Ini 5 Sebab Mengapa Golden Sands hotel terbaik di Penang untuk kanak-kanak.

Kalau anda dah biasa ke Penang dengan anak, anda mungkin tertanya-tanya samada hotel yang anda tempah itu, hotel paling best yang ada untuk anak-anak anda.

Pada kami, antara banyak-banyak hotel di Penang yang ada, hotel Golden Sands di Batu Feringghi adalah hotel terbaik untuk anak-anak anda dari banyak hotel yang ada.

Ini dia 5 sebab mengapa.

1. Kolam Air Kat Sini Powerrr

kolam air kat hotel ini antara yag terbaik kat penang

Bila bawa anak bercuti, kolam renang antara benda nombor satu yang biasa mak ayah cari.

Dan kolam-kolam renang di sini bukan saja antara yang terbaik dalam Penang, bahkan dalam seluruh  Malaysia.

anak mesti suka main air kat pool hotel yang lokasinya kat batu ferringhi ini

Golden Sands ada kolam air khas anak dengan 2 luncur air dan kawasan lantai anti-slip yang buat kawasan poolnya mesra kanak-kanak. 

water slide pun ada untuk anak di golden sands penang
Kredit : suekamaruddin

Kawasan pool ini juga siap dengan bucket air besar (macam taman tema air), dan juga meriam air. Senang cerita, memang puas main air dalam ni.

2. Dekat Dengan Laut

tepi laut resort golden sands penang
Kredit : nurfathinmarican

Kat belakang resort ini ialah pantai Batu Feringghi. Senang sangat nak layan dari pagi sampailah ke senja — ikut suka anda dan keluarga. 

Disebabkan dekat saja, anda dan anak boleh sewa aktiviti tepi laut sebelum ramai orang luar datang. Boleh naik kuda, jet ski atau banana boat dengan satu keluarga.

Kalau tak pun, boleh jogging sini awal-awal pagi macam kawasan pantai anda sekeluarga yang punya.

3. Ada Permainan Indoor

kat golden sands penang ini ada indoor playground dengan maskot chubby

Kalau main air tak cukup, kat sini ada 2 lagi tarikan tambahan untuk anak — Kids Club (percuma) dan Adventure Zone (berbayar).

boleh tinggalkan anak kat sini seharian sementara anda bercuti

Kat Kids Club, anak 5 tahun ke atas boleh layan macam-macam aktiviti. Bermula dari congkak dan layang-layang sampailah ke mencanting batik. Ada percuma, ada berbayar. Dan bagusnya lagi, aktiviti berlainan setiap hari dan kalau anak anda masih di sini waktu makan tengahari, don’t worry. Makanan akan siap datang sekali.

Senang cerita, kalau duduk 3 hari kat sini pun masih boleh layan Kids Club ini.

adventure zone penang yang happening untuk anak-anak

Kat sini juga ada taman tema dalam dewan yang dipanggil Adventure Zone. Yang ini berbayar, tapi berbaloi. Yang bagus lagi, anda yang besar pun boleh join sekaki.

Oh! Jangan lupa bawa seluar panjang, baju lengan panjang dan stokin untuk anak main kat sini.

4. Lokasi Bagus 

Hotel ini kat Batu Feringghi. Itu dah bagus dah.

Tapi untuk tambah icing atas kek, hotel ini juga dalam jarak jalan kaki nak ke McDonalds, Subway, KFC, gerai-gerai makan, dobi, mini mart dan juga klinik.

Boleh jalan kaki, boleh juga order makan guna Grab dan Food Panda (yang mungkin free delivery sebab dekat saja dengan hotel ini).

naik kereta kabel untuk ke slide air terpanjang dunia di escape pulau pinang
Taman Tema Escape Penang yang ada slide air terpanjang di dunia tak jauh pun dari hotel ini

Nak ronda pasar malam? Keluar saja gate hotel, pasar malam ada kat depan mata. Dan kalau nak ke Georgetown, boleh ambil shuttle hotel yang percuma.

3 Tarikan Paling Top Kat Penang

Kalau pool hotel tak cukup, dan anak merengek nak pergi taman tema Escape pun, cuma 10 minit berkereta. Taman rama-rama Entopia pun sama. Dekat saja.

5. Hotel Mesra Kanak-Kanak

kawasan pool di golden sands yang redup

Bilik kat hotel ini saiznya selesa untuk mereka dengan 2 anak kecil. Tapi kalau nak best lagi, boleh tempah suite terus.

Suite kat sini siap datang dengan 2 bilik mandi — 1 dengan tub mandi dan 1 dengan shower. Sofa yang ada, boleh diubah menjadi katil tambahan dan anda juga akan dapat balconi dengan pemandangan laut atau taman. Wifi, TV sampai fridge pun tersedia.

bilik golden sands besar dan sesuai untuk family

Kat luar bilik, kawasan hotel  dibuat dengan gaya taman. Banyak kawasannya lapang dan hijau untuk anak-anak kecil anda berjalan atau berlari.

suasana tropika di golden sands

Dengan 5 sebab yang kami senaraikan ini, tak hairanlah ada guest dengan anak kecil yang datang berkali-kali ke resort ini tiap kali ke Penang.

Sebabnya simple. Ia adalah antara hotel mesra kanak-kanak terbaik Malaysia.

Tips kami, kalau nak tempah bilik suite, minta tingkat yang tinggi dan menghadap laut — boleh dapat balkoni dengan view best untuk anda layan sepanjang menginap kat sini.

Okay mak-mak, boleh mula menabung buat bawa anak pi Golden Sands ni. Sekali-sekala cuti, biar jadi memori manis sampai anak masih bercerita besar nanti.

Harga : RM 290++

Harga BiasaRM 290 ++
Tempah
Tempah

NOTA PENTING : Pool, Kids Club dan lain-lain yang kami tulis ini ada kemungkinan ditutup/dipendekkan waktu operasi semasa PKP. 

Hotel Terbaik Penang

JomJalan Seluruh Penang

Layan senarai tempat tarikan best di Penang
Tidur kat hotel terbaik Penang
Promo hotel, tarikan Penang
Makan kat kedai makan sedap Penang
Jomjalan