Sekali tengok homestay kat Cameron Highlands ini macam gaya kat luar negeri.
Memang ya.
Dengan kerusi dan wainscoting kat dinding, memang ada gaya era Victorian dan sesuai untuk cuti dan ber OOTD.
Apartmen kat Zetter Suites ini ada 2 bilik.
Ia datang siap dengan dapur, peti ais dan balkoni.
Tapi Apa Sebabnya Ia Popular?
Yup. Memanglah gaya Victorian nya cantik.
Tapi bukan itu sebab utama ia viral.
Sebab homestay kat Cameron Highlands ini popular ialah sebab lokasinya.
Bila anda keluar dari tempat ini, Pasar Malam Brinchang kat depan mata.
Disebabkan jem dan tahap susahnya nak ke pasar malam ini memang lejen, Zetter Suites jadi pilihan mereka yang nak ke tarikan ini, tapi tak mahu duduk jem lama dalam kereta.
Senang cerita, ia antara penginapan & homestay yg paling dekat dengan pasar malam Cameron.
Dan kalau tengok peta, lokasinya di tengah-tengah antara Tanah Rata dan Brinchang.
Jadi bila nak bergerak ke mana-mana arah pun tak sejauh kalau anda duduk di satu bahagian Cameron saja.
Dari sini ke Taman Sedia pun (kalau nak rasa nasi lemak strawberry), kurang dari 2.5km.
Ada Bilik Hotel
Kalau anda cuma datang berdua dengan suami atau isteri sahaja, tak perlulah nak ambil apartmen sebiji.
Ambil sahaja bilik studio yang siap dengan makan pagi dan wifi free.
Apapun, apartmen 2 bilik dan juga bilik studio kat Zetter Suites ini tak murah.
Tempah hanya kalau datang ke Cameron sekali sekala.
Atau pada anda penting untuk selesa di bilik dan wajib ke pasar malam masa cuti ke sini.
Tempah Sekarang
Harga Biasa | RM 280 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |