8 Travel Blogger Melayu Yang Patut Anda Follow Hari Ini Juga

Blogger-blogger Melayu di bawah datang dari latar belakang berbeza, tetapi berkongsi satu perkara sama.

Mereka berkongsi dengan anda suka duka, kisah pelik, berinspirasi dan lucu semasa cuti mereka seperti yang dapat dibaca di majalah pelancongan — tanpa meminta satu sen pun bayaran dari anda.

Kalau anda suka melancong, tapi masih belum dengar nama mereka, jenguk-jenguklah blog mereka selepas artikel ini.

1. Cuti Maksimum, Bajet Minimum : DanArif

dan arif

Jika kebanyakan kita bersesak membeli tiket masuk ke tempat tarikan pelancong, Dan Arif pula lari dari kebiasaan dan berseronok melakukan aktiviti ekstrim di tempat orang sewaktu cutinya.

Mahal? Mungkin tidak. Bijak? Sudah tentu.

Pereka dalaman ini selalunya memaksimakan bajet beliau dengan tinggal di hostel dan kerap menggunakan kupon diskaun cuti dan aktiviti dari Groupon untuk berjimat sebanyak-banyaknya. Antara hasilnya ialah peluang melakukan SkyDiving di Queenstown, Australia dalam gambar di atas.

Seorang yang sukakan aktiviti lasak, blog dua bahasa beliau bukan sahaja ada ulasan hotel tapi juga bagus dilawat jika anda ingin belajar cara berjimat semasa cuti ataupun melihat senarai restoran halal yang ada di luar negara.

Kredit Gambar Featured & Bloggger : Laman Dan Arif (sayangnya tidak lagi aktif pada 2018)

2. Siapkan Jadual Pusing Dunia : Kaki Berangan

Blogger Kaki Berangan

Ingin tahu kos sebenar bercuti di Korea, Gold Coast , Melbourne atau di mana-mana tempat lain di luar negara? Kaki Berangan, seorang travel blogger berpengalaman boleh tunjukkan anda belanjanya.

Anda bakal melihat kos cuti beliau — dari harga tiket, kereta sewa dan bayaran untuk cenderamatanya hinggalah ke jadual waktu dan tempat akan dikunjungi sewaktu bercuti.

Disebabkan cara tulisan beliau cukup santai, anda akan tersenyum membaca tentang kerenah imigresen, rimasnya beliau dengan hon kenderaan di Medan dan cerita membawa ikan bilis dan memasak rendang sewaktu bercuti.

Lawat : Laman Kaki Berangan

3. Cuti Mesti Bergaya, FidaJacob

Fida Jacob di Istanbul, Turki

Siapa kata anda tak boleh bergaya sejelita Catherine Zeta Jones semasa bercuti?

Jika anda lawati laman travel blogger wanita bernama Fida Jacob ini anda tentu malu. Beliau ternyata cukup bergaya di depan lensa — tidak kisahlah samada beliau di Turki atau Brussel, beliau persis seorang super model yang sedang berehat antara photoshoot.

Dengan but tinggi dan tas tangan, cik mek Kelantan ini ada banyak ilmu melancong dan fesyen yang boleh anda pelajari. Bahkan jika anda ingin tahu destinasi yang pernah dan bakal beliau lawati, tengok saja ‘bucket list’ di sidebar beliau.

Kalau anda seorang perempuan, hati-hati. Senarai negara yang pernah beliau lawati dan koleksi kasutnya bakal buat anda iri hati sepanjang hari.

Lawat : Laman FidaJacob

4. Travel Berdua Baru Bahagia

Berbeza dengan semua bloggers yang ada kat sini, blog yang satu ini pula cerita jalan-jalan suami isteri, Khairul Idzwan dan Amira.

Dan KakiJalans.com bukan sahaja bawa anda pergi pusing ala backpackers sekitar Asia Tenggara, tapi nun jauh beribu batu ke Perancis dan Belgium.

Antara catatan paling detail yang ada kat KakiJalans ini, trip solo Khai masa bujang ke Thailand dengan Laos. Kalau rasa nak buat benda yang sama boleh layan site dia untuk usya tips dan tempat yang dia lawat.

Blog KakiJalans ditulis dalam bahasa Inggeris. Tapi jalan risau sebab bahasanya simple, dan tulisannya pun bite size.

Lawat : KakiJalans

5. Dapat Tajaan Untuk Berjalan : BroFramestone

BroFramestone

Bro Framestone dianggap antara blogger paling berjaya di Malaysia.

Beliau pernah ke Jakarta, Bandung dan Medan selama seminggu dengan penginapan, makan-minum dan pengangkutan ditaja penuh oleh AirAsia. Beliau juga antara blogger penting Felda Travel dan dibayar bagi mempromosi penginapan milik Felda dari Sungkai hinggalah ke Johor.

Jadi tidak hairanlah jika blogger lain hanya dapat ke tempat tarikan popular, beliau pula dapat masuk ke hutan dengan 4WD dan menunggang kuda di ladang teh Bandung.

Sejak berkahwin, beliau banyak menerima pelawaan untuk tajaan untuk bercuti, tapi seperti menurut beliau “.. terpaksa ditolak kerana lebih utamakan keluarga.”

Pendek kata, inilah hasilnya jika anda sudah berjaya sebagai blogger. Bak kata orang putih, “Be so good that they can’t ignore you”.

Lawat : Laman BroFramestone

6. Bercerita dengan Foto: Wazari Wazir

Wazari Wazir di Nepal

Apa guna bergambar semasa cuti jika semua office mate anda menguap besar bila melihatnya?

Jika anda ingin melihat bagaimana seorang pro mengambil gambar sewaktu cuti, lawat laman Wan Wazir. Anda mungkin menghabiskan masa berjam-jam untuk melihat gambar bertaraf National Geographic beliau sambil bertanya mengapalah anda tidak mahu belajar fotografi sebelum melancong.

Jurugambar professional ini bukan saja seorang blogger, tetapi juga wartawan foto Melayu terbaik yang pernah kami jumpa.

Pendek kata, blog beliau wajib dituju jika anda mahu belajar merakam foto yang mampu bercerita.

Lawat : Laman Wazari Wazir

7. Kerja Sendiri Jadi Pembiaya Cuti: Emila Yusof

EmilaYusof

Siapa kata anda perlu bekerja dengan gaji besar untuk melancong? Minat anda mungkin saja boleh menjadi pembiayanya.

Emila Yusof bukan sahaja seorang ibu dan penulis, tetapi beliau bekerja sendiri sebagai pelukis kulit buku kanak-kanak dan mengunakan minat ini sebagai batu loncatan untuk beliau melawat banyak ibukota dunia.

Berhenti kerja pada 2007 dan bekerja sendiri dengan menghasilkan lukisan-lukisan comel, blog berbahasa Inggeris Emila diisi bukan sahaja dengan lukisan tetapi juga dengan kisah kembara beliau ke seluruh dunia untuk mempromosi hasil kerja beliau.

Cemburu? Kami pun begitu.

Lawat : Laman Emila Yusof

8. Umur Bukan Penghalang : DeqNoor

Deq Noor - Blogger Melayu Muda

Jurutera wanita muda dan masih bujang yang membahasakan dirinya sebagai Deq Noor ini memang rajin berblog. Dari pengalaman di Solo, Indonesia sampailah ke Korea, semuanya ditulis di blognya.

Selalunya melancong sambil kerja, wanita muda berani ini menunjukkan bahawa usia dan kerja bukan halangan untuk melancong.

Jika anda ingin belajar bagaimana beliau boleh membahagikan masanya sebagai jurutera, melancong, ber blog dan masih boleh menghadiri event2 blogger, bolehlah ke blog DeqNoor dan tanyakan beliau.

Lawat : Laman Deq Noor

Melancong memang seronok. Tetapi jika jadual anda padat atau duit di tabung masih belum cukup, kesemua blog di atas boleh dikunjung sebagai tempat membaca, merancang dan mengimpikan keseronokan bersiar-siar dengan jaket tebal atau kasut tinggi di tempat orang.

Jika 20 tahun dahulu, bilangan Melayu yang mengembara boleh dikira dengan jari, kini anda ada blogger terkemuka untuk dijadikan inspirasi.

Antara 8 travel blogger Melayu hebat di sini, blogger mana yang paling anda sukai ?

  1. boleh dijadikan idola dalam penulisan..broframestone tu pernah bertemu mata..trademark dia dulu hehe23X..
    yang lain belum berpeluang jumpa

  2. Iskandar Suhaimi says:

    Maaf sis Lila, sebab kami mmg tak buat ikut negeri, mmg kami tak ada info tentang travel blogger yang bagus/ terbaik dari Pahang. Maaf ye.

  3. lilasari says:

    As salam,

    Boleh share dengan saya antara blogger terbaik di negeri Pahang x

  4. Mazliatul Ibtisam says:

    Ada sesetegah blog di atas ni saya pernah baca tapi ada juga yang saya baru je tau. Selalunya saya suka baca blog kakijalan, emilayusof dan runawaybella. Saya suka baca blog orang melayu yang bagus penulisan dalam bahasa inggeris gak.

  5. Saya selalu jugak baca blog diorang dulu. Dapat inspirasi dari diorang. Saya juga suka baca Backpacker Busuk (tapi lama tak update), Jari Manis, Kaki Jalans dan beberapa blog Melayu/Inggeris tempatan yang lain.

  6. Saya banyak suka cerita pelancongan yang ditulis di Laman Dan Arif. Sayangnya blog beliau dah lama tak update.

  7. Blog travel selalu dpt sambutan yg baik drpd pembaca. Ramai yg suka tahu tempat pelancongan di negara lain dan boleh pelan ikut journey mereka.

  8. Iskandar Suhaimi says:

    Tq Alene. Saya budak baru belajar. Ada yg x betul mohon tunjukkan ya?

  9. Wah sangat menyenangkan menjadi orang travelling. Boleh berjalan dan melancong ke mana πŸ™‚

  10. Wah, pertama kali tahu pasal blog Wazari tu. Memang mantap mantap foto dalam blog dia.

  11. uissshhh… hebat deme2 ni…. nak gikut cam deme… tapi tak capai lagi tahap deme….. dapat asap pun jadileeee

  12. Emmtak gayat ke duk atas langit tu?hehe..serenokkan dapat lakukan aktiviti yang extreme maca ni..hehe..terima kasih atas perkongsian ni..

  13. 7 blogger ni memang otai…..saya banyak belajar dari diorang untuk jadi seorang blogger travel yg berjaya…tapi disebabkan saya masih student jadual untuk travel memang sangat limited…apapun jd blogger travel bukan semudah dan seseronok seperti travel…

  14. Alyza Fisol says:

    semua blogger ni disukai…masing2 ade cara tersendiri… πŸ™‚

Comments are closed.

Jomjalan