Castella Cafe – Jom Layan Ikan Bakar Sambil Celup Kaki Dlm Sungai Kat Gerik

Nak merasa makan sambil celup kaki dalam sungai?

Kalau kat Gerik, Perak, Castella Cafe ini tempatnya.

Kat sini masakannya ala kampung, lauk Pattani. Dan gaya makan macam berkelah kat waterfall dengan family.

Untuk orang kampung yang rumah mereka dekat sungai, ia benda biasa.

Tapi kalau anda duduk KL, ini memang best nak dicuba.

Setting Makan Kat Sini

Anda akan dapat meja kat tepi sungai. Ada meja buluh, ada kayu.

Dan tempat duduk yang muat untuk 4 – 6 orang.

Pilihan ikan yang ada spesies air tawar – kelah, kelaba sampailah sebarau. Kalau tak suka ikan, ada juga ayam kampung.

Bergantung kepada apa yang dipilih, akan ada sambal belacan dan ulam.

Kaki boleh celup dalam air. Dan lauk pun ada yang dihidang dalam buluh.

Berapa Harga Lauk?

Set 4 orang bermula sekitar RM 150. Atau anda perlu bajetkan dalam RM 50 seorang sekurang-kurangnya.

Harga lauk kat sini memang tinggi kalau nak dibandingkan dengan kedai biasa yang anda pernah kunjungi.

Tapi harganya memang dijangka – sebab ikannya segar dan memang anda bayar juga untuk suasananya.

Kena Book Dulu

Kalau anda berminat nak layan, wajib book dulu.

Anda boleh whatsapp ownernya, Tok Janggut (kat 019-5391707 / 013-895 9006).

Tak pun, boleh message beliau kat FB Castella Cafe.

Jangan cari nahas datang walk-in ramai-ramai. 

Ada peluang anda balik lapar saja sebab meja yang ada kat cafe Castella ini terhad jumlahnya.

Ada Homestay

Lepas makan, memang boleh main rakit dan mandi-manda.

Tapi untuk lebih selesa, tempah saja beberapa homestay dalam area yang sama.

Harga satu homestay pun lebih kurang dengan harga makanan anda.

Boleh lah mandi manda puas-puas dengan keluarga kat Sungai Berok ini nanti.

So, macam mana? Ada hajat nak datang dengan family?

Kredit Gambar : FB Castella Cafe

Lokasi : Castella Cafe, Kampung Padang Stang, 33310 Gerik, Perak

Jomjalan