8 Apartment & Homestay Dekat Pasar Malam Cameron Highlands Yg Bagus (2 Bilik ++)

Nak bercuti ke Cameron Highlands dengan family besar? Dan nak homestay yang berhampiran dengan pasar malam?

Ini kami senaraikan homestay dalam jarak jalan kaki saja ke sana.

Jom pilih sama-sama.

Homestay Dekat Dengan Pasar Malam Cameron

Homestay 2 Bilik

Homestay kat bawah letaknya kat bangunan apartmen Barrington Square. Ia dekat dengan pasar malam baru Cameron Highlands. Boleh jalan kaki sahaja bila pasar malam Goldenhill kat Brinchang mula buka.

Lena @ Golden Hills

homestay di goldenhill ini dekat dengan pasar malam baru brinchang
Harga BiasaRM 250 ++
Tempah

Apartmen 2 bilik ini ada microwave, dispenser air panas dan sejuk dan meja makan untuk 4 orang.

Dan gayanya pun simple dan moden.

Untuk tengok TV, Astro ada walaupun siarannya basic.

Nak ke pasar malam, turun lif, jalan kaki.

G Residence Apartments

apartmen 2 bilik dekat pasar malam brinchang baru
Harga BiasaRM 230 ++
Tempah

Katil kat homestay ini ada 1 di bilik utama, 2 single di bilik kedua, dan sofa bed untuk 2 orang di depan TV.

Ia juga lengkap dengan water dispenser, fridge, induction cooker dan WIFI percuma. 

Macam kebanyakan apartmen kawasan ini, ia juga ada 2 bilik air. Bila nak ke pasar malam, turun ke bawah apartment saja. 

Ghazzis Suite Cameron Highland

ini homestay muslim yang dekat night market cameron highlands
Harga BiasaRM 220 ++
Tempah
Tempah

Homestay ini lengkap dengan induction cooker, periuk nasi dan fridge untuk keluarga.

Ia macam rumah sendiri, dan ada balkoni untuk layan view petang dan malam nanti.

Homestay ini ada 2 bilik dan sofa bed di ruang tamu — jadi ngam untuk 5 – 6 tetamu yang nak bercuti. Nak bersihkan diri, ada 2 bilik air kat sini.

My 2Rooms Apartments

homestay simple cameron
Harga BiasaRM 220 ++
Tempah

Ini homestay yang tatahiasnya simple saja.

Kalau anda datang lebih dari 4 orang, ada katil bujang spare yang boleh anda guna untuk diletak di mana anda suka.

Untuk family kecil 3 atau 4 orang yang tak fussy, tapi nak dekat ke pasar malam nanti, bolehlah pertimbangkan homestay ini.

Homestay 2 Bilik ++

Kalau anda datang dengan family yang besar, dan nak senang ronda pasar malam sama-sama, ini beberapa pilihan homestay jenis studio, 2 bilik, 3 bilik dan ke atas ke atas yang dekat dengan tarikan Cameron itu. .

Comfy Sofy 21

rumah besar untuk homestay yang dekat dengan pasar malam baru cameron highlands
Harga BiasaRM 615 ++
Tempah
Tempah

Homestay ini adalah homestay 4 bilik yang dibuat di kawasan rumah teres Cameron. Dan ia pun tak jauh dari night market Cameron.

Rumah ini bersih, luas dan tenang. 

Di dapur, microwave, fridge, induction cooker dan penapis air tersedia.

Dan untuk anak kecil, ada basikal yang boleh dilayan waktu petang.

Zetter Suites

apartmen zetter suites cameron
Harga BiasaRM 280 ++
Tempah
Tempah

Zetter Suites bukan saja hampir dengan pasar malam Brinchang, tapi ada feel Eropah. Jadi ada sikit rasa cuti mewah.

Ada banyak unit yang boleh anda dipilih, dari jenis studio macam hotel sampailah ke apartmen yang ada 2, 3 bilik. 

Nak ke pasar malam? Ada kat depan tempat penginapan.

DreamScape Apartment

dreamscape cameron apartment
Harga BiasaRM 170 ++
Tempah
Tempah

Ini satu lagi homestay jenis apartmen yang hampir dengan night market Cameron Highlands.

Dreamscape ada banyak unit. Ada penginapan studio untuk 4 orang,  apartment 2 bilik, dan ada juga rumah sebuah-sebuah untuk yang nak feel macam duduk rumah masa cuti.

Bilik anda tatahiasnya moden. Dan sesetengahnya ada balkoni dengan view pasar malam.

Play Residence at Golden Hills

play residence golden hill -- apartmen dekat pasar baru sungai lui
Harga BiasaRM 350 ++
Tempah
Tempah

Play Residence ini ada banyak jenis penginapan. 

Kalau anda tak perlukan bilik, boleh ambil jenis studio. Kalau nak 2 bilik dan penthouse, boleh tempah apartmen. Dan kalau anda datang dengan keluarga besar, dan nak 5 bilik, book homestay jenis rumah.

Apartmen anda ada induction cooker dan microwave untuk panaskan makanan. Cawan dan peralatan dapur dari Ikea.

Suasana di Play Residence memang selesa. Tapi harganya lebih tinggi dari semua homestay dalam senarai kami ini.

pasar malam golden hills cameron highlands @metatts_
Kredit : metatts_

Okey, lengkap sudah senarai homestay & apartmen bagus yang dekat dengan pasar malam Cameron kat Jalan Goldenhill. Nak pergi, boleh jalan kaki.

Yang penting, kira dulu berapa bilik yang sesuai untuk anda dan family.

Sebelum buat keputusan, jangan lupa share dulu dengan partner. Senang satu family nak buat keputusan dan semua orang puas hati.

JomJalan Seluruh Cameron

Senarai tarikan best di Cameron
Promo hotel, tarikan Malaysia
Layan kedai makan sedap kat Cameron Highlands
Jomjalan