Sebenarnya ada banyak hotel murah di Melaka yang best dan selesa.
Dan boleh dapat serendah RM 65 saja.
Jom tengok senarai hotel-hotel di Melaka yang murah — tapi bagus biliknya.
[static_content id=”49061″]
Anda Nak Menginap di Mana ?
Bandar Hilir
Ini antara lokasi bagus untuk mencari hotel bajet kat Melaka. Sebab nak ke Dataran Pahlawan dan tarikan lain boleh jalan kaki.
Imperial Heritage



Harga Biasa | RM 120 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini hotel yang murah yang kat seberang jalan Dataran Pahlawan.
Senang sangat nak ronda atau shopping ke megamall dengan jalan kaki.
Bangunannya tersergam.
Biliknya pun besar untuk harganya – walaupun tata hias bilik agak berusia.
Dengan lokasi begini, dan harga biliknya ada waktu turun di bawah RM 120, ia antara hotel bajet terbaik untuk yang datang solo untuk cuti.
Alamat : 1, Jalan Merdeka, 74, Jln Parameswara, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka / 06-281 3545
The Explorer Hotel



Harga Biasa | RM 89 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel di Bandar Hilir ini ringkas sahaja biliknya.
Tapi lokasi hotel ini cukup bagus, sebab ia di seberang Dataran Pahlawan.
Jadi kalau nak bershopping tak ada masalah.
Parking di sini pun percuma.
Tempat makan pun tak jauh mana (termasuk McD dan Texas Chicken yang dalam jarak jalan kaki saja).
Alamat : 1, Jalan Plaza Merdeka, Banda Hilir, 75000 Melaka /: 06-288 2668
The Rucksack Caratel



Harga Biasa | RM 99 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Penginapan murah kat Bandar Hilir yang ini pula ada swimming pool.
Bilik agak luas dan gaya hipster.
Dan area hotel pun hijau.
Memang instagrammable untuk orang muda.
Ia ada parking percuma.
Tapi amat terhad jumlah parking bay nya.
Alamat : 107, Jalan Banda Kaba, Banda Hilir, 75000 Melaka / 06-292 2107
Mercury Boutique Hotel



Harga Biasa | RM 95 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel ini murah tapi biliknya luas.
Kemasan biliknya mungkin terlajak glamour.
Tapi menariknya semua suis dalam bilik menggunakan touch screen dan bukan suis biasa.
Dataran Pahlawan, Stadthuys dan lain lain tarikan boleh anda sampai tanpa perlu memandu kalau anda cergas dan muda.
Alamat : No. 32, Jalan PM6, Plaza Mahkota, 75000 Melaka / 016-710 7106
Fenix Inn



Harga Biasa | RM 89 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel murah kat Bandar Hilir ini sudah lama menjadi pilihan para solo traveller.
Biliknya simple tapi selesa.
Dan tempat shopping macam Mahkota Parade dan Megamall Dataran Pahlawan dalam jarak jalan kaki sahaja.
Tapi ia tiada lif.
Jadi lebih sesuai untuk anda yang muda belia.
Alamat : 156, Jln Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka / 06-281 5511
Melaka Raya
Ini kawasan di tepi pusat bandar Melaka yang terkenal dengan banyaknya hotel-hotel murah. Dan nak ke tarikan, drive sekejap saja dari Melaka Raya.
Ecotree Hotel



Harga Biasa | RM 99 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Kalau anda datang dengan keluarga (atau honeymoon) dan nak hotel murah di Melaka yang ada swimming pool, cuba ini dulu.
Bilik kat sini besar.
Pool dan gym pun ada.
Nak letak kereta, ada ruang parking percuma kat belakang hotel anda.
Tapi jumlah parking bay terhad jumlahnya.
Hotel ini dekat dengan tarikan Melaka.
Kalau setakat ke mall Mahkota Parade cuma memandu 5 minit sahaja.
Alamat : 1, Jalan Melaka Raya 9, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka / 06-292 1888
Sunshine Inn Plus



Harga Biasa | RM 65 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini pula hotel murah kat area Melaka Raya yang biliknya bawah RM 80 selalunya.
Biliknya minimalis, tapi ceria.
Saiz pun agak luas untuk harganya.
Cuma kalau berkereta, parking di tepi jalan saja.
Dan nak ke tarikan Melaka masih perlu berkereta (walaupun tak jauh mana).
Alamat : 32, Jalan Melaka Raya 15, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka / 06-283 0331
Victoria Station



Harga Biasa | RM 150 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Victoria Station ini baru dibuka sekitar 2021, jadi fasilitinya cantik lagi keadaannya.
Bilik anda saiznya sederhana, tapi simple dan selesa.
Nak makan dan cari kudapan senang sebab MyNews, Tealive dan Old Town berdekatannya.
Cuma parking berbayar dan di tepi jalan saja.
Alamat : No 17-17B, Jln Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka / 010-822 2832
Ayer Keroh
Nak dekat dengan area tol dan tarikan seperti Zoo dan Taman Buaya? Ini saranan hotel-hotel budget di kawasan itu yang selesa.
Hotel Kobemas



Harga Biasa | RM 89 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
Kalau nak cari hotel murah di Ayer Keroh, ini antara hotel harga bajet yang ada.
Suasana bilik kat sini sederhana.
Sesuai dengan harganya.
Dan kalau nak makan, senang mencari.
Sebab hotel ini dalam kawasan MITC.
Alamat : 1, Jalan MITC Prima, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka / 06-253 5353
INB Resort



Harga Biasa | RM 99 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
Nak hotel bajet tapi ada swimming pool kat Ayer Keroh?
Cuba INB Resort ini.
Bilik anda luas. Tapi tatahias bilik gaya lama.
Ia dekat dengan tol Ayer Keroh, dan di tepi jalan besar sahaja.
Senang ke mana-mana.
Tapi bunyi bising kenderaan mungkin masuk ke bilik anda.
Alamat : Lot 3169 Sempang Padang Keladi, Off, Jalan Tun Abdul Razak, 75450, Melaka / 016-555 4868
Pesisir Bandar
Ini pula hotel-hotel budget di pesisir bandar Melaka yang bukan dalam area di atas, dan anda perlukan kereta nak ke mana-mana.
Hotel Arissa



Harga Biasa | RM 95 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Nak penginapan selesa yang di luar kawasan sibuk bandar Melaka?
Ini antara pilihan yang ada.
Hotel ini dihias dengan ringkas tapi moden.
Bilik anda ada juga mini bar dan sarapan percuma.
Kat sini, keselamatan anda dan kereta lebih terjamin.
Tempat letak kereta tersedia dalam kawasan hotel, dan kalau nak akses ke lif perlu pakai smart card.
Untuk ke tarikan sekitar Melaka anda hanya perlu berkereta sekitar 8 minit sahaja.
Alamat : 2, Jalan Pelanduk, Kampung Dua, 75400 Melaka / 06-288 0303
The Nines



Harga Biasa | RM 100 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel The Nines ini dibuat dalam bangunan warisan tetapi disuntik elemen moden.
Hasilnya anda dapat bilik yang luas, bersih dan simple.
Walaupun harganya sekitar RM100, saiz biliknya setaraf hotel 3 bintang.
Dan ia juga ada tempat letak kereta untuk guest walaupun terhad jumlahnya ( lebih kurang 15 bay).
Untuk layan tarikan di sekitar bandaraya Melaka tak jauh mana.
Anda hanya perlu 10 minit memandu kereta.
Alamat : 1, Jalan Gajah Berang, 75200 Melaka / 06-282 6868
Cozy Riverside



Harga Biasa | RM 88 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini hotel bajet no-frills kat Bandar Hilir untuk anda yang tak fussy masa cuti.
Bilik anda ringkas.
Sesuai dengan harga bilik yang lazimnya bawah RM90.
Parking kat sini selalunya mudah.
Dan kalau nak cari makan atau layan tarikan dalam kawasan bandar Melaka, cuma perlukan 15 – 20 minit berkereta.
Alamat : 30, Jalan Kota Laksamana 1/1, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka / 06-288 9779
906 Premier Hotel



Harga Biasa | RM 79 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel 906 Premier ini antara hotel murah kat Melaka yang ada kolam renang untuk anda.
Ia tak besar mana.
Tapi cukup kalau anda bercuti kat Melaka dengan anak kecil dan itu benda wajib buat dia tidur lena.
Untuk ke mana-mana, anda perlukan kereta.
Tapi tarikan bandar Melaka tak sampai 8 km.
Dan parking pun percuma.
Alamat : 32, Jalan Mutiara Melaka 3, Taman Mutiara Melaka, 75350 Melaka / 06-317 9068
Sunflower Hotel



Harga Biasa | RM 95 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Update 2024 : Hotel ini mungkin ditutup utk sementara waktu
Kalau anda tak kisah tentang lokasi, Sunflower Hotel ini satu lagi hotel harga bawah RM 100 yang selesa kat Melaka ini.
Saiz bilik luas untuk harganya.
Gaya bilik pun ringkas untuk keluarga.
Untuk parking, ada kat depan hotel anda.
Dobi, farmasi, klinik dan bakery muslim ada kat shoplot berdekatan hotel.
Cuma nak ke tarikan Melaka, memang perlu berkereta.
Tips : Kedai Beryani Haji Tambi dan Medan Selera Taman Pertam Jaya dalam jarak jalan kaki dari hotel ini.
96 Boutique



Harga Biasa | RM 79 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini hotel bajet Melaka dengan kemasan gaya Skandinavia.
Ia cukup sesuai untuk mereka yang tak mahu bersesak di tengah Bandar Hilir Melaka.
Bilik di sini bukan saja selesa, tapi luas untuk harga bilik bawah RM 100.
Tempat letak kereta percuma juga banyak.
Alamat : No 1, Jln 3, Taman 1 Lagenda, Melaka / 06-289 9889
Nota : Sayangnya ia tiada lif. Jadi tak mesra OKU dan orang tua.
906 Riverside



Harga Biasa | RM 98 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
Kita tutup senarai ini dengan hotel harga murah, tapi ada view sungai Melaka.
Hotel 906 Riverside namanya.
Saiz bilik sederhana, dan suasana bilik biasa saja.
Tapi senang nak jalan kaki ke tarikan tengah bandar Melaka.
Nak solat, Masjid Kg Hulu kat depan mata.
Nak layan cendol Kg Hulu, boleh jalan ke Makan Avenue.
Nak ke Jonker Walk pun boleh jalan kaki saja.
Apapun, parking kat sini payah.
Mencabar lagi-lagi masa cuti sekolah.
Alamat : 52, Jalan Kampung Hulu, 75200 Melaka / 06-282 8906
[static_content id=”48417″]
Okay, lengkap sudah senarai penginapan harga budget di Melaka yang selesa biliknya.
Kami cover area Bandar Hilir sampailah ke pesisir area bandar Melaka.
Jadi, antara 16 hotel murah terbaik kat Melaka ini, yang mana satu yang anda suka?
NOTA : Versi bahasa Inggeris artikel ini : Travel on a Shoestring: Top 18 Cozy and Cheap Budget Hotels in Melaka!