Nak homestay best dengan private pool untuk cuti kat Port Dickson nanti?
Boleh saja.
Jom tengok homestay terbaik mana yang sesuai dengan family anda.
Homestay Paling Menarik di Port Dickson
Cottage Home PD
Harga Biasa | RM 480 ++ |
---|---|
Tempah |
Kalau nak cuti sambil bergambar kat chalet comel ala Inggeris, datang sini.
Penginapan anda ada jenis banglo, dan ada studio.
Nak mandi?
Ada swimming pool yang sederhana saiznya untuk berendam nanti.
Kalau pool tak cukup luas, pantai Teluk Kemang 10 minit sahaja memandu dari sini.
Farmhouse PD
Harga Biasa | RM 800 ++ |
---|---|
Tempah |
Kalau Cottage Home penuh, cuba Farmhouse PD.
Yang ini villa gaya Nordic yang ada 5 bilik.
Pun ada private swimming pool kat tepi yang buat anak anda tak mahu balik.
Nak layan laut? 10 minit memandu dari sini. Tak jauh nak ulang alik.
Nota : Fasilitinya baru, sebab homestay ini dilancarkan sekitar Ogos/September 2022.
Temasek Retreats
Harga Biasa | RM 4800 ++ |
---|---|
Tempah |
Tak sah cerita tentang homestay menarik kat Port Dickson kalau tak sebut Temasek Retreats.
Kat sini bilik ada sampai 6 โ muat dalam 20 orang.
Dan highlight homestay ini ialah pool nya yang luas dan jenis infiniti.
Untuk anak, ada pool sendiri dan kalau nak berendam tenang ada jacuzzi.
Tapi harganya homestay memang tinggi โ sesuai dengan istimewanya retreat ini.
Villa Lot1638
Harga Biasa | RM 250 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Penginapan ini pula jenis townhouse moden โ dan industri gayanya.
Untuk keluarga, boleh book villa yang ada 2 bilik.
Tapi kalau berdua, bilik biasa pun ada.
Highlight kat sini swimming pool nya yang luas dan selesa.
Untuk makan, PD Waterfront cuma 5 minit berkereta.
Villa Dua Puluh Sembilan
Harga Biasa | RM 550 ++ |
---|---|
Tempah |
Homestay best kat PD yang satu ini pun ada kolam renang peribadi untuk enjoy dengan family.
Dan pit BBQ serta ruang makan kat luar rumah pun ada untuk jamu keluarga bila malam tiba.
Suasana rumah gaya Bali.
Dan ada 3 bilik selesa kat dalam villa ini.
Walaupun bukan kat tepi laut, tapi pantai Teluk Kemang cuma 10 minit sahaja kalau nak pergi.
Ombak Villa
Harga Biasa | RM 1950 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini homestay best kat PD yang gaya macam kat Bali.
Bilik kat sini ada 4 โ muat untuk keluarga sampai 12 orang untuk datang cuti.
Ia ada private pool untuk mandi.
Dan boleh dengar deru ombak laut dari penginapan ini.
Nak ke PD waterfront?
Dalam 15 minit memandu sudah boleh rehat atau makan kat area ini.
Nota : Laut tepi homestay ini tak sesuai untuk mandi-manda.
Serenity At Port Dickson
Harga Biasa | RM 2700 ++ |
---|---|
Tempah |
Serenity ini pula banglo ala kolonial yang boleh muat 16 tetamu โ dan ada 5 bilik.
Nak rehat, ada private pool.
Nak bermain, ada meja pingpong. Nak buat meeting keluarga ada dewan tersedia.
Ruang dalam kawasan ini pun luas, dan selesa untuk anak kecil berlari.
Untuk pantai, yang terdekat ialah pantai Blue Lagoon dan Cahaya dalam 10 minit berkereta.
12 Haven
Harga Biasa | RM 2700 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Villa mewah ini ada semua yang anda mahu untuk cuti.
Ia ada swimming pool anak dan dewasa, bilik yang selesa dan pantai pun 5 minit berkereta.
Ia ada 4 bilik dan muat sampai 16 orang tetamu.
Kalau ada keperluan nak dibeli, Tesco Lukut pun tak sampai 10 minit memandu.
GM Pool Villa Port Dickson
Harga Biasa | RM 1250 ++ |
---|---|
Tempah |
Villa ini pula ada 3 rumah dalam satu lot.
Ada rumah dengan 3 bilik dan ada pula dengan 4 bilik.
Tapi setiap satunya ada private pool sendiri.
Sebab kawasan antara rumah ini rata dan agak besar, boleh buat sukaneka keluarga atau makan-makan bersama.
Kalau nak makan dan layan view senja, PD Waterfront pun cuma 5 minit berkereta.
Hermosa Villa
Harga Biasa | RM 460 ++ |
---|---|
Tempah |
Kita tutup list ini dengan homestay mesra muslim yang dinamakan Villa Hermosa.
Ia ada 3 bilik tidur dan 3 bilik air โ sesuai untuk 8 ke 10 orang cuti bersama.
Bila malam, boleh buat BBQ atau steamboat kat luar rumahnya.
Dan bagusnya, boleh memasak kat sini.
Jadi masih boleh makan lauk air tangan mak masa cuti.
Harga pun paling murah dalam senarai ini untuk sebuah homestay dengan private pool sendiri.
Okay, cukup kat sini dulu senarai homestay terbaik kat PD.
Setiap satu memang power untuk bawa family bercuti.
Yang penting poket anda selesa dengan harga homestay yang anda nak layan dengan keluarga.
Kalau berminat, hubungi owner segera.
Sebab ada homestay kat atas yang setahun pun fully booked — tak kira cuti ataupun hari biasa.