restoran melayu mewah de.wan 1958 the linch

De.Wan 1958 – Restoran Mewah Lauk Pauk Melayu Level Bangsawan.

Untuk orang Melayu, kalau sebut lauk pauk tradisi, tak ada orang lain yang dalam kepala melainkan Chef Wan ini.

Beliau chef celebrity pertama kat Malaysia. Dan beliau juga sebenarnya ada restoran di the Linc yang terkenal hipster.

Kalau anda nak sambut hari-hari istimewa, De.Wan 1958 memang boleh cuba.

Lauk Tradisi Orang Melayu

Kat sini, lauknya rasa kampung, rasa lauk yang mak-mak masak.

Tapi ada sentuhan moden, dan dalam kelas tersendiri.

Kalau ikut Chef Wan, lauk kat sini macam lauk pauk yang beliau nak hidang untuk layan anda semua kat rumahnya.

Yang kami suka kat De-Wan ialah lauk Melayu tradisi ini disaji dalam suasana mewah.

Restoran bertema hutan, tapi ceria — macam Chef Wan juga.

Hiasan meja pun bergaya — dari bunga orkid di setiap meja, sampai ke mangkuk terisi rempeyek di dalam bekas tempurung kelapa.

Senang kata, memang rasa restoran Melayu, tapi vibe kelas dunia.

Dan yang specialnya, ini antara restoran mewah kat KL yang ada petai dan pucuk paku dalam menu.

udang petai chef wan
Kredit : kenny_khee

Portion lauk kat sini memang besar. Dan sedap-sedap walaupun mungkin sedikit manis. Dari ekor panggang sampai ke laksa dan asam pedas ada.

Senang cerita, nak bawa mak celebrate Mother’s Day memang kena.

Kredit : kenny_khee

Nasi kat sini selalunya 2 jenis. Nasi minyak Bunga Telang dan Nasi Telur Terengganu. Dan anda akan diberi kedua-duanya dari pelayan yang sentiasa berlegar melayan tetamu.

Bila nasi nak habis, mereka akan top up dari bekas gaya rotan yang mereka bawa ke sini sana.

Kalau balik tak kenyang, memang kami tak percaya.

Harga

Disebabkan ia bukan restoran biasa, bersedia untuk membayar sekitar RM 200 ke atas untuk makan berdua.

Harga lebih tinggi kalau anda order ikannya.

restoran de wan chef wan

Cara Book Meja

Untuk book, anda boleh terus download aplikasi TableApp. Tak perlu call sebab staff akan minta anda book meja melalui app itu.

Kalau nak call tanya apa-apa, sila telefon pukul 11 pagi dan ke atas.

chef wan di dalam restoran de.wan 1958 the linc

Pada kami, Chef Wan, berhak memegang title duta lauk pauk Melayu Malaysia dengan restoran mewah De.Wan 1958 ini.

Eksotik, happy vibe kat dalamnya dan layanan staff yang pantas bakal buat anda makan dengan gembira.

Dah oh! Bila Ramadan ini pun mereka open untuk buka puasa ( cuma makanannya gaya buffetlah ya?)

Nota : Dewan juga ada branch lain, iaitu di Bangi Resort Hotel

Lokasi : De.Wan 1958 di The Linc KL