mengelak bilik hotel berhantu di malaysia

Tahu Tak? 5 Tip Mengelak Bilik Hotel Berhantu 👻 di Malaysia

Bukan apa. Macam hangpa, makhluk ini juga perlu katil nak berbaring, cermin nak bersolek dan WIFI untuk emel.

Kalau dulu-dulu depa cuma ketuk bilik. Tapi sekarang depa dah pandai mendail telefon hangpa waktu malam.

Bila hangpa masuk ke bilik depa dengan 3 anak yang asyik bergaduh, hangpa yang ganggu depa.

Jadi, ini ada 5 tip untuk mengurangkan peluang disakat di hotel sewaktu cuti sekolah bersama anak-anak hangpa. Guna, jangan tak guna!

Elak Resort Terpencil

Sesetengah hotel dari luar pun dah seram . Gambar : MyKampus Radio

Ada banyak resort di yang letaknya tersorok nun jauh di ceruk kampung. Contohnya Resort Tok Senik, Langkawi. Ada juga hotel yang nun jauh di atas bukit macam First World Hotel di Genting.

Ada resort terpencil di yang selalu terjadi kes chalet misteri kerap terbakar. Ada juga yang sebenarnya tapak markas tentera Jepun masa zaman perang dunia.

Mengapa hangpa pilih tempat begini? Mengapa pula hangpa pilih bercuti di kawasan peranginan yang diketahui berhantu macam Genting tu?

Hotel First World, Genting ini contohnya memang dikatakan berhantu. Yahoo Travel satu masa dulu, pernah letak hotel ini sebagai salah satu dari 15 hotel paling berhantu di dunia.

Ada lebih 6,000 bilik di sini. Dengan bilik sebanyak ini, dan dengan tetamu yang ramai, hangpa pasti yang suara orang bergaduh dari bilik sebelah tu suara orang?

Dan boleh hangpa confirmkan orang tua Cina berbaju putih  yang menyapu koridor yang menyapa hangpa itu bukan hantu ?

Amber Court, Apartmen Ria dan penginapan lain di Genting juga terkenal dengan entiti yang suka mengacau. Bukan apa. Tempat itu tidak baik dan selalu diguna untuk benda tidak baik.

Jaga-jaga dengan Hotel Bersejarah

Hotel bersejarah adalah hotel yang lebih tua dari moyang hangpa. Contohnya hotel Cheong Fatt Tze dan E&O di Pulau Pinang serta hotel Majestic di Kuala Lumpur.

Hotel-hotel ini memang ramai orang kaya minat. Sebabnya selalunya ia bertaraf 5 bintang dan sebab gaya kolonialnya.

Tapi, umur bilik yang panjang juga menyebabkan bilik-bilik hotel ini menyimpan pelbagai peristiwa dan rahsia — tak kiralah bersejarah atau tragis.

Hotel Majestic Kuala Lumpur kini adalah hotel 5 bintang ternama di Kuala Lumpur.

Hotel Majestic contohnya telah ditutup pada 1984. Kemudian baru dinaik taraf dan dibuka semula.

Hotel ini tiada penghuni selama 28 tahun.

Semasa Jepun kalah perang dunia, ada askar Jepun yang membunuh diri di sini.

Caranya, ambil pedang, tusuk ke badan sendiri.

Ada juga orang-orang Inggeris yang sangat suka tinggal di sini sehingga mereka meninggal dunia di dalam bilik di hotel.

Semasa hotel ini ditutup, pekerja KTM dikatakan sering nampak kelibat lelaki berpakaian Jepun memandang jauh ke arah jalan melalui tingkap salah satu bilik di situ.

Bilik Penuh? Cari Saja Hotel Lain

Peluang hangpa bertemu si penunggu cukup tinggi kalau hangpa buat benda di bawah.

Datang ke resort tergesa-gesa, tanpa tempahan, semasa hari sudah malam — dan kemudian marah-marah bila diberitahu tiada lagi bilik kosong.

Sebab tak tahan dengan mulut hangpa, akhirnya, selepas dua, tiga minit ketuk keyboard komputer, staff hotel itu kata,

“Jika encik tidak kisah, kami ada satu bilik untuk encik.”

Tahniah! Hangpa baru saja tempah tiket vip nak berjumpa cik hantu di bilik nanti.

Jangan cari bilik last minute melainkan tak ada pilihan lain.

Begini. Dalam hampir semua hotel, ada bilik yang ditutup untuk tempahan. Kadangkala, bukan satu atau dua bilik. Tapi satu tingkat ditutup untuk tetamu.

Bilik-bilik ini selalunya tempat kes ngeri, tempat kerap orang jumpa makhluk halus atau tempat letaknya patung2 keagamaan orang Cina yang di simpan untuk membuang sial. Sesetengah bilik, dikosongkan sebab puas cuba dipulihkan dari makhluk halus, tapi tak berjaya.

Jadinya, kalau penyambut tetamu katakan pada hangpa yang bilik penuh, mengapa pula selepas beberapa minit mengetuk keyboard, dia akhirnya terjumpa  bilik kosong?

Hangpa susahkan dia. Kini giliran hangpa susahkan.

Bilik Pelik? Minta Yang Lain

Tanda awal yang bilik hangpa dihuni makhluk lain ialah bila hangpa masuk, bilik ada bau pelik, berselerak, atau lebih sejuk dari biasa.

Jangan kompromi dengan bilik yang kelihatan terusik

Ada juga yang tidak berselerak. Cuma bila masuk, hangpa lihat lantai basah — macam ada orang baru keluar dari bilik air.

Mungkin juga lah housekeeping kurang staff hari itu. Tapi amat jarang bilik diberi tanpa diperiksa dahulu.

Kalau hangpa masuk dan bilik hangpa selerak teruk — contohnya selimut di lantai, pintu almari ternganga, atau ada daun-daun kering berterabur di bilik, jangan tunggu lagi.

Walaupun apa alasan yang diberi hotel, minta saja bilik lain.

Bukan apa, tetamu tak diundang mungkin muncul pada malamnya.

Jaga Adab Bila Senja

Ini waktu paling seronok, tapi bahaya duduk kat luar.

Sebelum senja, ajak anak masuk. Jangan lagi biar mereka terpekik terlolong mandi-manda dan menjerit-jerit di kolam renang. Hangpa pun, kalau tengah mengandung atau baru habis berpantang, jangan tunjuk berani sangat.

Bila tiba senja, tutup saja langsir tingkap dan balkoni. Terutama kalau  balkoni bilik hangpa menghadap laut atau pokok-pokok kelapa yang tinggi-tinggi.

Banyak kes makhluk berbaju kurung moden terbang masuk melalui balkoni 😅.

Ini kisah seorang tetamu sebuah hotel tepi laut. Dia cerita dalam thread tentang hotel berhantu di forum Cari.

Our room facing the sea. balcony. Memalam nak tido, aku ni tah aper je gi bukak sliding door. Biar open. Angin masuk best je.

Tengah aku best renung2 laut try nak tgk lautan waktu malam (walhal mmg gelap takkan nampak), tetiber kain sangkut kat muka aku. Aku ok lagi. Aku tolak tepi coz for sure langsir — coz aku diri dekat ngan langsir. Pastu kain serkup muka aku lagi. Aku tolak lagi until aku sedar. Kain tu kain putih. Then aku dah gigil. Aku undur aku pusing je — perempuan diri depan aku tapi tak show muka. Cuma rambut panjang sampai lantai — ketawa. Terus pengsan. Sedar2 kwn aku dah balik. Aku diam je. Esok pagi terus checkout. Tak sanggup aku.”

(nota: Petikan telah di edit tatabahasanya)

Sebenarnya, banyak hotel yang berhantu di Malaysia. Di tempat lain di seluruh dunia pun begitu. Malah, kemungkinan juga hotel yang baru hangpa tempah pun makhluk tak diundang.

Apapun, kami harap hangpa kini lebih bijak memilih bilik. Kalau hangpa ternampak kertas kat kaunter check-in yang tertulis “Jangan jual bilik-bilik ini, melainkan jika pelanggan desak sangat”, sekarang hangpa tahu mengapa.

Hangpa ada tips lain? Atau ada pengalaman kena kacau hantu di hotel ? Jom share!

p/s Ini 7 tempat menarik Malaysia yang berhantu.

324 comments

  1. Pesanan JomJalan : Kisah di bawah ini mungkin catatan dari seorang pelajar. Netizen, mohon jaga adab berkomentar. Komen yang melampau akan kami buang.

    Hy saya Ada kisah menarik yang hendak disampaikan.. dulu semasa saya kecil saya sekeluarga dibawa oleh ayah Dan IBU saya ke sebuah hotel.. saya sangat seronok semasa berjalan bersama keluarga.. tetapi itulah saya Ada masalah iaitu tidak boleh menunggu lama.. semasa Sudah siap check in hotel saya berehat sebentar bersama keluarga..

    cerita dia Di sini semasa kami keluar mahu pergi makan.. selepas makan saya bertengkar dengan keluarga kerana selepas mereka makan mereka duduk Tanpa berbuat apa apa. saya terus berjalan ke bilik hotel.. oh lupa masa itu saya darjah tiga.. tahun 2008.. semasa saya masuk berseorangan kedalam bilik hotel tu saya terkejut kerana Ada sorang Yang duduk didalam tilam.. kerana perasaan ingin tahu saya terus menarik lain selimut tersebut Dan tiada APA APA.. saya menarik lafas lega Dan saya berjalan mahu pergi ke tandas Dan saya tersadung sampai jatuh.. bila saya tengok ke bawah katil tersebut saya terlihat sebuah boneka Yang dicucuk Di rusuk Kiri Dan sebelah Mata.. saya terkejut lalu saya mengunting boneka tersebut Dan isinya bertulis.. how dare your.. kamu semua tidak Aman jika berada didalam bilik ini lebih Dari tiga Hari.. saya tak tahu maksud benda itu.. sehingga selepas Hari ketiga Kami dihantui Di bilik ITU.. saya sedikit bod#h kerana tidak memberitahu keluarga saya..

    Angaka kejadian tersebut Kami sekeluarga setiap Hari bermimpi badan dicucuk seperti boneka tersebut.. saya lupa memberitahu Kami duduk seminggu Di hotel tersebut. Antara kejadian lain Pam tandas suka flash sendiri.. paip air seperti orang buka tutup.. serta barang selalu duduk ditempat berlainan seolah seperti Ada benda Yang mahu bermain..

    saya tidak tahu keluarga saya tipu atau tidak.. jika Salah sorang dari Kami Yang masuk akan diganggu.. seperti ditarik rambut.. seperti baju ditarik.. saya selalu terjatuh kerana lantai tiba tiba licin.. malah ketika saya buka paip terkeluar darah.. saya jadi takut.. diantara Kami berlima cuma ayah saya Saja tidak diganggu.. mungkin jika ayah saya diganggu Kami akan keluar terus..

    ok sambung balik.. ketika Kami makan Maggie didalam bilik akan Ada rambut sehelai tetapi panjang.. ketika tidur Salah sorang Dalam keluarga Kami diganggu.. terasa badan ditindih.. saya juga merasa seperti ditindih 8 tayar Lori.. Rasa sesak nafas. Saya tidak boleh memberitahu Nama hotel tersebut kerana ini sebuah AIB..

    saya sorang Yang ramah ketika Kami mahu check out saya bertanya tukang Cuci tentang boneka tersebut.. tukang Cuci sangat terkejut sambil berkata X semua orang akan tengok benda tersebut. Katanya semua orang Yang jumpa boneka tersebut akan jatuh baru nampak boneka tersebut.. boneka itu akan terus ada bila customer baru Yang masuk.. katanya orang Yang mati didalam bilik itu mati tanpa dibunuh oleh Yang berdendam.. maka orang Yang berdendam marah Dan menyumpah Roh tersebut.. katanya lagi Roh tersebut akan duduk didalam bilik itu,Dan mengangu Roh tersebut.. Roh itu tidak mampu membalas dendam Dan akibatnya Roh itu cuma mampu mengangu orang Yang masuk..

    Kami juga beruntung kerana sebelum Kami masuk sekitar 2/10 akan mati didalam bilik ITU.. nasihat saya kalau check in hotel apa apa kena check.. jangan duduk Tanpa melihat dan check macam tu.. bahaya.. malah tukang cuci tidak akan memberitahu sekiranya tidak Ada Yang bertanya dia.. sekian

  2. Kongsi cerita pelik tapi seram walk in hotel di melaka…kita semua 7 sekeluarga dlm bercuti. Nama hotel tu dulunya nama pahlawan melayu dan kini ditukar nama barat berkuda..setelah malam pertama tiada apa2 berlaku di famili suite 2 bilek tersebut. Hanya satu hari disewakan untuk kami dan hari seterusnya untuk yg telah di booking oleh pelangan yg lebih awal. Semasa semakan di kaunter utk keluar, jika masih ada bilek famili suite yg masih available? Rupanya bilek yg ditutup?? telah dibuka untuk disewaan. Sedang tiada pun desakan dari kami kerana hari itu adalah cuti public. Kita faham jika ianya full. Disebabkan ketamakan bilek yg bermasalah ‘keras” dijual. Bermulalah kisah aneh dari langkah pertama kami sekeluarga masuk kedalam yg mana ianya di tingkat 2 bersebelahan lif sahaja.. dipendekkan cerita…tiada hujan tapi tingkap sentiasa air mengalir…bunyi tingkap diketuk dgn jelas seakan jari2 panjang..bunyi seretan menyiutkan diluar cermin tingkap.. .talian ada tapi tiada telepon awalnya? Mungkin ada kisah panggilan diterima dari bilek ini., beberapa biji mentol lampu terbakar seolah2 lama tidak didiami..setiap ahli keluarga diusik, terdengar bisikan2 halus ditelinga.. terasa rambut sedikit ditarik,…tapak kaki disentuh usik…sehingga terpaksa memanggil sekuriti utk dtg utk buat siasatan. 10 minit dtg 2 org sekuriti masa tu menunjukan 1 am. Mereka pelik bila tengok tingkap yg sentiasa air mengalir sedang luar tiada hujan dan terkejut bila terang2an bunyi cakaran dan seretan terdengar walau langsir ditarik tetapi tiada nampak apa2 atau objek…dari riak mukanya nampak pelik dan takut lantas meminta kami mengumpulkan barangan di tengah2 hall bagi memudahkan kami sekeluarga keluar jika perlu…bagi saya, sebenarnya pihak hotel telah pun tahu dan maklum tentang famili suite tersebut ada berpenghuni…no wonder bila kita call house keeping lps maghrib minta hantarkan bantal tambahan pada awalnya tidak dihantar dgn alasan tiada orang….

    1. Bgtau lah apa nama hotel tu?

    2. Aku takde pengalaman seram kat hotel ni, cuma aku pernah menginap dua hotel ni, yg mana sgt pelik dgn takda org sunyi sepi, masa tu tak tau la cite2 mcm ni, 1.majestic hotel ipoh, bilik yg mcm underground serius seram. 2, rasa sayang penang, sorang pun takda, nak tido pun rasa lain mcm.

    3. Mystic Hotel

  3. As Salam semua, terpanggil nak share pengalaman tahun 2005 masa 1st posting dalam sektor kerajaan. Big Boss arahkan utk turun site di Muar Johor, tido kt salah sebuah Hotel di Muar, masa tu kemain suka la kan sbb masuk masuk keja dah kena outstation memang laa seronok. Pegi plak ngan my immediate boss.

    Masa sampai tu memang takde rasa yang pelik-pelik semua OK jer cuma bilik tu macam suram sket, ntah la sebab lampu dia kot jenis camtu.. Bilik air dia ada bath tub bertentangan sinki. Since dari kecik aku mmg dah biasa ternampak makhluk2 halus nie dulu ingat mereka nie sama cam manusia tapi spesis pelik sbb macam cantuman manusia + haiwan. so hasilnya mmg tak menawan la kan, rupanya mereka nie manusia tak patut nampak rupanya.

    Ok balik cerita aku tadi, malam tu kitorg pun masuk tido awal. Helok dah sedap tido skali dalam jam 12.30pagi hujan ribut turun dengan lebatnya sampai tingkap tu berdentung-dentang kena tiup dek ribut.. Kuat giler.. terganggu tido kami.. Aku pun dh rasa nak terkucil sebab ekon bukak + hujan lebat plak tu. Dah setel segala hajat aku pun pi laa sinki cuci muka aku & niat amik wuduk sekali. Elok jer aku paling ngadap cermin skali aku tgk dalam cermin si mak lampir nie ngan baju putih dia rambut panjang smpai bawah dok berdiri belakang sebelah aku!

    Dengan tindakan refleks aku pun terus capai tombol pintu bilik air terus kuar dan tak pusing kepala pun tengok belakang. Aku terus kejutkan Boss aku dia tanye kenapa? Aku diam jer.. Pastu dia cakap tak bleh tido ke? Akak pun tak boleh tido.. Jom kita baca Yassin sesama. Yang bagusnya Boss aku nie dia bawak Surah Yassin mana dia pergi.. Dia pun bangun menuju ke bilik air nak amik wuduk.. Aku dah cuak giler beb sbb aku takut dia menjerit dalam bilik air tu & nampak apa yg aku nampak tadi.. Aku diam je kat katil aku sambil berdebar2 tunggu dia kuar bilik air.

    Skali Boss aku kuar dalam keadaan yang tenang jer.. Hokkay sah dia tak nampak apa yang aku nampak.. Aku kunci mulut aku rerapat takut aku terciter dalam bilik tu.. Aku nak tunggu siang jugak. Jadinya kami pun baca Surah Yassin then jam 4pagi baru leh tido..

    Lepas bangun Subuh terus la sesiap nak kuar takmo dah masuk bilik tu lagi.. Masa Sarapan baru laa aku citer kt Boss aku apa jadik kt aku masa dalam bilik air.. Kuss semangat nasib baik dia ckp aku tak citer kt dia dalam bilik tadik. Kalo tak memang laaa kami akan kuar terus malam tu jugak..

    Nie adalah pengalaman seram aku yang pertama bila aku check in Hotel.. Sekian.

    1. Hotel nama apa ni cik

    2. Nak tau hotel apa.memang slalu turun muar ni.pm tepi ya

    3. Intan Khairani

      Kat mane tu

    4. Qaseh Syaqirah

      Srs lah

    5. Perantau worrior

      Assalamualaikum , saya ingin mengonsikan pengalaman yang menyeramkan di hotel the pines melaka , di bilik 2102 . Pada bahagian petang nya keadaan hanyalah seperti biasa , tetapi setelah masuk pukul 8.30 P.M keadaan mula menjadi sikit menyeramkam apabila anak saya sudah mula menunjuk kan perangai yang sangat lain dari yang asal nya , dan isteri saya jugak telah ternampak kelibat di atas meja makan sedang menyangkung serta saya sendiri di usik oleh ‘benda’ itu beberapa kali , dan akhirnya saya membuat keputusan untuk check out pada pukul 4 pagi kerana tidak tahan dengan keadaan yg berlaku disitu

    6. Blh Tau ape nme hotel tu.sbb sy kje cni.kdang ade meeting ke kursus2 byk Kali gak kursus2 kt hotel area cni.plsd bgtau sy yer.utk jaga2 her laa

    7. bro,…hotel majestic wa xtau sgt confirm ada ke x hantu kt situ. Tp member wa y kerja KTM kt situ ada ckp,..opis KTM tu pun penuh dgn hantu. Lg satu,…ada kubur lama antara bangunan hotel majestic dgn opis KTM. Katanya kubur resident jeneral zmn british dulu2

    8. Nama hotel pun takde. Confirm penipu. Ape jadah buat karangan camni, baik ko tulis buku je.

Comments are closed.