Selepas mengejutkan seantero dunia dengan slide air paling panjang dalam dunia, Escape Penang bakal diteleport ke PJ hujung tahun ini.
Jadi abang dan cik adik dah boleh memanjat macam kat Escape Penang nun. Saiznya kecil sikit, tapi cukup untuk hilangkan ketagih panjat memanjat.
Lokasinya? Paradigm Mall, PJ.
Tempat ini sebenarnya dah dirancang untuk buka pada hujung 2019 lagi. Tapi dengan MCO dan ekonomi yang senak, ia belum dibuka lagi semasa artikel ini kami tulis.

Ikut jangkaan, akan dibuka sebelum cuti sekolah bulan Disember nanti. Jadi, sabar sikit lagi lah ya abang Badar, dan cik Lisa.

Sekarang ini, depa tengah siapkan dan uji apa yang perlu.
Dan disebabkan Escape dan Paradigm sudah setuju untuk buka tempat ini selama 12 tahun, banyak lagi masa untuk cik adik sekalian datang. Tak perlu gelojoh.

Apapun, untuk yang ada anak, boleh kumpul duit. Walaupun tak semahal Escape kat Penang, takut juga kalau semua anak nak panjat sekaligus. Dah tentu rabak poket yang dah sedia cedera parah masa MCO itu.

Hah! Agak-agak naik slide separuh ni, landing kat manalah ye?
Lokasi : Paradigm Mall Petaling Jaya
Jangkaan Waktu Operasi : Sebelum Disember 2020