Ini cafe Perancis yang chefnya datang dari sana.
Dan yang bagusnya, ia milik pasangan muslim.
Jadi makan boleh tenang dan selesa.

Cafe ini bakal bawa anda terbang sekejap ke Perancis dengan suasana dalam cafe yang ada Parisian-chic gayanya.

Dan dengan pilihan pastry yang buat rambang mata.
Dan dibuka untuk makan pagi dan tengahari juga.
Ada galette, toast, macarones sampailah ke crepe untuk anda berangan makan kat negara yang terkenal dengan suasana romantisnya.

Dan teh yang bakal disaji pun diimport dari negara yang sama.
Kalau selama ini anda sudah puas layan pastry standard Melayu, cafe ini bakal bawa selera Perancis asli ke dalam deria rasa anda.

Dan kalau anda peminat cheese, boleh pilih cheese platter untuk rasa beza cheese import yang ada.
Atau kalau nak yang lebih manis, ada pilihan coklat yang boleh cuba.

Untuk anda tengah diet dan tak mahukan galette dan canele, boleh juga layan mini pastri yang ada.
Comel-comel saja saiznya.

Senang cerita, ini cafe baru yang wajib tuju untuk foodies nanti.
Kalau tak ada duit nak ke Perancis, kurang-kurang dapat merasa secebis Paris masa cuti kat JB.
Lokasi : Puteri Cove Quayside, Persiaran Tanjung, Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor
Nota : Kalau anda nak layan breakfast gaya Perancis kat hotel, boleh tempah St Regis Kuala Lumpur.