Setelah begitu lama berteka-teki dengan pembukaan restoran sendiri di KL, Chef Wan akhirnya kini pasti membuka restoran mewahnya di sini.
Idea membuka restoran Chef Wan tercetus pada 2017, dan nama yang dicetuskan ialah – Main Main.
Tak lama selepas itu, ura-ura kedua tercetus bila IOI Mall dikatakan akan menjadi lokasi sebuah restoran yang sekali lagi dikaitkan dengan Chef Wan.
Kedua-duanya senyap sahaja. Dan apabila restorannya di Esplanade, Singapura ditutup pada 2018 selepas tak sampai setahun dibuka, ramai yang menyangka Chef Wan sudah serik.
Diam tak diam, rupa-rupanya dia merancang restoran dalam shopping mall baru.
Dalam The Linc
Restoran ini ada dalam The Linc – mall era baru yang posh dan lain dari yang lain. Yang lebih artsy.
Lokasi mall ini? Jalan Tun Razak. Tak jauh dari Ampang Park yang nak diroboh tu. Dan LRT paling dekat ialah kat Ampang Park.
Tapi takkan nak datang restoran mewah untuk anniversary dengan jalan kaki? Ambil lah Grab paling kurang. Tak lah berjurai peluh bila sampai restoran.
Boleh Buka Puasa kat De.Wan
Restoran ini dah ready untuk buffet bulan puasa 2019. Harga pun standard lebih kurang macam hotel-hotel di KL.
Menunya? Lauk pauk orang Melayu — macam rendang daging, bubur pulut hitam, kambing kuzi dan juga ada lauk Nyonya dan Peranakan sikit.
Jadi kalau korang nak merasa sedap ke tak sedap resepi Chef Wan, boleh sangatlah buat booking kat sini.
Macam mana-mana restoran chef celebrity, tempahlah dulu sebelum datang. Jangan walk-in macam pi kedai mamak Pelita pula bang!
Bak kata orang Zimbabwe, biar takde duit, tapi biar ada akal! Kalau tak, kena maki free dengan Chef Wan kami tak tahu hihi!