Untuk cari kiblat di Malaysia atau di mana-mana sahaja anda berada dalam dunia sebenarnya mudah.
Cari Kiblat Online
Yang penting phone anda ada sambungan internet. Tak perlu aplikasi.
Caranya mudah.
Layari laman web Qibla Finder
Buka laman https://qiblafinder.withgoogle.com/
Beri kebenaran laman ini untuk gunakan kamera.
Masukkan alamat anda
Ini kalau anda tahu lokasi anda.
Bila letak alamat, arah kiblat anda lebih tepat.
Buat angka 8 dengan phone anda, 3 kali.
Ini supaya phone anda elok kalibrasi kompasnya.
Jadi arah akan lebih tepat.
Gerakkan telefon
Gerakkan telefon anda sampai garisan tepat di atas garisan menghala ke Kaabah.
Siap.
Dah dapat arah kiblat. Boleh mula solat.
Ini cara mencari kiblat yang cukup mudah dan tepat. Dan pakai teknologi Augmented Reality lagi.
Dan cara mencari kiblat sebegini sudah ada lama, rasanya lebih 7 tahun. Dan ambil masa dalam 1 – 2 minit saja.
Senang kalau nak solat merata tempat masa cuti. Tapi ramai yang belum tahu lagi.
Zaman atuk nenek kita dulu, depa siap beli sejadah ada arah kiblat lagi. Dan setiap sejadah ada buku untuk bacaan arah. Bila nak solat kat negara luar, kena rujuk buku kecil itu.
Tapi sekarang nak solat sudah mudah. Tak perlu ragu-ragu tentang arah.
Boleh juga pakat-pakat adjust arah kiblat kat rumah sendiri dan rumah mak ayah yang sudah tua.
Jangan terkejut kalau arah kiblat rumah anda sudah berpuluh tahun tersasar dari yang patut.