Rasa nak layan steak, lamb chop atau spaghetti kat Melaka masa cuti?
Boleh. Jangan susah hati.
Untuk lauk Western, ini 5 tempat makan pilihan kami.
Cafe Western Halal Yg Best kat Melaka
Bruh Kitchen
Bruh Kitchen Melaka ini ada lauk BBQ gaya Texas.
Ada fettuccine, ada kek mango dan spaghetti.
Tapi menu popular kat sini ialah beef brisket dan juga lamb ribs.
Kat Melaka, Bruh Kitchen ini ada 2 lokasinya. Yang kat Ayer Keroh, boleh pergi ke branch MITC. Yang kat area bandar Hilir boleh lepak kat branch Durian Daun Dalam.
Status Halal : Pemiliknya muslim
Lokasi : Ayer Keroh | Durian Daun
Melantak Cafe
Kalau hotel anda dekat dengan area Klebang, ini kedai Western paling popular kat situ.
Kedai ini buka dari tengahari, jadi awal lagi boleh datang dengan family.
Yang bagusnya, macam kafe western Melayu lain, tempat ini bukan saja ada lauk talam western, tapi juga ada mee claypot dan spaghetti.
Jadi banyak pilihan kat sini. Dan makanan pun dihantar dek robot troli.
Status Halal : Pemiliknya muslim
Lokasi : 208, Jalan Klebang Besar/Klebang Kecil, Taman Orkid, 75200 Melaka
Bica & Co
Cafe ini dalam hotel Rosa Melaka.
Ngam untuk orang muda atau suami isteri yang datang berdua sambut honeymoon kat Melaka.
Orderlah pizza, burger, spaghetti atau datang berdua untuk minum kopi.
Tempatnya ala hipster. Cantik bergambar untuk IG.
Status Halal : Rosa Melaka ada Halal Jakim.
Lokasi : 212, Jalan Parameswara, Kampung Bandar Hilir, 75000 Melaka
Le Que
Ini kedai Melayu yang ada fusion Melayu, Nyonya dan Western. Dan sesuai untuk yang datang berdua.
Lokasinya pun dalam area Jonker Walk – ngam sangat untuk anda yang hotelnya dalam kawasan bandar Hilir. Boleh singgah jalan kaki.
Gaya hidangan kat sini ala fine dining. Ada nasi, ada juga steak. Kalau mampu, boleh order daging Wagyu.
Status Halal : Pemiliknya muslim
Lokasi : 110, Jalan Kubu, Kampung Tiga, 75300 Melaka
Cofeology & Co
Untuk anda yang dalam area Ayer Keroh, Coffeeology ini buka bermula dari makan tengahari.
Dan terus dibuka sampai malam.
Nak jamu pizza boleh, atau saja datang petang untuk makan kek sambil layan kopi pun tak ada masalah.
Untuk malam, boleh layan lamb chop atau spaghetti dengan family.
Status halal : Pemiliknya muslim
Lokasi : Jalan Bukit Beruang, 75450 Ayer Keroh, Malacca
Okay. Itu dulu senarai tempat makanan Western best yang ada sekitar bandar Hilir dan Ayer Keroh Melaka yang anda untuk cuti anda dengan keluarga.
Kalau terasa penat makan asam pedas, bolehlah jenguk mana-mana cafe dalam senarai kami ini.
So, yang mana satu nak pergi nanti?
Penting : Info halal ini tepat semasa artikel ini ditulis. Akan tetapi jika anda tahu yang pemiliknya telah berubah atau status halal nya pun ditarik, boleh hubungi kami segera untuk kami edit statusnya.