Ramai yang heboh merancang nak bercuti semasa PKPP. Ada yang nak terbang ke Langkawi, dan ada yang cuma nak jenguk negeri kat sebelah kanan dan kiri.
Tentang Tarikan Ini :
Okay, jom tengok status buka, atau tutup untuk tarikan utama negeri-negeri di Malaysia.
PENTING : Status di bawah tepat sehingga Sabtu, 13 Jun 2020.
Kuala Lumpur

Aquaria KLCC – Tutup.
Sunway Lagoon – Hanya mini zoo dibuka. Tiket dihadkan.
Menara Kuala Lumpur – Tutup.
Taman Burung KL – Buka. Dan ada diskaun khas.
Petrosains – Tutup.
KLCC – Buka.
Zoo Negara – Buka.
Kidzania – Tutup.
Ikea Damansara – Buka.
Langkawi

Kereta Kabel Langkawi – Tutup.
Underwater World Langkawi – Buka. Dan ada diskaun khas.
Langkawi Wildlife Park – Buka. Dan ada diskaun khas.
Taman Air Splash Out Langkawi – Tutup.
Melaka

Melaka River Cruise – Buka.
Taman Buaya – Buka.
A Famosa Resort – Hanya penginapan & golf sahaja buka.
Encore Melaka – Tutup.
Penang

Escape – Buka mulai 16 Jun
Bukit Bendera – Buka. Dengan diskaun khas.
The Habitat – Buka.
Taman Rama-Rama Entopia – Buka.
The Top Komtar – Tutup.
Design Village Mall – Buka.
Ikea Penang – Buka.
Wonderfood Museum – Tutup.
Johor

Legoland – Tutup.
Taman Air Desaru Coast Adventureland – Tutup.
Johor Premium Outlets – Buka. Tapi kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas tidak dibenarkan masuk.
Austin Heights Adventure Park – Tutup.
Toppen Mall – Buka.
Ikea Tebrau – Buka.
Putrajaya

Cruise Tasik Putrajaya – Buka.
District 21 – Tutup.
Skyrides Festival Park – Tutup.
Cameron Highlands

Kea Farm – Separa buka. Separa telah dirobohkan untuk pembangunan.
Boh Tea Plantation Sungai Palas – Buka. Jumlah tetamu terhad. Download aplikasi My Sejahtera untuk proses masuk.
Boh Tea Plantation @ Habu – Akan dibuka 16 Jun.
Cameron Lavender – Tutup.
Sabah

Gunung Kinabalu – Buka. Terhad 100 orang satu masa.
Taman Laut Tunku Abdul Rahman – Buka. Akan tetapi bot pergi balik sangat terhad.
Perak

Lost World of Tambun – Buka untuk mini zoo sahaja. Jumlah tetamu dihadkan.
Zoo Taiping – Buka mulai 15 Jun.
Jadi, macam mana? Jadi nak bercuti, atau nak tunggu seminggu dua lagi?