bangunan hotel chulia penang yg best

Ini Hotel Butik Penang Yang Awesome Untuk Bajet Bawah RM 150 — Chulia Heritage 😘

chulia-out2

Kalau hangpa datang berdua atau dengan anak kecil, dan nak penginapan bajet kat tengah bandar Penang, cuba jenguk Chulia Heritage Hotel.

Sewaktu artikel ini kami tulis, harga bilik bermula dari RM 130 untuk 2 tetamu. Memang murah sebab kat tengah pekan Penang.

Jom kita tengok bilik.

chulia-room2

Tu dia kan? Terasa jadi macam pengeran raja pula.

Penginapan ini dua tingkat saja. Gayanya gaya minimalis. Putih lagi mewah, kat dalam, kat luar bilik.

Hah! Kalau hangpa snap gambar, post kat IG, kata Donald Trump jemput makan malam kat rumah dia pun, makcik hangpa percaya!

chulia-out

Ini pula bilik untuk yang datang berempat.

bilik-chulia-heritage

Tapi kena naik tangga ke atas. Memang kurang sesuai kalau datang dengan mak ayah.

Sekali naik, depa serik nak turun dah.

tangga

Kedudukannya strategik. Dan dekat dengan tempat makan, walaupun agak tersorok.

[static_content id=”33168″]

lorongkechulia

Ya, memang ada banyak penginapan butik lain kat Penang.

Tapi tak banyak yang datang dengan harga bawah RM150.

Kalau hangpa nak tempat yang selesa dan ada class, tapi bajet kurang keras, timbang-timbangkan tinggal kat sini (ataupun kat mana-mana hotel bajet di Penang yang kami suka ini).

Amacam?

Info Lanjut Hotel Butik Chulia Heritage Georgetown

Harga: Dari RM 130++
Alamat: 380, Lebuh Chulia, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Semak Harga Bilik Terkini

[static_content id=”34872″]