Dari luar — tidak ramai sanggup masuk rumah kedai Egerton Melaka ini. Nampak suram. Nampak lama. Nampak kotor.
Langsung tak sesuai nak tidur kan?
Tak mengapa.
Kata orang Kota Bharu, don’t judge a budu by its bottle!
Kita masuk ruang tamu dulu.
Ruang Tamu Egerton, Melaka
Lantai berkilat, kan? Simple je deconya.
Kata owner, ini gaya modern heritage.
Lokasinya homestay ini memang top! Tengah bandar Melaka. 10 minit dari Jonker Walk.
Jadi bolehlah sangat buru barang antik sampai ke petang, sebab tempat bermalam pun dekat saja.
Sesuai Untuk Family Besar
Ini bilik utama Egerton. Cantik sungguh.
Dalam Egerton ada 3 bilik tidur dan 3 bilik air.
Dan boleh muat sehingga 8 orang.
Kalau hangpa datang dengan family memanglah cukup-cukup sesuai. Lebih jimat dari duduk di hotel family.
Saiz rumah besar. Jadi privacy terjamin.
Rumah ini bertangga.
Jadi jaga sikit kalau hangpa datang dengan anak kecil.
Bilik Lain
Bilik kecil ini pun dihias classy.
Sesuai untuk pasangan baru berkahwin.
Lantai kayu.
Cukup besar dan selesa kalau hangpa nak bandingkan dengan bilik hotel Melaka yang selalunya sempit-sempit.
Bilik air tak mengecewakan.
Minimal tapi mewah.
Layan Ruang Tamu
Macam dalam rumah sendiri.
WIFI pun free.
Untuk jaga Egerton supaya best untuk semua, semua bilik memang non-smoking ye?
Nak jadi dragon, sila lah keluar rumah.
Amacam ada yang berminat?
Info Lanjut Egerton Melaka
Harga: Dari RM 590++
Alamat: No. 155, Jalan Temenggong, 75000 Melaka, 75000 Melaka
Baca Juga :
- 10 Hotel Bajet Best di Melaka
- 10 Hotel Best di Melaka untuk Anak dan Keluarga
- 10 Hotel Best di Melaka untuk Honeymoon
Iskandar Suhaimi says:
Okay Nadia,
No problemo. Kami dah update link utk book Egerton ni.
Nur nadia says:
Huhu.. cm mana nk ctc owner ni? Mana taw next trip…. jatuh cinta plak nk stay..
iskandarjj says:
Betul boss. Memang mantap homestay ni
mrhanafi says:
Fulamak.. Nampak mewah gila punya