus Jalan Ampang KL ini bertemakan lauk-pauk dan kuih muih Melayu.

Dan kalau anda peminat kambing golek, memang ia antara hidangan utama buffet kat hotel ini.

Corus Hotel Kuala Lumpur / Persiaran Hampshire, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur / 03-2161 8888

Vivatel

iftar buffet vivatel kuala lumpur
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet11868
No Rujukan Halal JAKIMJAKIM.700-2/3/2 101-10/2017

Untuk yang nak beramal sambil berbuka, Vivatel mendermakan RM 1 dari setiap pembelian anda ke rumah anak yatim.

Kat sini menunya 100 lauk pauknya ditukar secara 3 rotation supaya anda boleh datang berkali-kali.

Dan menu utama kat sini kibas panggang dan nasi mandy.

Vivatel Kuala Lumpur / 85, Jln Loke Yew, Taman Miharja, 55200 Kuala Lumpur / 03-9205 8888

Oakwood Residence

buffet ramdhan lauk kampung Melayu di Oakwood Residence KL
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet11888
No Rujukan Halal JAKIMJAKIM.700-2/3/2 028-11/2010

Lauk pauk untuk buffet berbuka puasa kat sini adalah lauk pauk Melayu gaya kampung.

Dan 100 sajiannya diubah setiap hari.

Oakwood Hotel & Residence KL / 222, Jalan Ampang, Kampung Datuk Keramat, 50450 Kuala Lumpur / 03-2720 3888

Melia KL

ramadhan buffet dinner melia bukit bintang kuala lumpur
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet10870
No Rujukan Halal JAKIMJAKIM.700-2/3/2 100-05/2016

Di hotel Melia Bukit Bintang, menunya adalah citarasa Malaysia.

Untuk yang minat lauk panggang dan bakar, ada BBQ station.

Dan kalau minat seafood, ada Siput Sedut Keladi Lemak Cili Api, Ketam Lemak Cili Api Nenas, dan Gulai Ketam Bunga.

Meliá Kuala Lumpur / 16, Jln Imbi, Bukit Bintang, 51000 Kuala Lumpur / 03-2785 2828

Pan Pacific

harga buffet berbuka puasa ramadan 2023 hotel panpacific kl
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet15075
No Rujukan Halal JAKIMJAKIM.700-2/3/2 023-04/2010

Untuk buffet berbuka, sajian di hotel Pan Pacific KL pula lauk pauk Melayu.

Jadi anda boleh jumpa Bubur Lambuk, Sup Asam Pedas Tetel dan Sup Gearbox.

Tapi jangan risau, Kambing Panggang dan makanan laut macam chilled Prawns, Mussels dan Scallops pun ada sama.

Seri Pacific Hotel KL / Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur / 03-4042 5555

Pearl Hotel

sajian warisan nusantara bufet ramadan di the pearl hotel kl
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet12898
No Rujukan Halal JAKIM JAKIM.700-2/3/2 004-06/2010

Hotel kat Jalan Klang Lama ini pula menyediakan ramadan buffet yang dinamakan Warisan Nusantara.

Antara menunya termasuklah Kambing Golek, Shell-Out, Nasi Briyani Kambing, Gulai Kawah Daging, Lemang Buluh dan Ikan Bakar.

Selain persembahan Ghazal, ia juga ada imam jemputan untuk tarawih.

The Pearl Kuala Lumpur Hotel / 5th Mile, Jln Klang Lama, 58000 Kuala Lumpur / 03-7983 1111

VE Hotel & Residence

buffet dinner ramadan di VE Hotel KL
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet14874
No Rujukan Halal JAKIMJAKIM.700-2/3/2 083-04/2018

Pemegang halal JAKIM di Bangsar ini juga menyediakan 82 juadah dengan fokus kepada menu Melayu di samping seafood dan Western.

VE Hotel & Residence / 8, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur / 03-2246 2888

Ideas KL

bufet ramadan hotel ideas kuala lumpur
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Buffet di Batu Road Ballroom14874
Buffet di Citarasa16884
No Rujukan Halal JAKIMJAKIM.700-2/3/2 022-06/2022

Untuk hotel IDEAS, ada 2 lokasi untuk buffet Ramadan mereka dengan harga yang berbeza.

Ada 200 menu — antaranya Roasted Chicken Morroco, Roasted Lamb, Daging Rebus Sambal Kerisek, Roti John, Ayam Percik, Slipper Lobster, Sushi, Serawa Ubi Kayu Gula Melaka, Apam Balik sehingga kepada Satay dan Tomyam Hotpot.

Ruang solat tarawih dengan ustaz jemputan turut tersedia.

Tips : Ia antara hotel yg dekat dgn Jalan TAR / Masjid India KL. Boleh plan utk shopping baju raya sekaligus.

IDEAS Kuala Lumpur / 12, Jln Raja Laut, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur / 03-2614 8000

RM 150 – RM 200

Buffet Ramadhan di Kuala Lumpur untuk hotel-hotel di bawah ini harganya lebih dari RM 150 dan sajiannya lebih mewah.

Pullman KL

harga buffet ramadan halal jakim di pullman kuala lumpur
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet18898
Tempah Buffet Ini Dgn Diskaun 10%
No Rujukan Halal JAKIMJAKIM.700-2/3/2 062-05/2016

Hotel Pullman di Bukit Bintang juga ada bufet Ramadan.

Antara menu kat sini termasuklah Nasi Beringin, Nasi Kukus Bunga Telang, Ayam Golek Pucuk Pegaga, Ayam Kampung Bakar Minang, sehingga Kambing Masak Opor.

Untuk pencuci mulut pula, pelbagai menu berasaskan durian tersedia.

Pullman KL City Center / 4, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur / 03-2170 8888

Tamu Hotel

pakej buka puasa di tamu hotel kampung baru kuala lumpur
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet16985
No Rujukan Halal JAKIMJAKIM.700-2/3/2 019-04/2018

Kalau nak bawa mak ayah makan buffet tapi mereka risau terlepas tarawih mereka, ambil buffet kat sini.

Sebab untuk solat tarawih, Masjid Jamek Kampung Bahru ada di seberang jalan saja.

Boleh ambil pakej bilik supaya mereka boleh join tadarus dan qiamulail juga.

Tamu Hotel & Suites / 120, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur / 03-2603 1999

Sunway Putra

iftar nusantara di hotel sunway untuk berbuka puasa 2023
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet17889
No Rujukan Halal JAKIMJAKIM.700-2/3/2 032-11/2006

Kalau anda nak rasa lauk Indonesia untuk berbuka, iftar di Sunway Putra antara lokasinya.

Antara 200 menu buffet Ramadannya termasuklah Soto Betawi, Udang Bakar Madu, Gulai Lga Sapi, Ayam Pop Minang, Mie Tek Tek Seafood,.

Untuk lauk Melayu anda juga boleh memilih Rendang Tok, Ikan Bakar, Satay hingga Sup Tulang di sini.

Sunway Putra Hotel / 100, Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur / 03-4040 9888

RM 200 ke atas

Bagi anda yang nak berbuka puasa dengan buffet Ramadhan KL yang paling mewah, ini antara pilihan tempat berbuka paling istimewa kat bandaraya ini yang disahkan oleh JAKIM status halalnya.

Grand Hyatt

sajian buffet berbuka puasa di grand hyatt kuala lumpur untuk tahun 2023
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Buffet di JP Teres218tiada info
Buffet di Grand Ballroom228114
No Rujukan Halal JAKIMJAKIM.700-2/3/2 027-06/2013

Hotel ultra mewah di KL yang terkenal dengan pemandangan KLCC ini pun sebenarnya adalah pemegang sijil halal Jakim.

Untuk buffet Ramadan 2023 di hotel ini, Grand Hyatt mendatangkan 2 chef khas dari India dan Turkey.

Lokasi sajian buffet juga terbahagi kepada 2 tempat dengan harga berbeza.

Grand Hyatt Kuala Lumpur / 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur / 03-2182 1234

Shangri-la KL

sajian berbuka di shangri la kuala lumpur yang mewah
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Isnin – Khamis250250
Jumaat – Ahad290290
Tempah Buffet Ini Dgn Diskaun 10%
No Rujukan Halal JAKIMJAKIM.700-2/3/2 031-07/2010

Di sini, buffetnya diberi nama Buffet Sajian Istimewa.

Dengan lebih 200 sajian, buffet Ramadan di Shangri La Kuala Lumpur adalah antara tempat berbuka puasa paling banyak pilihan di bandaraya ini.

Ia bukan sahaja ada lauk pauk Melayu dan Timur Tengah, tapi dilengkapi dengan stesen kambing panggang dan warung untuk anda pilih juadah anda.

Shangri-La Kuala Lumpur | 11, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur | +603 2032 2388

Intercontinental KL

buffet buka puasa halal di hotel intercontinental kuala lumpur
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet258155
Tempah Buffet Ini Dgn Diskaun 20%
No Rujukan Halal JAKIMJAKIM.700-2/3/2 039-01/2011

Sajian buffet berbuka puasa di Intercontinental Kuala Lumpur datang dengan lebih 200 sajian Melayu dan Barat yang ditukar-tukar supaya anda boleh datang berkali-kali.

Tapi antara menu highlight kat sini termasuklah Roasted Whole Lamb, Roasted Chicken Bali Style, Braised Lamb Shank, Baked Norwegian Salmon dengan “Cili Ijo” dan Beef Wellington.

InterContinental Kuala Lumpur / 165, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur / 03-2782 6000

Mandarin Oriental

lauk pauk melayu untuk bufet buka puasa di hotel mandarin oriental KLCC
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet298298
No Rujukan Halal JAKIMJAKIM.700-2/3/2 027-12/2010

Untuk anda yang mahukan hotel di sebelah menara KLCC, hotel mewah Mandarin Oriental pun ada sajian buffet buka puasa.

Dinamakan Warisan Santapan Melayu, antara menu yang bakal anda jumpa termasuklah Udang Galah Lemak Asam Nenas, Siput Sedut Lemak Kuning and Puyuh Goreng Berempah Bonda.

Mandarin Oriental, Kuala Lumpur / KLCC 50088 Kuala Lumpur / 03-2380 8888

Impiana KLCC

buka puasa buffet di hotel impiana klcc dengan durian
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet245122.50
No Rujukan Halal JAKIMJAKIM.700-2/3/2 012-09/2010

Buffet Ramadan di hotel Impiana KLCC dibuat berbeza sebab ia datang dengan sajian unlimited durian serta 18 perasa aiskrim Baskin Robbins sebagai pencuci mulut.

Untuk sajian utama, anda ada banyak pilihan menu — termasuklah Sup Gear Box, Nasi Briyani Gam, Middle East Whole Roasted Lamb, Asam Pedas Ekor Sapi Brangus, Sotong Petai Bercili Padi dan Kari Kepala Ikan Merah Pedas Palembang.

Impiana KLCC Hotel / 13, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur / 03-2147 1111

Hilton KL Sentral

menu buffet buka puasa hotel hilton KL
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet228114
No Rujukan Halal JAKIMJAKIM.700-2/3/2 021-05/2011

Hotel 5 bintang kat KL Sentral ini menawarkan buffet Ramadhan dengan tema Citarasa Serantau.

Selain lauk Asia Tenggara seperti Udang Harimau Masak Lemak Nenas, Chinese Mud Crab dan daging salai, ia juga hadir dengan menu seperti lauk Arab seperti Lamb Shank Mandi dan Chicken Leg Khabsah.

Hilton Kuala Lumpur / 3, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur / 03-2264 2264

p/s Untuk makluman anda, premis yang tiada sijil halal JAKIM tidak dibenarkan menggunakan ungkapan seperti buffet Ramadhan, iftar Ramadan, set Ramadan dan sebagainya dalam hebahan mereka.

Okay, sampai sini saja koleksi buffet Ramadan di Kuala Lumpur untuk 2023 yang ditawarkan oleh hotel-hotel yang ada status halal Jakim.

Kami cover dari buffet di bawah RM 100 sehingga buffet mewah dengan ratusan juadah istimewa.

Anda nak pilih yang mana?

JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL
Jomjalan