Homestay ala English Style kat PD — Stylo Untuk Family Gathering/ Reunion ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ

Kebanyakan homestay membosankan. Sebab ia cuma tempat campak beg dan tidur.

Tapi kat Port Dickson, ada homestay yang gayanya ala Inggeris.

Warna, warni, bersih teratur, homestay ini namanya Cottage Homes PD.

Dan sejak dibuka, homestay Port Dickson ini dah mula viral kat FB.

Tempat ini tak jauh dari Teluk Kemang.

Dalam 10 minit berkereta.

Disebabkan adanya cottage yang kiut miut, homestay yang baru saja siap hujung November 2018 ini, dah tak menang tangan.

Rasanya owner pun dah letih jawab pertanyaan orang yang nak datang tidur dan bergambar.

cottage homes port dickson verandah

Penginapan Yang Ada

Buat masa ini, tempat ini ada 2 biji banglo yang boleh memuatkan 6, 7 orang dalam satu banglo.

Harga satu malam bermula dari RM 350.

Kalau weekend, mahal sikit lagi.

Untuk yang datang honeymoon pula ada 2 biji studio suites untuk dipilih.

Tempat yang ini khas untuk 2 orang sebab dia comel sahaja saiznya.

Tapi walaupun saiz kecil, studio ini masih datang dengan balkoni mini dan pantri.

Harga bermula dari RM 180.

Layan BBQ

Yang tambah cun, untuk yang datang untuk family gathering/ reunion (sebab ada kenduri kahwin kat PD contohnya) boleh bergambar waktu siang, dan layan BBQ waktu malam.

cottage homes port dickson instagram

Sebab kat homestay ini ada tempat khas untuk BBQ.

Dan sementara mak ayah sibuk ber BBQ, anak-anak kecik boleh layan swimming pool.

Tak perlu risau main air laut PD yang was-was keruh itu.

pool homestay cottage port dickson

Berminat? Jangan tanya kami.

Boleh direct tanya owner homestay ini kat FB Cottage Homes PD

Pada owner homestay lain kat luar sana, kalau ada duit extra boleh buat homestay cun-cun macam ini okay?

Hubungi: FB Cottage Home PD

JomJalan Seluruh PD

Senarai tarikan best di Port Dickson
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan Malaysia
Layan kedai makan menarik kat Port Dickson
  1. Memang cantik tempat ni… kebetulan dalam masa terdekat ada nak buat reunion geng2 sekolah menengah dulu… blh la masukkan tempat ni dalam list pilihan untuk event reunion nanti…

Comments are closed.

Jomjalan