Travel Gaya IKEA
Anda dimaafkan kalau anda fikir yang beliau mesti ada jet peribadi sendiri. Tapi sebenarnya, apabila beliau travel melawat outlet IKEA di seluruh dunia, beliau akan menaiki kapal terbang biasa. Tiketnya, tiket ekonomi.
Bila di luar negara, beliau makan di kafe IKEA dan bukannya di restoran mewah. Dan beliau akan bawa paket garam dan lada hitam untuk diguna di rumah. Untuk potong rambut, beliau akan memotongnya semasa travel ke IKEA di negara lebih miskin — sebab kosnya lebih murah.
Semasa di tempat orang, beliau tidur di motel murah. Kata beliau, “Orang IKEA tidak naik kereta mahal atau tidur di hotel mewah.”“Orang IKEA tidak naik kereta mahal atau tidur di hotel mewah.”
Kalau beliau gunakan air botol di dalam peti sejuk motel, beliau akan menggantinya semula dengan air botol sama yang beliau beli di kedai. Ini supaya beliau tidak perlu membayar bil motel yang mahal.

Jenis kereta yang diguna Kamrad.
Kredit : Petrolblog
Untuk ke mana-mana, beliau menggunakan Volvo 240 GL miliknya yang berumur 15 tahun. Jika tidak, beliau naik bas.
Pernah sekali beliau tidak dapat masuk untuk mengambil anugerah tokoh usahawan terbaik disebabkan beliau datang dengan bas.
Bila ke pasar (ya, beliau ke sana) beliau akan sampai pada waktu pasar hampir ditutup — sebab harganya lebih murah.
Kaya Yang Amat
Sebenarnya 1 dari 3 perabot yang terjual di Perancis dan Sweden datang dari IKEA. Dan IKEA juga ada di 44 negara. Jadi, kekayaan Kamrad memang cukup besar.
Oleh sebab ianya syarikat persendirian, kekayaan sebenarnya tidak diketahui. Tetapi dia dianggarkan sebagai antara 10 manusia terkaya di dunia. Tapi inilah gaya hidup pelik seorang billionaire Sweden.
Apa pendapat anda? Ini jimat atau …
Kredit : Forbes, DailyMail UK, Express Co, Sweden se , Jobstreet
Uncle Zuan says:
wow.. orang kaya ni memang pelik pelik sebenarnya. bukan lagi gila berbelanja, tapi lagi berjimat