Dinosaur World Bakal Jadi Tarikan Baru Zoo Melaka Tahun 2021

November 22 2020 — Dinosaur World dilaporkan sedang dipersiapkan di Zoo Melaka dan bakal menjadi tarikan baru di zoo tersebut mulai 2021 nanti.

Didatangkan oleh syarikat yang sama yang mengendalikan pameran dinasour di Pusat Sains Negara, dinosaur-dinosaur di Zoo Melaka bakal ditempatkan di dalam kawasan seluas 5 ekar.

Dinosaur yang telah diletak di Zoo Melaka

Menurut hebahan, ada lebih 100 dinosaur yang dibuat dengan skala 1:1 (sama saiz dengan yang sebenar) di dalam zoo ini nanti, menjadikan taman di Melaka ini antara taman dinosaur terbesar di Asia Tenggara.

Pameran di Pusat Sains

Kalau dahulu kebanyakan dinosaur hanya patung, kini, dengan teknologi yang ada, taman dinasour ini bakal dihuni dinosaur yang bergerak, atau dipanggil animatronic.

Ia juga dijangka mempunyai Augmented Reality Dinosaur untuk pengunjung merasa sendiri pengalaman maya berteknologi tinggi.

Krew Dinosaur Encounter di Pusat Sains Negara

Tarikh pembukaan taman dinosaur ini dijangka pada bulan Disember 2020. Akan tetapi dengan MCO yang ada, kami menjangkakan bahawa ianya hanya akan sedia sepenuhnya pada 2021 sahaja.

Kredit : Dinosaur Encounter

JomJalan Seluruh Melaka

Senarai tempat tarikan best di Melaka
Hotel terbaik Melaka pilihan kami
Layan kedai makan sedap Melaka
Promo hotel, tarikan Melaka
Jomjalan