Soalan Lazim Tentang Hotel Best / Terbaik di Kuala Lumpur
Apa hotel paling best / terbaik kat KL?
Ada banyak hotel-hotel best di Kuala Lumpur.
Antara yang popular termasuklah St Regis, The RuMa, Banyan Tree, EQ, Four Seasons, Pavillion, The Chow Kit dan Ritz Carlton di Bukit Bintang.
Beberapa hotel, (contohnya St Regis) mempunyai servis butler untuk layanan lebih istimewa.
Untuk hotel harga sederhana yang menarik, antara pilihan yang best termasuklah Kloe, Citizen M, Arte by Thomas Chan serta Wolo.
Kalau untuk harga murah, pilihan yang kami suka termasuklah hotel Big M dan hotel Olimpik yang bertentangan dengan menara Merdeka 118.
Nota : Hotel The Four Seasons dipilih sebagai hotel terbaik di KL utk 2021 oleh CNTraveller.
Hotel apa yang best dekat Menara Berkembar Petronas?
Hotel yang best dekat menara Berkembar Petronas (atau KLCC) termasuklah Mandarin Oriental, Four Seasons, W KL dan Grand Hyatt.
Ini hotel-hotel berdekatannya yang ada view cantik KLCC.
Dan ini pula yang terdekat dengan KLCC dan Aquaria KLCC.
Hotel best apa yang dekat dengan airport KLIA?
Hotel terbaik di airport ialah Sama Sama Hotel (5 bintang). Dan berdekatan dengannya ada Movenpick.
Sila rujuk senarai hotel terdekat dan bagus di sekitar KLIA ini.
Untuk hotel harga murah yang bagus sekitar KLIA, boleh rujuk di sini.
Hotel apa yang paling best di KL Sentral?
Hotel paling best di KL Sentral adalah Le Meridien, Hilton dan Aloft KL Sentral.
Ketiga-tiganya dalam jarak jalan kaki ke stesen itu.
Apa hotel di KL yang ada pool best di hotelnya?
Antara hotel di Kuala Lumpur yang ada swimming pool terbaik ialah EQ, Banyan Tree dan W KL.
Untuk hotel yang sederhana harganya yang ada pool power termasuklah Capri by Fraser dan Aloft KL Sentral.
Untuk pasangan muda ada KL Journal untuk pool yang cantik dan instagrammable suasananya.
Apa hotel murah terbaik di KL?
Antara hotel murah terbaik di KL yang sesuai dengan bajet orang Malaysia termasuklah Momo KL, Big M, Pacific Express dan Easy Hotel di KL Sentral.
Harga hotel-hotel ini lazimnya sekitar RM 89 – RM 120 untuk satu malam.
Apa hotel best yang dekat dengan jejambat pejalan kaki KLCC-Bukit Bintang?
Untuk bahagian di sebelah KLCC, hotel terbaik yang dekat dengan jejambat itu adalah Traders dan Impiana.
Di sebelah Bukit Bintang, hotel best terdekat adalah hotel Pavillion dan Millenium Bukit Bintang.
Apa hotel yang viral kat KL?
Antara hotel yang viral ialah Arte by Thomas Chan, Ami Suite, Barbie Room di Grand Hyatt dan hotel Kloe (bilik artist).
Hotel Chow Kit juga viral pada 2020 apabila ia disenaraikan sebagai antara hotel terbaik dunia pada tahun itu.
Untuk hotel butik pula, ini pilihan Timeout untuk 2018.
Apa hotel di KL yang best sarapan paginya?
Anda boleh pilih dari hotel Grand Hyatt sehinggalah Le Meridien — seperti yang telah kami kumpul di post hotel dengan sarapan terbaik di KL ini.
Tapi menurut laman Tripadvisor, hotel Traders yang berada dekat KLCC berada di no 3 terbaik dunia manakala hotel Shangri la KL berada di tangga ke 10 senarai yg sama.
Review ini diambil dari review pelancong lokal dan antarabangsa yang menginap di kedua-dua hotel itu.
Ada tak homestay kat KL yang dekat dengan tempat-tempat menarik?
Kalau anda datang dengan famili dan nak jimat, antara homestay di KL yang dekat dengan tarikan ialah homestay jenis apartmen di KLCC ataupun Bukit Bintang.