24 Hotel di Penang Yg Murah Tapi Selesa (Dari RM 59 Saja!)

Nak cari hotel murah kat Penang yang best dan selesa?

Biar kami bantu.

Ini senarai 24 hotel bajet terbaik yang ada kat Pulau Pinang untuk cuti you.

Hotel Murah Terbaik di Penang

Georgetown

Area tengah bandaraya Penang ini dekat dengan tarikan dan tempat makan. Dan kat bawah adalah senarai hotel-hotel murah menarik di sini yang jadi pilihan kami.

Chulia Heritage

suasana bilik dalam hotel bajet chulia heritage yang murah di georgetown, penang
Harga BiasaRM 79 ++
Tempah
Tempah

Bilik kat hotel murah ini gaya minimalis.

Sejuk mata menginap kat dalamnya.

Parking kat sini percuma, dan ada basikal untuk anda sewa.

Tempat makan dekat. Roti canai Transfer Road, Nasi Kandar Line Clear dan Hameediyah dalam jarak jalan kaki.

Tips : Hati-hati pilih bilik. Sebab kat sini ada yang bilik airnya berkongsi.

Travelodge Georgetown

travelodge georgetown hotel
Harga BiasaRM 95 ++
Tempah
Tempah

Ini pula hotel murah di Penang yang ada swimming pool dan selesa hotelnya.

Bilik kat sini moden.

Sarapan ada tersedia dan kalau nak ke Komtar cuma 5 minit berkereta.

Kalau datang dengan keluarga, Family Room pun ada.

Cuma kalau berkereta, kurang okay sebab parkingnya tak banyak mana.

Apple Heritage

suasana bilik hotel deluxcious penang yang mewah tapi murah
Harga BiasaRM 129 ++
Tempah
Tempah

Antara banyak-banyak hotel di Penang yang murah, Apple Heritage ini antara hotel yang bakal buat anda rasa terlajak mewah.

Ia ada gaya kolonial dan Eropah.

Sesuai sangat kalau berbulan madu tapi poket agak sendu.

Nak teroka town senang.

Dari sini nak ke Komtar, Padang Kota, Armenian Street dan tarikan lain dengan berkereta sekejap sahaja ( sekitar 2 km ). 

Hotel Heliconia

kawasan bilik di heliconia penang yang ringkas dan murah
Harga BiasaRM 69 ++
Tempah
Tempah

Hotel bajet bawah RM100 ini pula ada kat tengah area Georgetown.

Bilik kat sini kecil saja, tapi lebih kalis bunyi dari kebanyakan hotel bajet lain seumpamanya.

Jadi anda ada harapan untuk tidur nyenyak sampai pagi.

Parking kat Heliconia percuma.

Tapi macam kebanyakan hotel bajet kat Penang — terhad bay nya.

Setahu kami jumlah tempat letak kereta kat sini sekitar 10 bay saja.

Walaupun begitu, kami suka hotel ini sebab ia dekat dengan Komtar.

Jadi kalau anda nak ke tarikan macam Rumah Terbalik, Muzium Hantu atau Jalan Seni pun cuma 10 minit berkereta.

Hotel Kooning

suasana bilik hotel kooning pulau pinang yang simple
Harga BiasaRM 109 ++
Tempah
Tempah

Nak bilik gaya berbeza? Ini antara yang boleh dicuba.

Bilik anda tak luas mana. 

Tapi siap dengan tempat duduk, bilik mandi minimalis dan katil bertingkat untuk berdua.

Untuk ke Komtar, Perangin Mall atau 1st Avenue cuma 5 minit berkereta.

Nota : Parking kat sini terhad.  Dan sekitar hotel kurang kedai makan Melayu.

Hotel Armenian Street Heritage

tempat santai di hotel armenian street heritage yang murah dan best untuk keluarga muda
Harga BiasaRM 109 ++
Tempah
Tempah

Nak hotel murah yang mesra keluarga? Ini antara hotel yang ada.

Letaknya kat tengah-tengah bangunan bersejarah Penang.

Jadi senang kalau nak ke masjid Lebuh Acheh dan muzium Sun Yat Sen. Nak bergambar di mural Jalan Seni pun tak jauh. 

Kat sini, biliknya lazimnya luas. Bilik airnya pun selesa.

Kalau anda malas keluar, kedai serbaneka dan restoran dalam hotel tersedia.

Hotel Grand Swiss

kawasan luar hotel grand swiss di pulau pinang yang ringkas tapi selesa
Harga BiasaRM 69 ++
Tempah
Tempah

Suka bergambar? Hotel murah ini dekat dengan lorong yang ada  gambar Marilyn Monroe dan sebagainya.

Walaupun hotel ini di tengah bandar Georgetown, ia sedikit tersorok di belakang.

Jadi keadaannya tenang.

Kalau nak makan nasi kandar yang popular kat Penang seperti Hameediyah dan Line Clear, dalam 7 minit jalan kaki.

Cuma kalau anda berkereta, parking percumanya kecil saja.

B Street Hotel

hotel b street penang dari luar di bandar georgetown
Harga BiasaRM 119 ++
Tempah
Tempah

Hotel ringkas B Street ini dekat dengan area Jalan Seni.

Sesuai sangat kalau anda datang ke Penang sebab nak penuhkan gambar kat IG.

Bilik anda biasa-biasa saja. Ringkas dan selesa.

Cuma kalau anda bawa kereta, parking kat sini payah mencarinya.

Le Embassy 

kawasan dalam bilik le embassy pulau pinang yang murah tapi best
Harga BiasaRM 79 ++
Tempah
Tempah

Hotel ini pula untuk anda yang mencari hotel butik mampu inap masa cuti.

Bilik queen nya luas dan ia ada tempat letak kereta percuma.

Kalau nak layan jambatan kaca The Top, cuba Gravityz atau bawa anak layan tarikan kat Komtar, anda cuma perlu memandu 5 minit saja.

Loop on Leith

bilik hotel murah loop on leith penang yang bergaya hipster
Harga BiasaRM 150 ++
Tempah
Tempah

Hotel Loop on Leith ini pun satu lagi hotel moden dengan harga bajet kat area ini.

Biliknya minimalis. 

Bilik airnya besar, dan TV anda ada 20 siaran untuk dilayan.

Kalau lapar malam-malam, 7 Eleven dekat.

Kalau tengahari, restoran nasi kandar (macam Sup Hameed) pun dalam jarak 5 minit jalan kaki. 

Sayangnya parking memang payah kat sini.

Tune Hotel

biilk dalam hotel bajet tune penang yang ringkas dan selesa, sesuai untuk backpacker
Harga BiasaRM 78 ++
Tempah
Tempah

Bilik di Tune Hotel, Georgetown memang tak besar, tapi ia kemas dan selesa.

Senang cerita, ini antara pilihan selamat untuk mereka yang mencari hotel murah yang biliknya bersih dan bawah RM 100 harganya.

Kalau anda lapar snek pukul 3 pagi, ada 7 Eleven di bawah hotel.

Dan tak macam kebanyakan hotel budget Penang, Tune Hotel ada tempat letak kereta sendiri (walaupun berbayar).

Wifi Boutique Hotel

hotel murah di georgetown penang - wifi boutique hotel
Harga BiasaRM 130 ++
Tempah
Tempah

Hotel butik mampu inap yang satu ini luas untuk harganya.

Biliknya gaya English campur hipster.

Bilik-bilik kat sini berbeza hiasan, tapi dibuat simple dan bersih untuk anda.

Kalau nak pergi makan, senang sangat. Kedai nasi kandar macam Line Clear dengan Deen Maju dalam 3 minit menapak saja.

Tips : Kalau anda suka basikal, kat tingkat atas hotel ada muzium basikal yang boleh anda terjah. Setahu kami, untuk guest hotel, masuk percuma.

Hotel Brown

hotel brown - simple dan hipster tapi selesa
Harga BiasaRM 110 ++
Tempah
Tempah

Ini hotel murah kat Georgetown Penang yang baru.

Luas bilik sederhana, tapi kemas dan selesa.

Ia juga dekat dengan Lorong Kulit — sesuai sangat kalau anda suka layan barang antik dan pasar old school.

Dan kalau nak makan, food court Padang Brown depan mata.

Setakat nak makan rojak, ais kacang, pasembur semua dekat saja (antara yang popular kat food court ini ialah sup Al Bismi).

Tips : Setahu kami parkingnya berbayar. Bajetkan dalam RM 10 sehari untuk itu.

Southern Boutique Hotel

hotel southern boutiwue hotel penang - harga murah tapi best dan cantik
Harga BiasaRM 130 ++
Tempah
Tempah

Hotel Southern Boutique ini pula sesuai sangat kalau anda orang muda — dan datang honeymoon berdua.

Bilik air kat sini, open concept dengan gelas dindingnya.

Tapi kalau segan dengan partner, ada langsir untuk menutupnya.

Nak ke kedai mamak, sup Hameed dalam jarak jalan kaki.

Dan tarikan Penang macam rumah Cheong Fatt Tze cuma 3 minit dari hotel ini.

Hotel Summertree

bilik hotel summertree pulau pinang yang simple
Harga BiasaRM 79 ++
Tempah
Tempah

Hotel yang murah ini bukan saja selesa, tapi dekat saja dengan Komtar.

Gayanya hip dan moden — lagi cantik berbanding kebanyakan hotel bajet dengan harga yang sama.

Bilik anda sederhana saiznya, tapi sesuailah untuk solo traveller.

Parking kat hotel ini ada, tapi terhad.

Ada sekitar 10 bay di basement dan beberapa lagi di depan hotel.

Kalau parking bukan isu, ini antara hotel murah dekat tengah Georgetown Penang yang kami memang suka.

Senang nak meronda.

Kimberly Hotel

hotel kimberly penang
Harga BiasaRM 86 ++
Tempah
Tempah

Ini satu lagi hotel murah yang dekat dengan Komtar dan dalam jarak jalan kaki ke Prangin Mall dan pasar Chowrasta.

Senanglah nak shopping bila-bila masa.

Saiz bilik tak besar mana. Tapi bila malam boleh lepak di rooftop untuk layan pemandangan kota.

Batu Ferringghi

Ini pula senarai hotel-hotel murah di area Batu Ferringghi untuk layan laut masa cuti. Cuma bilik bajet di sini suasananya kurang sesuai untuk family.

Ferringghi Stay Inn

suasana bilik di hotel bajet feringghi stay inn
Harga BiasaRM 79 ++
Tempah
Tempah

Hotel bajet ini sesuai untuk yang cuti solo atau berdua. 

Bilik anda kecil dan asas sahaja keadaannya. Ia ada balkoni walaupun berkongsi dengan tetamu lain kat sini.

Untuk makan, memang senang. KFC, McDonalds sampailah nasi kandar dan 7 Eleven ada dalam jarak jalan kaki. 

Pantai Feringghi dan pasar malam pula 5 minit saja (ada kat seberang jalan penginapan anda).

Alia Express

alia express batu feringghi
Harga BiasaRM 75 ++
Tempah

Ini lagi satu hotel budget kat Batu Feringghi untuk yang datang solo.

Bilik anda memang keadaannya hanya asas.

Tapi ada lift untuk ke tingkat atas.

Sebab ia pun dalam area Feringghi Stay Inn, nak cari makan atau ke pasar malam senang saja sebab boleh jalan kaki.

Max Feringghi

bilik hotel bajet max feringghi
Harga BiasaRM 59 ++
Tempah
Tempah

Kalau dua hotel murah kat atas belum cukup murah, cuba Max Feringghi.

Saiz bilik kecil.

Tapi sesuai dengan harganya yang tahap marhaen. 

Untuk cari makan dan jalan-jalan ke pasar malam atau pantai, boleh pergi dengan jalan kaki.

Nota : Ia tak ada lif. Kalau lutut kurang cantik, minta bilik tingkat bawah kalau ada.

Roomies Suite

bilik di roomies suite batu feringghi
Harga BiasaRM 115 ++
Tempah

Hotel ini pula sedikit tinggi harganya dari senarai hotel bajet kat Batu Ferringghi yang ada.

Tapi biliknya lebih luas dan selesa.

Kalau datang dengan member, boleh pilih katil loft untuk feel duduk asrama.

Nak makan dan jalan ke pasar malam dan pantai dekat saja.

Sebab ia dalam kawasan bangunan yang sama dengan hotel-hotel yang sudah kami cover.

Bayan Lepas

Ini pula hotel-hotel murah yang bagus kat Bayan Lepas – kalau nak dekat dengan airport dan kawasan pantai nelayan. Cuma biliknya tak semurah di Georgetown.

Eureka Hotel

bilik di hotel eureka, bayan lepas pulau pinang
Harga BiasaRM 135 ++
Tempah
Tempah

Ini salah satu hotel murah kat Bayan Lepas yang menarik biliknya.

Bilik anda sederhana saiznya – dan sesetengah bilik datang dengan peti ais mini.

Untuk rehat satu malam dua, ia mencukupi.

Cuma parking kat tepi jalan saja dan berbayar kat sini.

Pen Mutiara

hotel pen mutiara bayan lepas pulau pinang
Harga BiasaRM 120 ++
Tempah

Hotel ini ada kolam mini untuk anak-anak anda.

Jadi boleh bawa keluarga untuk cuti bajet sama-sama.

Bilik pun luas dan selesa, walaupun tatahiasnya old-school saja. 

Untuk parking, ada tempat letak kereta percuma dan berjaga.

Kedai makan?

Kalau tak mahu makan kari kepala ikan hotel Pen Mutiara yang famous itu, D Seafood Paradise cuma 5 minit berkereta. 

Raia Inn

bilik hotel raia inn bayan lepas
Harga BiasaRM 140 ++
Tempah
Tempah

Ini satu lagi hotel harga bajet kat Bayan Lepas yang ada parking percuma.

Bilik anda luas dan ada peti ais mini di dalamnya. Selesa untuk keluarga.

Untuk makan, Kapitan Tandoori, Restoran Bawal Goreng Pokok Ceri dan Nasi Dalcha & Biryani Khalis dalam 5 minit memandu dari sini.

Nota : Hotel ini dulunya TH Hotel. Kini diambil alih oleh Raia dan fasilitinya dibaik pulih semua.

U Hotel

bilik di u hotel bayan lepas
Harga BiasaRM 135 ++
Tempah
Tempah

Kita tutup dengan U Hotel — antara hotel murah kat sini yang ada parking luas dan berjaga.

Bilik agak kecil untuk keluarga. Tapi selesa kalau cuma berdua.

Untuk makan, anda cuma perlu 5 minit berkereta.

Dekat saja memandu untuk jumpa nasi kandar Pelita atau Subaidah dan juga restoran fast food macam Mcdonalds dan Pizza Hut.

NOTA : Versi bahasa Inggeris artikel ini : Budget Bonanza: 24 Best Budget Hotels in Penang Starting from Just RM 59!

Okay guys, kami stop kat sini dulu untuk senarai penginapan murah tapi selesa biliknya.

Kami cover dari Bayan Lepas dan Batu Ferringhi sampailah ke Georgetown untuk anda.

So, dah ada hotel yang anda suka?

Hotel Terbaik Penang

JomJalan Seluruh Penang

Layan senarai tempat tarikan best di Penang
Tidur kat hotel terbaik Penang
Promo hotel, tarikan Penang
Makan kat kedai makan sedap Penang

Jomjalan