nasken coffee kelantan

Dah Try Nasken Coffee? Ini Alternatif Starbucks Kat Kota Bharu

Anda kaki kopi?

Kalau anda singgah ke Kota Bharu masa cuti, cuba cari Nasken Coffee.

Ia boleh mengubat rindu ada pada kakak hijau yang bersepah kat KL dan negeri lain di Malaysia ini.

kedai cafe nasken coffee pengkalan chepa kelantan
Kredit : Nasken Coffee

Yang bagusnya kat Nasken ialah selain kopi, ia juga ada lauk western — macam lamb chop, meatball dan spaghetti.

Tapi pada kami, highlight kat sini adalah pilihan kek nya.

Jumlah kek yang ada kat sesetengah branch buat rambang mata.

Ada yang dekat sama banyak dengan Secret Recipe.

Memang best makan petang, santai-santai dengan buah hati.

nasken coffee & kek
Kredit : aiman.arefiq_

Dan yang paling penting? Halalnya tak risau.

Dan harga pun murah dari tempat kopi antarabangsa.

Kedai Melayu

Kredit : Nasken Coffee

Nasken ini kedai kopi orang Melayu Kelantan.

Dibuka masa Covid melanda.

Kredit : Nasken Coffee

Taukeh nya muda belia.

Dan sejak branch pertama, cafe nya sudah dibuka merata-rata.

Tapi dalam tahun 2021, ia cuma terhad kat kawasan Kelantan dan Terengganu saja.

Jadi kalau anda dah biasa dengan Starbucks, Zeus Coffee, Coffee Beans dan cafe seumpamanya, ini masanya cuba cafe orang Kelantan pula.

Sebab cafe luar negara (macam restoran mamak) kat Kelantan ini, memang terhad jumlahnya.

Kredit : Nasken Coffee

Bolehlah tengok, boleh tak ia ganti Starbucks masa anda cuti kat Kelantan dengan keluarga.

Nota: Yang terbaru, kami dapat tahu yang ia dah mula keluar dari negeri asalnya. Ada branch terbaru kat Sungai Besi.