gelongsor kaca dubai

Gelongsor Kaca Dubai Ini Abang Sado Pun Ketar Gigi – You Berani?

Ini gelongsor kaca yang duduk kejap pun mungkin basah seluar cik adik.

Nama slide ini Sky View Glass Slide.

Ada kat Address Seaview Hotel, Dubai.

dubai sliding glass address hotel
Kredit : @yevgeniyalyalko

Tarikan ini kat tingkat 53. Dan anda akan gelongsor turun ke tingkat 52.

Keliling anda kaca. Bawah pun nampak semua kat bawah sana.

Pemandangan anda 360 darjah. Boleh layan, kalau anda jenis berani buka mata.

But don’t worry. Sebab slide ini pendek saja. Tapi boleh tercicir jantung dibuatnya.

Harga? AED65 atau dalam RM 74 saja.

skyview dubai
Kredit : @ali0ayoub

Tak berani tapi nak feel juga? Boleh layan Sky View Observatory.

Ada jambatan kaca kat sini, boleh tengok kecilnya benda kat bawah bangunan ini.

Tips : Nak jimat duit masa travel oversea? Ini money exchange paling murah, paling mudah utk anda travel nanti.

Ini jenis tarikan yang kalau datang, baik malam. Lagi lawa, lagi power.

So, dengan siapa anda nak try rasa?

Ni Kena Tau : Kalau setakat nak jalan atas jambatan kaca, kat Malaysia pun boleh. Ada satu jambatan kat The Shore, Melaka. Dan satu lagi kat The TOP Komtar. Untuk layan box kaca pula ada kat Menara KL. Nak lagi thrill? Boleh naik kereta kabel Langkawi yang ada gondola tapaknya kaca juga.