Dengan pandemic Covid tak habis-habis lagi, Familymart buat keputusan untuk buka vending machine pertamanya kat Malaysia.
Vending machine ini ada kat Shell Highway Karak 2.

Bayaran tak pakai duit kertas. Semua cashless. Jadi tak perlu sentuh-sentuh lagi macam dulu.
Cuma siapkan kad kredit atau debit, ataupun ewallet (Grabpay, Maybank QRPay, Boost, TnG).

Bukan saja ada sandwich dan onigiri, vending machine sini pun ada air minum FamilyMart — macam tea dan latte atau yoghurt dan susu.

Yup! Pilihan yang ada terhad — tak ada Tokyo chicken, sofuto ataupun Oden.
Tapi kalau lapar, banyak juga benda kudap-kudap yang boleh dibuat makan dalam kereta. Lebih baik ada dari mengidam saja kan?

Kalau ikut team Familymart, ini projek percubaan mereka. Kalau berjaya, banyak lagi lokasi baru vending machine akan dibuka.

So, tunggu sama-sama!
Alamat: PT 5946, Lebuhraya Karak, 68100, Selangor
Waktu Operasi: 24 jam setiap hari