Ada antara kita yang mahu cuti yang adventure dan nak tidur dalam khemah, tapi tak mahu duduk dalam hutan.
Tak mengapa.
Manusia macam-macam citarasa.
Untuk anda yang begini, Castra by Colony ini antara cara merasa tidur dalam khemah macam puteri.
Tak perlu panjat gunung separuh hari, tak perlu cari kayu api nak memasak, dan tak perlu pening kalau sakit perut belukar mana nak dituju nanti.
Memperkenalkan – Glamping dengan Castra
Pengalaman camping mewah Castra by Colony, aka ‘glamping’ ini sebenarnya baru sahaja dibuat awal tahun 2020 ini.
Lokasinya dekat KLCC, Kuala Lumpur, di tingkat atas Star Boulevard.
Kat khemah mewah ala Bohemian Chic/Mediterranean ini, aircond tersedia, jadi memang selesa.
Nak mandi, air panas ada. Elektrik, TV dan wifi? Tak macam dalam hutan, semuanya boleh dicapai.
Kawasan ini boleh tahan besar. Kalau nak diadakan event, boleh muat dalam 100 orang tetamu sekali masa.
Bila malam, rasa nak berBBQ, pit ada tersedia.
Pengganti hutan hijau ialah taman peribadi untuk anda duduk rehat tanpa orang luar, atau ular berbisa.
Tempat ini cantik kak. Jadi memang syurga sangat untuk baring malam tengok langit kota, atau yang nak OOTD penuhkan wall di IG.
Harga?
Untuk book satu kawasan Astra ini, untuk malam harganya dari RM 2,500.
Ini untuk 10 tetamu yang tidur sini.
Kalau anda mahukan seluruh kawasan ini, harga sewanya bermula RM 10,000 untuk satu hari.
Mahal atau murah harga ini — ianya relatif kepada status anda sendiri.
Apapun, sekarang anda sudah ada satu lagi pilihan atau inspirasi untuk lokasi buat event — tak kisahlah akad nikah, birthday party atau reunion dengan famili.
Cuma ini masalah kami. Bukan nyamuk, bukan fulus.
Tapi kami takut mata kami merah saja, sebab bunyi trafik dan mat rempit yang menguji enjin pagi-pagi buta.
Lokasi : Star Boulevard KLCC, No. 1, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur
Info Lanjut : Castra by Colony
[static_content id=”18001″]