Grobok Salai – Tempat Makan Lauk Salai Wajib Singgah kat Pedas, N9

Bila cuti kat Negeri Sembilan, memang wajib try masak lemak cili padi.

Bukan apa, ini tempatnya yang masak lemaknya lebih power dari kebanyakan negeri lain kat Malaysia.

signboard grobok salai
Kredit : hannaamin

Dan antara tempat makan paling viral, paling popular untuk cuba masak lemak cili padi, ialah Grobok Salai ini.

Tempatnya besar. Kedai pun senang cari. Cuma parking je kurang best sebab kat tepi jalan.

Kalau datang lambat, berderet kereta. Jauhlah nak menapak sebelum jamu selera.

Lauk Yang Ada

itik salai di grobok salai pedas linggi
Kredit : assepul

Kat Grobok Salai Pedas-Linggi, anda layan lauk kampung orang Nogori.

Kalau anda tak makan daging, don’t worry. Ada juga puyuh, tilapia, itik sampailah ke keli.

Bajet besar? Try udang galah dan ayam kampung kat sini.

masak lemak di grobok salai pedas linggi
Kredit : aishahrustam

Dan kalau anda datang dengan ahli keluarga yang tak makan lemak-lemak sebab nak berdiet, no problem. Order saja lauk goreng atau berlada.

Nasi kat sini macam biasa, nasi putih saja. Dan lauknya, macam lauk Nismilan yang authentic, extra pedas dan mantap pekat santannya.

Bila makan sini, selalu berhenti kejap kejap. Bibir memang rasa panas berasap.

Jadi tisu jangan lupa spare dalam handbag kak nanti. Senang nak lap peluh yang berjurai kat dahi.

menu harga grobok salai
Kredit : hishamuddinyaakub

Yang paling penting lagi, kat sini harga makanannya terang lagi bersuluh. Kat sigboard besar boleh nampak. Jadi boleh berbajet sebelum order apa-apa.

Dan kalau takut balik nanti teringat lagi, ada lauk frozen boleh dibeli. Balun sekali lagi kat rumah nanti.

So, bila nak pergi dengan family?

Lokasi : Grobok Salai, Jalan Pedas Linggi, Negeri Sembilan

Jomjalan