buffet ramadan melaka 2023 halal JAKIM

Senarai Buffet Ramadan Melaka 2023 – di Hotel Yang Ada Sijil Halal JAKIM

Nak cari buffet Ramadan di Melaka untuk tahun 2023 ini?

Ini senarai hotel Melaka yang ada sijil halal JAKIM dan menawarkan bufet buka puasa untuk tahun ini.

Boleh buka puasa dengan senang hati.

Bufet Ramadhan Melaka 2023 yg ada Halal JAKIM

Bawah RM 100

Untuk buffet Ramadan di Melaka yang di bawah RM 100 di hotel-hotel yang ada kelulusan halal Jakim, menu nya kebanyakannya adalah sajian Melayu.

Amverton Heritage Resort

Untuk buffet Ramadan murah di Melaka, anda kena check di Amverton sebab ia di bawah RM 50 seorang sahaja.
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet4838
No Rujukan Halal JAKIM
JAKIM.700-2/3/2 099-03/2013

Hotel yang terkenal dengan kolam renangnya ada buffet Ramadan yang murah berbanding hotel lain Melaka.

Cuma kami sedang menunggu makluman tentang menunya dari pihak hotel.

Amverton Heritage Resort / Jalan Puteri Resort 1, 75450, 75450 Ayer Keroh, Malacca / 06-232 3333

Sentral Riverview

Antara tempat yang ada buffet Ramadan murah di Melaka - Sentral Riverview Hotel
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet6540
No Rujukan Halal JAKIM
JAKIM.700-2/3/2 074-04/2014

Buffet Ramadan di sini bertemakan Citarasa Kampungku.

Jadi selain Kambing Panggang Bermadu, Sup Tulang dan Gulai Kawah anda juga akan jumpa pelbagai ulam, keropok dan kuih.

Menu utama ditukar setiap hari supaya anda boleh tak jemu datang berkali-kali.

Hotel Sentral Riverview Melaka / 177, Jalan Tun Ali, 75250 Melaka / 06-288 2288

Bayview Melaka

Ramadhan buffet hotel Bayview di bawah RM 100
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet8868
No Rujukan Halal JAKIMJAKIM.700-2/3/2 085-11/2013

Buffet Ramadan yang dinamakan Lambaian Desa kat sini menunya pun ala kampung.

Jadi , selain dari masakan gerai, anda juga boleh expect Sambal Tumis Udang Petai, Keli Masak Lemak dan Ayam Masak Merah antara menu kat hotel ini.

Bayview Melaka / Jalan Bendahara, 75100 Melaka, Malaysia / +60 6 283 9888

Ibis Melaka

harga buffet di Ibis Melaka untuk 2023
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet88tidak dinyatakan
No Rujukan Halal JAKIM
JAKIM.700-2/3/2 086-07/2018

Buffet Ramadan kat IBIS Melaka pula ada lauk pauk kampung dan Nyonya.

Dan ia juga ada live station untuk Kambing Golek, Roti Canai, Asam Pedas sampai ke Ikan dan Daging Bakar.

Cuma harga buffet semakin tinggi sepanjang Ramadan.

Ibis Melaka Hotel / 249, Jalan Bendahara, Kampung Bukit China, 75100 Melaka / 06-222 8888

Hotel Mudzaffar

Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet8255
No Rujukan Halal JAKIM
JAKIM.700-2/3/2 065-06/2017

Untuk tahun 2023, Buffet Ramadan di hotel Melaka ini masih mengekalkan lauk pauk tradisi Melayu.

Selain kambing golek, antara hidangan kampung yang disajikan termasuklah aneka jenis asam pedas, rendang & gulai serta pelbagai jenis lauk masak lemak.

Mudzaffar Hotel Melaka / Lot 5509, MITC, 75450 Ayer Keroh, Malacca / 06-234 7733

Swiss Garden Melaka

Swiss Garden Melaka menawarkan lauk ala kampung untuk Buffet Ramadhan 2023 mereka
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet8878
No Rujukan Halal JAKIM
JAKIM.700-2/3/2 043-03/2015

Sajian buffet Ramadan di Swiss Garden berkonsepkan lauk pauk kaum di Melaka.

Jadi antara menu yang ada termasuklah Kambing Briyani, Ayam Masak Merah, Kari Ikan sampai ke Daging Salai Masak Lemak.

Sushi dan hidangan Cina seperti Udang Goreng Nestum juga tersedia di restorannya.

Swiss Garden Melaka / The Shore @ Melaka River, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75300 Malacca / 06-288 3131

Bayou Lagoon

Bayou Lagoon menyediakan lauk pauk kampung sebagai hidangan buffet Ramadan untuk 2023 mereka
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet7855
No Rujukan Halal JAKIM
JAKIM.700-2/3/2 172-03/2013

Lauk pauk di hotel yang terkenal dengan taman airnya ini pun diakui halal oleh Jakim.

Antara lauk yang menunggu anda termasuklah Daging Tetel dan Daging Gulai Kawah, Kambing Panggang dengan Nasi Briyani Arab hingga Lemang dan Serunding.

Bayou Lagoon Park Resort / M24, Bukit Katil, 75450 Malacca / 06-233 0888

Tun Fatimah Riverside

Makan berbuka puasa di buffet tepi sungai di Tun Fatimah Riverside
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet7045
No Rujukan Halal JAKIM
JAKIM.700-2/3/2 186-04/2019

Nak berbuka puasa di tepi sungai Melaka? Ini tempatnya.

Kat Riverside akan akan disajikan juadah dari Sup Kambing dan Gulai Kawah hingga ABC dan Lai Ci Kang.

Menu utama ditukar setiap minggu. Tapi stall Kambing Panggang sentiasa tersedia.

Tun Fatimah Riverside Hotel / No 2, Jalan Munshi Abdullah, Kampung Jawa, 75100 Melaka / 06-289 7888

RM 100 – RM 150

Di bawah adalah senarai hotel-hotel yang ada buffet Ramadhan di Melaka yang disahkan halal oleh Jakim dan harga buffet mereka di bawah RM 150.

Hatten Melaka

Buffet Dinner Ramadan di hotel Hatten Melaka
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet11898
No Rujukan Halal JAKIM
JAKIM.700-2/3/2 106-07/2012

Bagi anda yang nak raya awal boleh ke sini.

Menu buffet Ramadan kat hotel Melaka satu ini ada lauk pauk raya — macam rendang dan ketupat.

Dan sementara berbuka, boleh layan ghazal dan gamelan juga.

Hatten Hotel Melaka / Jln Merdeka, Banda Hilir, 75000 Melaka / 06-286 9696

Holiday Inn Melaka

Holiday Inn Melaka Ramadan Buffet untuk tahun 2023
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet11868
No Rujukan Halal JAKIM
JAKIM.700-2/3/2 126-01/2013

Buffet buka puasa kat Holiday Inn Melaka juga banyak lauk pauk Melayu.

Jadi anda boleh jumpa Ikan Bakar, Laksa Penang, Ayam Golek dan Itik Panggang Percik sampai Patin Tempoyak.

Holiday Inn Melaka / Jalan Syed Abdul Aziz, 75000 Melaka / +60 6 285 9000

La Crista Melaka

berbuka puasa dengan lauk Siam di La Crista Ramadan buffet 2023
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet11860
No Rujukan Halal JAKIM
JAKIM.700-2/3/2 065-06/2020

Bufet Ramadhan di LaCrista Melaka untuk 2023 pula berbeza sebab bertemakan Citarasa Siam.

Tak perlu susah-susah ke Hatyai atau Bangkok masa bulan puasa ini kalau setakat nak layan Tomyam dan Somtam.

LaCrista Hotel Melaka / 146, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka / 06-281 6868

Ames Melaka

bufet ramadan di hotel Ames Melaka untuk 2023
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet11878
No Rujukan Halal JAKIM
JAKIM.700-2/3/2 029-07/2019

Hotel moden yang terkenal di Ayer Keroh ini ada lebih 280 juadah untuk anda berbuka puasa.

Dari Asam Pedas dan Sate kepada Kambing Golek, menu yang bakal dihidangkan diambil dari menu signature 13 negeri di Malaysia.

AMES Hotel / Jalan Pkak 2, Pusat Komersial, 75450 Ayer Keroh, Melaka / 06-318 3999

Noble Resort

buffet ramadhan hotel noble melaka 2023
Buffet Ramadan 2013Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Harga Buffet8255
No Rujukan Halal JAKIM
JAKIM.700-2/3/2 065-06/2017

Hotel Noble ini juga salah satu hotel yang memegang status halal JAKIM.

Dan untuk tahun 2023, buffet Ramadan mereka bertemakan Citarasa Serumpun.

Yang penting Kambing Golek dan Sate tersedia setiap hari semasa bulan puasa.

p/s Untuk makluman anda, premis yang tiada sijil halal JAKIM tidak dibenarkan menggunakan ungkapan seperti buffet Ramadhan, iftar Ramadan, set Ramadan dan sebagainya dalam hebahan mereka.

Okay, cukup kat sini dulu senarai buffet Ramadan di Melaka untuk hotel-hotel yang ada sijil halal JAKIM.

Harga kebanyakannya masih munasabah dan mampu tempah.

So, yang mana anda nak jengah?

[static_content id=”17970″]