Nak tahu apa dia homestay dekat Batu Ferringhi Penang yang bagus-bagus?
Ini senarai homestay terbaik – dari apartmen keluarga hingga bungalow besar untuk cuti anda semua.
Jom tengok.
Homestay di Batu Ferringhi Yg Best
Apartmen
Ini apartmen Batu Ferringhi yang ada homestay yang dilengkapi dengan pool untuk anak mandi.
By The Sea
Lokasi : Jalan Batu Ferringhi, Batu Ferringhi, 11100 Penang
Homestay Batu Ferringhi ini di tepi pantai.
Dan sebab kebanyakannya selesa, ia memang antara homestay apartmen yang popular.
Pantai ada di belakang apartmen manakala gerai-gerai makan ada bahagian hadapan.
Ia juga lengkap dengan kolam renang dan taman permainan.
Kebanyakan unit homestay kat sini ada 2 bilik.
Nama Homestay | Bythe Sea- Pool and Sea View |
---|---|
Bilik : 2 Bilik Harga : RM 530 ++ | |
Tempah | |
Tempah |
Nama Homestay | By The Sea @ Cozy Beach Front |
---|---|
Bilik : 2 Bilik Harga : RM 600 ++ | |
Tempah | |
Tempah |
Nama Homestay | By The Sea Beach Front Apt |
---|---|
Bilik : 2 Bilik Harga : RM 650 ++ | |
Tempah | |
Tempah |
Nama Homestay | By The Sea by SDB |
---|---|
Bilik : 2 – 3 Bilik Harga : RM 690 ++ | |
Tempah | |
Tempah |
Sri Sayang Apartmen
Lokasi : 188, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Apartmen di Sri Sayang ini pula popular juga sebab ia banyak homestay-homestay yang murah di area Batu Ferringhi ini.
Kebanyakan unit lebih asas dan ringkas tatahiasnya berbanding di By The Sea.
Kolam renangnya pun kecil sahaja.
Tapi sesetengah homestay di tingkat tinggi ada pemandangan pantai dari bilik tidur.
Homestay di sini kebanyakannya jenis yang ada 2 atau 3 bilik.
Nama Homestay | The View |
---|---|
Bilik : 2 Bilik Harga : RM 290 ++ | |
Tempah | |
Tempah |
Nama Homestay | Green Ocean Seaview |
---|---|
Bilik : 2 Bilik Harga : RM 300 ++ | |
Tempah | |
Tempah |
Nama Homestay | Aloka Seaview |
---|---|
Bilik : 2 Bilik Harga : RM 350 ++ | |
Tempah | |
Tempah |
Nama Homestay | Susie Seaview |
---|---|
Bilik : 2 Bilik Harga : RM 330 ++ | |
Tempah | |
Tempah |
Nama Homestay | Airlevate Suites |
---|---|
Bilik : 2, 3 Bilik Harga : RM 330 ++ | |
Tempah | |
Tempah |
Rumah
Bagi anda yang nak homestay jenis rumah sebuah-sebuah ini pula antara homestay Batu Ferringhi, Pulau Pinang yang popular.
Pinang Beach Cottage
Lokasi : 21, Lilitan Sungai Emas, Kawasan Perumahan Sungai Emas, Penang
Harga Biasa | RM 390 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Untuk homestay Batu Feringghi yang strategik, ini antara pilihan yang ada.
Tatahias dalamnya biasa-biasa sahaja tapi 4 biliknya cukup untuk maksima 10 dewasa.
Pantai dan pasar malam dalam 5 minit berkereta.
Batu Ferringhi Luxurious Modern Designed 5BR House
Lokasi : 15 Solok Sungai Emas, 11050 Batu Ferringhi, Penang
Harga Biasa | RM 850 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Homestay moden ini terletak di perumahan belakang McDonalds Batu Ferringhi.
Jadi memang mudah untuk cari makan, ke pantai atau pasar malam.
Dengan 5 bilik, ia antara homestay paling selesa dan strategik di Ferringhi untuk cuti keluarga anda nanti.
Batu Ferringhi Gold Pearl Luxury Homestay
Lokasi : Solok Sungai Emas 1, 11050 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Harga Biasa | RM 950 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Dengan 5 bilik, homestay moden ini boleh memuatkan 10 hingga 14 ahli keluarga.
Rumah yang luas ini lengkap dengan perlatan memasak yang di dapur.
Dan cuma 10 minit dari pantai Batu Feringghi dan pasar malam.
Untuk saiz rumah dan lokasinya, ia antara homestay jenis rumah yang termurah dalam kawasan ini.
Pearl Residences 3 Storey Landed Batu Ferringhi
Lokasi : 2 Solok Sungai Emas 1, 11050 Batu Ferringhi, Malaysia
Harga Biasa | RM 2,000 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Rumah moden 5 bilik di Batu Ferringhi ini boleh memuatkan 10 dewasa.
Tatahiasnya simple dan moden dan kalau nak ke pantai dan pasar malam pun dekat sahaja.
Cuma harganya lebih premium dari biasa.
Violet Luxury Service Villa
Lokasi : No 15, Residensi Telok Bahang Solok Teluk Awak, 11050 Batu Ferringhi
Harga Biasa | RM 1,300 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Nak homestay area Batu Feringghi yang ada private pool?
Ini antara salah satu yang boleh anda pilih.
Dengan 4 bilik, rumah moden ini boleh muat sampai 9 tetamu.
Sebab ia berada di kawasan Teluk Bahang, kalau nak ke Escape pun 5 minit berkereta.
Iris Luxury Service Villa
Lokasi : No 2, Residensi Telok Bahang Solok Teluk Awak, 11050 Batu Ferringhi
Harga Biasa | RM 1,300 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini lagi satu homestay yang ada private pool di area Batu Ferringhi.
Ia ada 4 bilik, dan cuma 5 minit dari taman tema Escape.
Bilik di rumah ini lebih moden dan disebabkan lokasi, sesuai untuk family yang suka rehat dan nak cuti tenangkan hati.
Hotel Terbaik Penang
Terbaik Untuk
Utk Bulan Madu
Bungalow
Khas untuk anda yang datang ramai dan nak penginapan supaya lebih selesa, ini homestay bungalow dan villa di Batu Ferringhi, Pulau Pinang untuk anda.
Smell Rose Beach Garden
Lokasi : Medan Tanjung Bungah 32 Medan, 11200 Batu Ferringhi, Malaysia
Harga Biasa | RM 2,000 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Kalau anda tak kisah berbelanja, dan memang mencari homestay instagrammable di Ferringhi yang kat tepi pantai, boleh pilih yang ini.
Ia ada 4 bilik dan balkoni serta taman kecil dengan pemandangan laut.
Cuma disebabkan bilik-biliknya mungkin disewakan secara individu, anda perlu tempah awal untuk dapatkan seluruh villa.
Dan nak book pun perlu 2 malam dan ke atas.
No 6, Persiaran Tanjung Bunga 3
Lokasi : No 6, Persiaran Tanjung Bunga 3, Batu Ferringhi, Malaysia
Harga Biasa | RM 1,600 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Nak kumpulkan semua ahli keluarga dalam satu rumah?
Homestay bungalow di Ferringhi ini mungkin ngam.
Ada 2 pilihan villa yang ada.
Satu untuk 6 bilik dan satu lagi jenis villa gergasi dengan 12 bilik – yang boleh memuatkan 40 orang ahli keluarga anda.
Memang boleh buat family day.
Dan pantai Batu Ferringhi pun dalam 10 minit berkereta saja.
Sayangnya, private pool tiada.
18 Guests Seaside Private Terrace
Lokasi : Tingkat Laut, 11200 Tanjung Bungah, Penang
Harga Biasa | RM 1,100 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Terletak di Tanjung Bungah, homestay 5 bilik tidur ini ada pemandangan laut di lamannya.
Best kalau buat outdoor BBQ bila malam tiba.
Ia boleh muat 18 tetamu dan tarikan utamanya ialah pemandangan laut dari ruang tamu.
Tapi tatahias rumah biasa-biasa sahaja.
Little Heaven by Sky Hive
Lokasi : Lorong Abbas 1 No.8, 11200 Tanjung Bungah
Harga Biasa | RM 1,450 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Kalau anda nak homestay bungalow yang ada akses terus ke pantai, ini antara pilihan lain yang ada.
Tatahiasnya old school.
Tapi setiap 4 biliknya dan ruang tamu ada air-cond, jadi selesa untuk setiap ahli keluarga.
Verandah dan laman belakang ada untuk rehat santai pagi atau senja.
Dan sebab ia kat Tanjung Bungah, tak jauh nak ronda dan cari makan kat tengah bandaraya Georgetown.
Panoramic Seaview Holiday Home
Lokasi : 12, Hilltop Villa, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi
Harga Biasa | RM 1,100 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Kita tutup senarai homestay ini dengan villa di Batu Ferringhi ini.
Ia khas untuk anda yang nak pemandangan laut dari lereng bukit.
Ia di kawasan Hilltop Villa yang tinggi.
Jadi pemandangan laut semasa anda menginap kat sini saujana dan istimewa.
Saiz rumah luas, dan 4 biliknya selesa untuk 8 tetamu dewasa.
3 Tarikan Paling Top Kat Penang
Sampai sini dulu kami kumpulkan senarai homestay-homestay di Batu Ferringhi, Pulau Pinang yang bagus-bagus.
Untuk keluarga kecil, apartmen mungkin memadai.
Tapi kalau berkereta semasa raya atau nikah saudara mara, bungalow lebih sesuai untuk anda semua.
So, anda pilih yang mana?