Untuk anda yang nak merasa wafer dan crepe original Perancis masa cuti kat Langkawi datanglah kat The French Factory.
Walaupun pun owner merangkap tukang masak nya Mat Salleh, jangan risau. Beliau ini muslim yang datang dari Perancis.

Tempat makan kecil saja. Dan muat untuk dua tiga orang saja dalamnya. Tempat duduk kat luar pun terhad, jadi kami sarankan untuk anda beli tapau saja.
Kat sini ada crepe dan juga waffle yang dibahagi pada dua — yang masin dan yang manis untuk orang Malaysia yang memang suka gula.

Kat sini ada kopi. Tapi kalau nak yang lain, boleh cuba juga dark chocolate dan milkshake.
Bolehlah rasa beza coconut milkshake Perancis dengan milkshake Klebang orang Melayu Melaka.

Kalau anda pening tak tahu nak pilih apa, boleh tengok kat menu. Pilih manisan yang ada bendera kat bucunya.
Cuma satu benda kena tahu. Disebabkan ianya di Cenang, harga waffle dan crepe kat sini memang lagi tinggi dari waffle yang anda biasa beli.

Tapi kena beli untuk pengalaman seumur hidup sekali.
Lagipun tukang masaknya memang pure dari Perancis, dan dah mula masak kat Langkawi dari 2014 lagi.

Pada kami tempat ini memang wajib pergi kat Langkawi. Lagi-lagi waktu Covid-19 yang semua orang pun tak boleh pergi keluar negeri.
Ini antara caranya untuk bawa feel Perancis masuk sini.
So bila agaknya plan nak pergi ke French Factory?
Waktu Operasi : Selasa – Khamis (11 pg – 11 mlm) | Tutup Jumaat
Lokasi : Tingkat Bawah Langgura Baron Resort, Jalan Pantai Cenang, Langkawi
[static_content id=”17956″]