Mudah Je! 4 Cara Utk Pergi ke klia2 Dari KLIA (atau ke KLIA dari klia2)

Nak tahu cara mudah untuk pergi ke airport KLIA 2 dari KLIA (atau ke KLIA dari KLIA 2) dengan pengangkutan awam?

Tak kisahlah samada untuk sambung flight atau apa saja, senang saja caranya.

Ini 4 pilihan yang ada.

Bas Shuttle

Ini cara percuma.

Bas shuttle ini berlepas setiap 10 minit.

Perjalanan dari KLIA ke klia2 mengambil masa sekitar 10 minit. Bas anda tak berhenti di mana-mana.

Tapi kalau anda nak pergi dari klia2 ke KLIA pula mengambil masa sekitar 20 minit. Ini kerana bas anda akan berhenti di Long Term Car Park (LTCP) dulu.

Ia akan tunggu di situ selama 10 minit sebelum menyambungkan perjalanan ke KLIA.

Cari logo ini semasa dalam airport untuk ke lokasi shuttle

Kalau tak sabar, anda boleh tukar bas semasa di Long Term Car Park. Anda boleh turun dan naik bas shuttle lain. Cuma mengangkut beg naik turun bas memang leceh. Dan anda mungkin masuk ke bas yang penuh dengan penumpang.

Lokasi : KLIA2 (Transportation Hub, Level 1, Bay A10) | KLIA ( Level 1, Door 4)

Pro : Percuma. Bas ada 24 jam 7 hari seminggu.

Cons : Masa perjalanan diambil agak lama.

Tips : Signboard tempat menunggu anda mungkin tertulis LTCP Shuttle. Dan selain bas ini, ada bas percuma lain ke Mitsui Outlet Park untuk shopping.

Train KLIA Transit

Pada kami, ini cara terbaik.

Ambil saja train KLIA Transit. Keretapi elektrik ini berlepas setiap 30 minit.

Masa yang diambil dari KLIA ke klia2 ( atau dari klia2 ke KLIA) cuma 3 minit sahaja. Dan tambang anda pun cuma sekitar RM 2.

Ini jadual penuh train KLIA ke KLIA2 dan sebaliknya.

Lokasi : Cari signboard yang tertulis ERL Station

Pro : Masa perjalanan cepat. Tak jauh berjalan.

Cons : Berbayar.

Tips : Nak jimat duit masa travel oversea? Ini money exchange paling murah, paling mudah utk anda travel nanti.

Bas Biasa

Selain shuttle percuma, ada juga bas-bas biasa yang menghubungkan KLIA dan klia2 dan juga terus ke kawasan lain seperti KL Sentral, Nilai sampailah ke Genting dan Ipoh.

Ada Aerobus, Airport Coach, Airport Liner dan lain-lainnya.

Pro : Salah satu alternatif lain menghubungkan 2 airport ini.

Cons : Lambat. Lagi mahal dari tiket train.

Teksi / Grab

Ini alternatif terakhir yang ada untuk pergi dari satu airport ke airport sebelahnya.

Cara ini lebih ideal anda gunakan kalau anda dalam kumpulan 3 – 5 orang dan ada banyak bagasi yang besar.

Tapi jangan lupa yang tambang Grab lebih mahal bila demand makin banyak.

Dan tambang teksi juga ada tambahan surcharge 50% kalau anda ambil antara pukul 11:30 mlm – 6 pagi.

Pro : Boleh bawa ramai penumpang sekaligus.

Cons : Mahal.

MAKLUMAN PENTING : Disebabkan wabak Covid, sila ambil kira tentang keperluan kuarantin. Kalau anda tiba dari luar negara, dan ingin terus ke airport satu lagi, anda berkemungkinan besar tidak dapat melakukannya. Ini kerana selepas ketibaan di airport, anda perlu melalui kuarantin wajib terlebih dahulu. Sila hubungi pihak KKM dan Malaysian airport untuk maklumat terperinci.

Okay, itu saja caranya nak pergi dari satu airport ke airport yang lain. Tak susah dan tak jauh sebenarnya sebab kedua-duanya cuma beberapa kilometer saja jaraknya ( Jarak dari balai ketibaan KLIA ke balai ketibaan KLIA2 ialah 7.5 km).

Pada kami train adalah pilihan yang pertama dan paling senang.

Anda pilih yang mana?

Nota : Tips di atas ditulis pada 20 Januari 2022. Lokasi stesen, harga dan waktu perkhidmatan mungkin berubah pada waktu anda membacanya.

Jomjalan