Sweet!! 💏15 Idea & Tempat Menarik di Langkawi Untuk Honeymoon

Nak honeymoon kat Langkawi? Best idea tu. Tapi sebab cuti ini mesti special, mesti romantik, ni kami nak tolong beri bagi idea.

Kredit : phalin

Ini kami senaraikan 15 tempat menarik, aktiviti atau tips untuk bulan madu anda kat Pulau Langkawi ini.

Kami bagi anggaran harga, jadi pilih je aktiviti honeymoon yang sesuai ikut bajet yang ada.

Jom mula.

Cari Bilik Hotel Yang Ada Jakuzi

Mahal, tapi berbaloi.

Kalau anda nak honeymoon hotel yang romantik lagi mewah, cari bilik yang ada kolam renang private (macam La Villa atau Datai).

Kalau bajet kurang, cari yang ada jakuzzi indoor. Dah letih berjalan, kan seronok berjakuzi berdua dalam bilik?

bilik hotel suite bahagia dengan jakuzi
Bilik di hotel Bahagia, Kuah yang ada private jakuzzi dalam bilik

Bilik berjakuzzi bermula dari RM 350 semalam di Hotel Bahagia, sampailah beribu ringgit di Datai.

Anggaran Kos Berdua : RM 350 ke atas satu malam

Naik Kereta Kabel Berdua

kereta kabel langkawi
Wajib naik kereta kabel Langkawi — walaupun sekali seumur hidup

Jantung mungkin berhenti sekejap, tapi sah seronok.

Tau mengapa ni wajib naik kereta kabel ni? Pertama, sebab boleh tengok pemandangan Langkawi sampai ke Thailand.

Dan kedua, sebab kajian sains sahkan yang bila jantung kita berdegup kencang, kita akan lebih tertarik dgn orang yang ada di sebelah kita. Iye!

Boleh juga datang petang, sebab boleh layan matahari terbenam dari atas puncak gunung Mat Chincang.

Anggaran Kos Berdua : dari RM 60

Tunggang Kuda Santai di Tepi Pantai

Boleh tunggang kuda di pantai, jalan kampung atau naik gunung
Boleh tunggang kuda di pantai, jalan kampung atau naik gunung

Selalu tengok je orang naik kuda. Tapi jarang naik kan?

Nanti kalau dah ada baby, confirm dah tak ada peluang nak naik. Jadi kami sarankan anda berdua naik kuda masa honeymoon.

Kalau tak jumpa kuda di tepi pantai, boleh tempah kuda dengan Island Horses

Anggaran Kos Berdua: RM 120 ++

Manjakan Badan di Spa

four season langkawi spa
Masa honeymoon, badan kena jaga, ye tak?

Jadi kami sarankan andake spa sekurang-kurangnya sekali semasa di sini.

Ada banyak spa yang anda boleh cuba di pekan Kuah atau Pantai Cenang.

Tapi kalau bajet besar, boleh saja buat full body massage kat hotel.

Anggaran Kos Berdua: RM 100 ++

Cipta Memori di Cruise Senja

sunset cruise langkawi
Ada banyak Sunset Cruise di Langkawi. Boleh tempah online atau beli di Pantai Chenang

Bayangkan duduk berdua di atas bot, sambil terasa sejuk angin laut meniup rambut.

Yang tersayang pegang erat tangan anda, dan bisikkan, I sayang u. Langit pula masa itu warna merah-purple sebab matahari tengah terbenam. Aih, romantik sangat kalau naik cruise senja begini.

Anda boleh berseronok 3 jam di laut. Makanan pun siap sekali. Dan walaupun ada alkohol dalam bot, makanan laut dan air soda/mineral ada dihidang untuk orang Islam.

Untuk bot moden, naik yang ini. Kalau nak bot yang lebih adventure sikit dan makanan pun lebih mesra orang Islam, cuba Tropical Sunset Cruise.

Anggaran Kos Berdua : RM 550 ke atas

Dinner Tengah Sawah

dinner langkawi
Seashell Restaurant di Laman Padi. Harga murah,pengalaman special

Sepanjang hidup anda lah, berapa kali anda makan kat tengah sawah padi?

Kalau nak dinner yang best, boleh layan makan malam romantic kat Seashell Restaurant. Tempah meja kat tengah sawah. Lauk sedap, suasana pun best.

Cuma kalau hari hujan, jangan ambil yang di tengah sawah. Nanti berselerak pinggan sebab puas bersilat dengan nyamuk huhu ..

Anggaran Kos Berdua : RM 50 ++

Jalan-Jalan Pasar Malam

pasar malam kuah langkawi
Boleh cuba banyak makanan Siam ada di pasar malam Langkawi

Kalau nak tapau makanan, cuba layan pasar malam Langkawi.

Jalan-jalan pegang tangan, boleh lah tau taste pasangan anda – suka yang pedas ke, suka yang manis ke – makan tu, tak suka makan ni ke?

Pasar Malam Langkawi ada setiap hari. Tapi yang paling besar ada kat Kuah – tiap-tiap Rabu dan Sabtu.

Anggaran Kos Berdua : RM 30++

Tengok Movie Atas Bumbung

nest rooftop langkawi
Pemandangan dari Rooftop. Book dulu kalau datang musim cuti.

UPDATE 2020: Rooftop cafe ini telah ditutup dan dalam proses berpindah ke tempat baru.

Kalau tak kisah tidur lewat, boleh tengok wayang kat open air cinema Nest Rooftop, Pantai Cenang ni.

Wayang di sini lain sikit sebab dipanggil the Silent Cinema. Anda bakal tonton movie di atas bangunan tau, yang ada kat tepi pantai Cenang, dengan headphone masing-masing.

Boleh datang awal untuk makan malam di sini. Movie night cuma ada pada Isnin & Selasa, pukul 9 ke atas. Telefon atau SMS 017-229 1063 kalau nak tempah.

Anggaran Kos Berdua : RM 10 (untuk 2 headset)

Piknik Tepi Pantai

piknik di cenangSalah satu yang jarang dibuat couple yang honeymoon kat Langkawi ialah picnic sama-sama.

Boleh saja beli roti, air, sedikit makanan dan picnic berdua kat tepi pantai.

Pantai biasa yang orang layan kat Langkawi ini, Pantai Cenang. Tapi kalau nak yang privacy lebih, boleh layan picnic kat Pantai Tengah.

Kalau nak pemandangan paling cantik, piknik kat Pantai Tanjung Rhu – tapi agak jauh dan leceh kena lalu pondok pengawal.

Anggaran Kos Berdua : RM 30 ++

Layan View Dayang Bunting

tasik dayang bunting botYang ini kena ada tenaga, dan ambil masa separuh hari. Jadi plan betul-betul.

Anda tempah trip island hopping kat Pantai Cenang atau dengan agen kat airport/terminal feri dan bersedia untuk siap-siap awal pagi. Trip ini selalunya mula sebelum 10 pagi.

Dari jeti ke Tasik Dayang Bunting, memang anda kena naik tangga. Jalannya pun berbukit, jadi tenaga perlu ada.

Dan sebab anda bakal pi pulau lain, trip ini memenatkan. Tapi lagi murah kalau dibandingkan dengan naik cruise senja.

Anggaran Kos Berdua : RM 90 ++

Naik Kayak Lalu Paya

langkawi kayakKalau anda nak tengok partner anda sabar ke tak, cuba berkayak (walaupun dah terlambat nak uji). Dapat tengok sejauh mana anda berdua boleh bertolak ansur.

Trip berkayak di Langkawi bakal masuk ke hutan paya dan gua. Trip ini pun separuh hari. Tapi kos selalunya siap dengan makan tengahari.

Harga tak murah, dan tenaga pun banyak perlu dipakai. Jadi hanya sesuai kalau anda berdua ada bajet dan suka adventure.

Anggaran Kos Berdua : RM 450 ++

Layan Candle Light Dinner

cande light dinner di dataiIni aktiviti wajib semua pasangan berbulan madu di Langkawi.

Kalau anda tidur di hotel mewah macam kat Andaman, ini biasanya diatur orang hotel. Tapi kalau tidak, boleh saja cari sendiri kat Cenang atau Pantai Tengah.

Untuk makluman, candle light dinner kat Casa Del Mar dianggap tempat makan malam tepi laut yang terbaik. The Cliff pula tempat paling kerap diambil orang. Sebab viewnya cantik (tapi banyak yang merungut tentang rasa makanan).

Dan tempat antara yang murah – di Sambaria (dlm Sandy Beach Motel).

Kos Berdua : RM 250 ++

Bergambar Kat Dataran Lang

dataran lang malam

Tak semua aktiviti masa honeymoon perlu mahal.

Boleh juga datang waktu petang atau malam ke Lang Square kalau setakat nak rasa bayu laut atau kalau nak bergambar.

Dah nama pun ikon Langkawi, mestilah ada satu dua gambar dengan helang besar ni ye tak?

Anggaran Kos Berdua : Percuma

Snorkeling Kat Pulau Payar

snorkeling di pulau payarIni antara tempat snorkeling paling happening kat Langkawi.

Dan memorinya mesti melekat sampai bila-bila. Sebab bukan tiap hari berpuluh ikan jinak-jinak nak kerumun anda kan?

Biasanya ada 2 jenis trip. Satu kat tepi pantai. Ini lagi murah dan sesuai kalau skill renang anda suam-suam kuku. Satu lagi di tengah platform kat laut. Yang ini sesuai untuk yang nak tengok terumbu karang dan berenang puas-puas.

Dua-dua trip biasanya datang dengan set makan tengah hari. Boleh beli di kawasan Cenang atau tempah trip snorkelling ke Pulau Payar online.

Anggaran Kos Berdua : RM 550++

Pergi Koh Lipe, Thailand

koh lipeYa. Dari Langkawi, boleh juga ke Koh Lipe, Thailand. Cuma sediakan duit dan passport.

Koh Lipe tidaklah jauh sangat. Kalau dengan feri, makan masa masa 1 jam 30 min.

Kalau nak menginap, boleh tempah bilik. Tapi ramai juga yang balik hari. Boleh naik dengan Tropical Charters atau kat Telaga Harbour.

Kat Koh Lipe, boleh layan makanan Siam, pusing pulau atau rasa urut Thai. Boleh rujuk kat Sajionline untuk tips lanjut.

Ha! Jangan cakap abam tak bawak oversea masa honeymoon ini!

Anggaran Kos Berdua : RM 360 ++ (tiket pergi balik dengan Tropical Charters)

Akhir kata, plan awal-awal kalau nak ke Langkawi.

Elak datang semasa LIMA, Tahun Baru Cina atau masa  Le Tour de Langkawi. Sebab bilik penuh, orang ramai dan jalan sesak. Honeymoon anda bakal jadi sangat mahal dan tak romantik.

Plan, plan, plan. Kalau nak honeymoon kat Langkawi jadi romantik, selain duit, planning pun penting.

Moga honeymoon kat Langkawi jadi kenangan terindah, paling special, paling manis dalam hidup anda.

Ada tempat yang kami tertinggal? Tolong share kat bawah.

Kredit gambar : Ironman, Langkawi Info, Flyer2U, Wee Lau, Raymond Tan, Langkawi.sg, LangkawiLink, TheDatai, Azfar Ahmad, Kate Machine, LiseyKina

JomJalan Seluruh Langkawi

Senarai tempat tarikan best di Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Promo hotel, tarikan Langkawi
  1. Suka gaya penulisan. Mmg tip yg sesuai utk pasangan Melayu Islam. Terima kasih

  2. Adli Saleh says:

    Untuk Candle Light Dinner tepi pantai yang menarik boleh singgah tengok di Facebook SBC Deco Langkawi

Comments are closed.

Jomjalan