NOTA: Kami mengandaikan cafe/restoran milik orang Melayu sebagai tempat halal.
Restoran kepunyaan Cheryl Samad dan suaminya ini tersembunyi kat celah-celah kawasan Masjid Jamek.
Cafe ‘cap ayam’ ini duduknya sebelah hostel backpackers Back Home. Hostel ni pun depa punya. Dan harga biliknya sekitar harga bajet hotel KL yang ada.
Harga makanan sama seperti standard cafe — dengan kopi berharga RM 7 ke atas.
Tapi apa yang kami suka, suasana cafe ini — santai betul. Dah macam lorong cafe rahsia kat tengah KL.
Tempat ini depa buka untuk makan pagi.
Menunya boleh jadi simple seperti di bawah.
Atau bila dah menjelang tengahari hangpa boleh juga pesan menu sebegini.
Atau pasta udang pedas kat bawah.
Yang dah try makan pun bukan calang-calang orang.
Ini antara orang yang singgah.
Selain sandwich dan pasta, ada juga kek dan Hainan Meatloaf. Tapi jangan lupa bawa duit tunai — sebab depa tak terima kad kredit.
Jadi kalau hangpa dah ada kat kawasan Masjid Jamek, dan ada masa untuk rehat pagi, singgah sekejap dan layan kopi dan roti di sini.
Mungkin nostalgia minum kopi masa hangpa jalan-jalan kat oversea bakal terimbau kat cafe Cheryl ini.
UPDATE: Cheryl dan suami juga sekarang ada hotel hipster di KL. Namanya Hotel KLOE dan kami letakkan antara 10 hotel kat KL yang unik dan viral.
Alamat : 30 Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur
Telefon : 03-2072 1188
Laman : https://loklcoffee.com/