13 Cafe Halal kat Georgetown Penang Utk Makan2 & Pekena Kopi

Nak cari cafe halal kat Georgetown, Penang? Tak mudah sebab kebanyakannya cuma pork free. 

Disebabkan status itu tidak cukup untuk kami, kami kumpulkan senarai cafe halal kat Georgetown yang anda memang boleh layan tanpa was-was cuti nanti.

Ini senarai cafe dan kedai kopi kepunyaan Melayu.

Dan kalaupun ownernya non muslim, ianya ada sijil halal Jakim.

Kota Dine & Rempah

Kredit : Kota Dine

Dalam banyak-banyak cafe ini yang paling special. Sebab dibuat dalam kubu Fort Cornwallis.

Cafe ini ada hidangan nyonya macam sup herba, laksa lemak dan bubur cha cha.

Tapi kalau cuma nak lepak minum kopi drip, pun boleh.

Harga memang tinggi dari biasa, tapi dengan lokasinya, itu patut anda sudah boleh teka.

Dan untuk masuk ke sini, anda kena bayar tiket masuk kubu dulu.

Status Halal : Ada Halal Jakim

Lokasi : Fort Cornwallis, Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town, Pulau Pinang

Tea Kadai

tea kadai
Kredit : teakadaipenang

Nak rasa chai original dari India? Cafe kecil kat Little India Penang ini tempatnya.

Kat sini anda boleh cuba makanan Tamil original dan yang belum pernah anda dengar — macam manisan kolkattai ataupun bajjii.

Datang sini untuk makan simple, dan pekena teh atau kopi. 

Kalau nak makan berat, kedai nasi kandar mamak yang famous macam  Nasi Kandar Beratur Original, Restoran Ramzan, dan Restoran Kapitan beberapa minit dari sini.

Status Halal : Ownernya India Muslim 

Lokasi : 68, Queen St, Georgetown, 10200 George Town, Penang

3 Tarikan Paling Top Kat Penang

Rumah Kacha

cafe halal georgetown - rumah kacha
Kredit : rumahkacha

Cafe yang viral satu masa dulu ini ada lauk fusion Melayu dan juga Western.

Dibuka untuk makan tengahari sampai malam, kat sini anda boleh order burger dan juga fettuccine selain pasta rendang dan pasta masak lemak.

Harga sedikit tinggi, tapi ngam dengan suasananya. 

Status Halal : Ownernya Melayu 

Lokasi : 31a, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang

Halab Penang

nasi mendi di halab penang

Ini cafe lauk Syria kat dalam bandaraya Georgetown.

Dan hidangannya lebih kepada lauk berat macam nasi dan grill.

Tapi kalau nak makan petang, hidangan ringan macam sup dan shawarma ada.

Nak minum, sini tak popular dengan kopi.

Lebih kepada milkshake dengan jus buah.

Harganya tinggi dari biasa. Tak boleh datang selalu, takut kena sakit jantung pula.

Status Halal : Ownernya muslim 

Lokasi : 381, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Nak Makan Best kat Georgetown?

kedai makan best Georgetown Penang
1. Tempat Makan Sedap

Kedai-kedai makan sedap dalam Georgetown.

sarapan sedap Penang
2. Sarapan Pagi Best

Tempat utk sarapan pagi best kat area Georgetown.

nasi kandar
3. Mamak Terbaik

Tempat layan nasi kandar dan lauk mamak sedap dalam Penang.

The Table

hidangan box di the western penang
Kredit : thetablepenang

Dibuka untuk makan tengahari dan malam, cafe The Table ini comel saja saiznya.

Cafe ini ada spaghetti, burger dan lauk grill.

Dan memang orang datang untuk makan berat — samada tengahari atau malam. 

Kopi dan teh ada, cuma sebab saiz cafenya, takut tempat nak lepak duduk santai-santai tak ada.

Status Halal : Ownernya Melayu 

Lokasi : 27, Lebuh Carnarvon, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Jawi House Cafe & Gallery

nasi lemuni di jawi house penang
Kredit : jawihouse

Untuk anda yang nak rasa lauk Peranakan Jawi, ini tempatnya.

Boleh cuba nasi lemuni, jawi bameih dan jawi laksa.

Kalau nak balik, boleh layan almond cake ataupun cheese cake yang ada.

Suasana cafe antik.

Dan harga lebih tinggi dari cafe biasa.

Status Halal : Ownernya Muslim

Lokasi : 85, Lebuh Armenian, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Cafe Lagenda

lauk pauk di lagenda cafe penang
Kredit : lagendacafepenang

Cafe ini bukan cafe untuk minum kopi, tapi untuk layan lauk fusion Melayu-Western dengan buah hati yang minat Allahyarham P Ramlee.

Ada pasta, ada seabass dan juga set ikan bakar atau ayam rempah kat sini.

Kami sarankan anda datang tengahari untuk ambil set 3 coursenya.

Kalau tak, nak ala carte dengan air berasingan, mungkin harganya tinggi.

Status Halal : Ownernya Muslim

Lokasi : 2, Lebuh Carnarvon, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Tokma Malay Kitchen

tokma malay kitchen
Kredit : tokma_malaykitchen

Kat sini anda boleh order asam pedas, rendang ayam ataupun masak lemak udang. 

Tapi kalau tekak anda bangsawan dan nak lauk Western, ada pasta, wagyu, lamb rack ataupun seabass untuk yang nak makanan laut.

 Datang sini untuk makan tengahari dan malam.

Tapi kalau hanya datang untuk pekena kopi dan teh tak ada masalah juga.

Status Halal : Ownernya Muslim

Lokasi : 249, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

More by Arang Coffee

kafe more by arang coffee
Kredit : morebyarangcoffee

Cafe ini tempat santai minum kopi sambil layan waffle kalau petang, dan jamu makanan berat macam ayam basil kalau datang tengah hari.

Tempatnya lapang dan selesa.

Pilihan menu banyak dan portion pun besar.

Boleh duduk diam-diam untuk rilex ataupun buat kerja masa cuti.

Status Halal : Ada Halal Jakim

Lokasi : 170G-2 Livingston Tower Argyll Road, 10050 George Town, Pulau Pinang

Kopitan Classic

kopitan classic
Kredit : kopitanclassic.official

Untuk anda yang memang nak selesa, boleh terus pergi kat cawangan Kopitan Classic Penang ini.

Memang bukan cafe hipster, tapi dengan harga sederhana, menu beraneka, dan tempat selesa, tak adil kalau Kopitan Classic tak ada.

Lauk Melayu, Cina, Siam dan juga roti gaya kopitiam boleh anda order. 

Status Halal : Ada Halal Jakim

Lokasi : Lebuh Pantai, George Town, 10300 Geogetown, Pulau Pinang

The Lengkuas Cafe

the lengkuas cafe pulau pinang
Kredit : thelengkuaspenang

Ini tempat nak makan lauk Melayu macam bihun sup, asam laksa dan lengkapkan food hunt dengan brownies untuk cuci mulut.

Kalau nak feel rasa, boleh order lontong juga.

Cafe ini buka untuk makan tengahari dan malam.

Kalau nak santai petang, ada juga serabai dan pulut hitam kalau nak match dengan kopi.

Status Halal : Ownernya Muslim

Lokasi : 161-A, Jalan Argyll, 10050 George Town, Penang

The Safe Room

the safe room pulau pinang
Kredit : thesaferoom_penang

Cafe ini terkenal dengan popcorn dragon breath.

Kalau tempat lain masak pakai api, kat sini chefnya masak guna gas nitrogen.

Tempat ini ada makanan Western yang berat, yang ringan.

Dari salmon dan tasmanian oyster sampailah ke tomahawk steak.

Kalau nak lauk fusion, boleh order asam pedas pasta.

Tapi apa pun, kalau dah di sini, wajib cuba aiskrim coconut nitrogennya juga.

Status Halal : Ownernya Melayu 

Lokasi : 183, Lebuh Victoria, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

The Brick Cafe

nasi goreng nanas di the brick penang cafe
Kredit : thebrickcafe_

Cafe kecil dan tersorok ini ada lauk fusion Melayu dan Western.

Kalau nak makan ringan, boleh order popia, capati ataupun takoyaki.

Tapi kalau nak rasa lauk German, bole order schnitzel buat minum dengan ice lemon tea.

Sebelum datang, check waktu operasinya.

Sebab buka waktu tengahari, dan masa buka pun pendek untuk hari cuti.

Status Halal : Ownernya Melayu & German muslim 

Lokasi : 17, Lorong Seckchuan, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Okay guys, cukup dulu kita senaraikan cafe cafe halal kat Georgetown untuk anda layan teh dan kopi masa cuti kat Penang nanti.

Ada lagi tak cafe yang rasa bangsawan tapi harga dermawan yang kami kena letak dalam list ini?

NOTA : Status owner/ halal tepat sehingga post ini diterbitkan — 23 Julai 2021

JomJalan Seluruh Penang

Layan senarai tempat tarikan best di Penang
Tidur kat hotel terbaik Penang
Promo hotel, tarikan Penang
Makan kat kedai makan sedap Penang
Jomjalan