Anda nak bercuti kat Kuala Lumpur secara solo? Ini pilihan hotel bajet terbaik di KL yang sesuai untuk anda. Semua hotel yang kami pilih hotel selesa bawah RM100 saja.

Hotel Bajet Terbaik KL
Berikut adalah 15 hotel murah dan selesa yang paling best kat KL untuk mereka yang nak hotel bawah RM 100 satu malam.
Untuk mudah pilih, kami asingkan ikut kawasan dalam KL.
Hotel di Bukit Bintang
Kalau di Bukit Bintang, nak shopping, ada banyak mall, nak ke mana-mana, ada tren. Berikut adalah hotel murah dan selesa pilihan kami dalam area ini.
Chillbox KL

Hotel di belakang Berjaya Times Square Bukit Bintang ini baru dibuka pada awal 2020. Biliknya simple dengan hiasan minimalis. Walaupun begitu, miliknya ada peti simpanan keselamatan dan sesetengahnya ada mini bar.
Kalau anda nak ke Berjaya Times Square, anda perlu cuma berjalan kaki 5 minit saja.
Untuk yang datang seorang atau berdua, ini antara pilihan hotel murah dan selesa bawah RM100 kat KL yang baru.
Tren Terdekat: Imbi Monorel ( 7 min )
Harga : RM 69 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Ceria Hotel

Ceria Hotel ini letaknya di belakang Berjaya Times Square Bukit Bintang. Biliknya ada dekorasi moden, dengan hiasan gaya industri.
Ada kedai 7-eleven di Berjaya Times, dan mamak di kawasan belakang hotel, jadi anda tak risau lapar malam malam. Untuk ke mana-mana pun mudah sebab stesen monorail dalam jarak berjalan kaki.
Tapi ia ada dua kelemahan. Pertamanya ialah ia tiada lif. Jadi tak sesuai untuk OKU atau warga emas. Keduanya, ia juga tak sesuai untuk family di sebabkan pintu bilik airnya tiada kunci.
Tren Terdekat: Imbi Monorel ( 7 min )
Harga : RM 65 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Hotel Transit Pudu

Hotel Transit ini bukan di Bukit Bintang tetapi di Pudu (bertentang Plaza Rakyat). Akan tetapi kami letak ia di sini, kerana ia cuma 3 km dari Bukit Bintang.
Kalau anda datang dengan keluarga, berkereta, dan mahukan bilik hotel yang paling luas pada budget sekitar RM100 boleh timbangkan Hotel Transit Pudu. Ia juga ada parking berbumbung.
Masalah hotel ini, walaubagaimanapun, ialah kawasan sekitarnya selalu sesak. Dan untuk ke mana-mana dengan LRT, anda perlu berjalan agak jauh. Kami sarankan anda gunakan Grab untuk ke mana-mana.
Tren Terdekat : Plaza Rakyat (12 min)
Harga : RM 90 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Greystone Hause D Majestic Place

Untuk mereka yang nak hotel harga murah yang ada swimming pool dan juga gym, ini tempatnya.
Apartment anda juga akan ada peti sejuk, cerek air dan tingkap dengan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur.
Akan tetapi apartmen ini tidak sesuai untuk keluarga sebab dinding bilik airnya dibuat daripada kaca berkabus (frosted glass). Dan kalau anda mahu mandi di swimming pool nya, anda perlu pakai pakaian renang.
Nota: Tempat letak kereta berbayar RM 10++ sehari.
Tren Terdekat: LRT Pudu (5 min)
Harga : RM 85 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Hotel di Masjid Jamek / Pasar Seni
Kalau anda datang ke Kuala Lumpur dengan bas atau kereta api, kawasan Masjid Jamek ialah antara kawasan terbaik untuk anda huni. Tapi kalau anda berkereta, parking di sini mimpi ngeri.
Big M Hotel

Hotel ini kecil, dan biliknya tak sebesar mana. Tapi ia hotel bawah RM100 yang selesa, sangat dekat dengan LRT, dan McD hanya di tepi. Jadi kalau anda solo traveller yang mahu ke sana ke sini dengan pengangkutan awam, Big M memang murah, dan cukup selesa.
Ia ada pengawal keselamatan, dan pintu masuk ke bilik hotel sentiasa berkunci. Jadi anda tak perlu risau dengan keselamatan kalau anda wanita.
Masjid Jamek dan River of Life hanya di seberang jalan manakala Chinatown dan Central Market dalam 10 minit jalan kaki dari sini. Jalan Tar pun dalam jarak yang sama.
Nota : Bilik di hotel ini lebih baik dari bilik 1000 Miles. Dan ia antara hotel bajet paling best di KL untuk yang bercuti seorang diri.
Tren Terdekat: Masjid Jamek (2 min)
Harga : RM 80 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
1000 Miles

Hotel bajet yang popular di kalangan pelancong asing ini tak jauh pun LRT Masjid Jamek. Biliknya ringkas sahaja tetapi bersih.
Untuk makan pagi ada disediakan roti. Dan bila malam anda boleh lepak di rooftop terrace untuk tengok lampu KL.
McD, KFC dan farmasi seperti Guardian ada di tepi hotel. Jadi tak ada masalah untuk cari makan kalau anda lapar malam-malam.
Apapun, untuk kami, ia lebih sesuai untuk solo traveller daripada orang yang berkeluarga.
Tren Terdekat: Masjid Jamek (3 min)
Harga : RM 80 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Ahyu Hotel

Hotel di bangunan yang nampak klasik ini, ada dekorasi bilik yang sederhana elegan. Ia dekat dengan stesen LRT, 7E dan tempat makan seperti KFC, McD dan juga mamak.
Ia juga dalam jarak jalan kaki ke Pasar Seni dan Petaling Street. Walaupun ada bilik yang bertingkap, ia agak bising kerana dekat dengan sistem pengudaraan. Kami sarankan anda pilih bilik tiada tingkap kalau anda mahu bilik yang lebih senyap.
Tren Terdekat: Masjid Jamek (5 min)
Harga : RM 70 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Pacific Express Hotel

Antara semua hotel murah bawah RM100 yang ada di Kuala Lumpur, ini hotel yang ada swimming pool di rooftop nya.
Lokasinya cukup strategik kalau anda ingin ronda sekitar Kuala Lumpur dengan train. Tarikan seperti Central Market, Masjid Jamek, Bangunan Sultan Abdul Samad, River of Life dan KL City Gallery semuanya juga dalam jarak jalan kaki.
Bilik hotel ini sederhana luas, tapi selesa. Harga bilik walaubagaimanapun, mungkin naik melepasi RM100 pada musim tertentu.
Tren Terdekat: Masjid Jamek, Central Market (7 min)
Harga : RM 99 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Avenue J

Hotel yang bertentang dengan River of Life ini ada bilik yang sesuai untuk solo traveler.
Disebabkan saiznya, dan juga bilik air dengan cermin kaca berkabus, ia tidak sesuai untuk sesiapa yang datang berdua.
Tapi lokasi hotel budget ini strategik. Untuk cuci mata, tarikan KL seperti Central Market, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Masjid Jamek hanya dalam jarak 3 minit jalan kaki saja.
Nota : Semasa kami check-in, ada bilik yang berbau, dan dindingnya kelihatan basah (dan mungkin mengundang risiko kulat). Kalau tak kerana ini, hotel ini antara hotel budget bawah RM100 terbaik dalam Kuala Lumpur pernah kami jumpa untuk harganya.
Tren Terdekat: LRT Masjid Jamek, Central Market (8 min)
Harga : RM 99 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Seasons Point Hotel

Hotel bajet yang dekat dengan Petaling Street ini, letaknya bertentangan dengan Kotaraya.
Ia tiada parking untuk kereta, dan jalan di luar hotel sibuk dengan kenderaan, jadi ia bukannya tempat yang terbaik untuk mereka dengan anak kecil.
Tapi untuk solo traveller yang mahu dekat dengan kawasan Chinatown, dan juga stesen keretapi, hotel ini antara hotel bajet bawah RM 100 dalam KL yang paling selesa yang ada.
Tren Terdekat: Central Market (7 min)
Harga : RM 69 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Lantern Hotel

Kalau anda ada urusan di sekitar Petaling Street (Chinatown) ini antara hotel bajet paling selesa di sini.
Konsep dalam hotel ini minimalis dan moden. Dan apabila anda keluar dari hotel, pasar malam Chinatown di depan mata.
Cumanya kami tak suka kawasan ini pengemis atau penagih di sekitar kawasan memang pemandangan biasa. Kalau anda wanita, cari kawasan lain untuk tidur.
Tren Terdekat: Central Market (5 min)
Harga : RM 80 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Hotel di Chow Kit
Hotel di kawasan Chow Kit dulunya daif. Tapi sekarang sudah ada beberapa hotel harga murah di sini yang sedikit proper dari biasa.
Living at D Sulaiman

Untuk mereka yang ada urusan di Chow Kit, hotel Living D Sulaiman ini antara pilihan hotel bajet yang terbaik.
Hotel milik MARA ini dihias dengan gaya hotel butik moden, dan ia ada restoran dan surau dalam hotel. Kalau nak shopping, Quill City Mall cuma 5 minit jalan kaki.
Tempat letak kereta banyak. Cumanya anda perlu letak kereta anda kat kawasan tepi jalan.
Tren Terdekat: Monorel Medan Tuanku (5 min)
Harga : RM 90 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Cross Roads Hotel

Bilik di hotel ini murah, selesa dan moden. Saiznya juga lebih besar daripada kebanyakan bilik bajet dalam harga bawah RM100.
Untuk bergerak ke mana-mana dengan pengangkutan awam memang senang. Ia bertentang dengan monorail Chow Kit. Dan kalau anda mahu naik bas percuma GoKL, ia cuma jarak jalan kaki dari hotel.
Kami sarankan anda minta bilik paling atas sebab ia kurang bising dari bunyi kenderaan, dan ada bilik kawasan atas ini yang ada pemandangan Petronas Twin Tower.
Seperti kebanyakan hotel Chow Kit, parking adalah satu masalah.
Tren Terdekat: Monorel Chow Kit (2 min)
Harga : RM 88 +
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Hotel di Pesisir Bandaraya KL
Untuk yang ada urusan di pesisir Kuala Lumpur, dan berkereta, menginap di kawasan luarnya lebih selesa. Ini beberapa hotel bajet bawah RM100 pilihan kami untuk anda.
A & R Boutique Hotel

Untuk anda yang datang ke KL dengan kenderaan, dan tak mahu bersesak dalam bandar, hotel A& R di Cheras ini antara hotel yang boleh anda pilih.
Hotel ini ada tatahias klasik dan sesetengah bilik ada balcony. Ia dekat dengan kedai makan, 7E dan Tesco Extra kalau pampers dan susu anak habis tiba-tiba.
Kalau nak bergerak sekitar KL anda perlu pilih cara untuk berkereta, atau ambil LRT Taman Midah yang tak jauh mana.
Tren Terdekat: Taman Midah (12 min)
Harga : RM 98 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Silka Cheras

Hotel ini bersambung dengan shopping mall Cheras Sentral Mall.
Biliknya moden dan luas. Tempat letak kereta pun percuma. Dan kalau anda mahu tinggalkan kereta, dan bergerak sekitar KL dengan train, stesen MRT hanya dalam jarak jalan kaki.
Senang cerita ia sesuai untuk mereka yang berkereta, datang bercuti dengan keluarga atau yang bulan madu dengan cinta hatinya.
Dan sebab ia dekat dengan stesen MRT, anda boleh makan sate Kajang di Kajang dengan naik MRT dari sini.
Nota: Cheras Sentral Mall sepatutnya ada Starbucks, TGV dll. Tapi mall ini semakin hari semakin kurang kedai dibuka.
Tren Terdekat: MRT Taman Connaught (4 min)
Harga : RM 98 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Okay. Dalam banyak-banyak hotel bawah RM100 yang best dalam KL ini, yang mana satu anda dah shortlist untuk cuti nanti?
Baca Juga :
* 16 Hotel Terbaik di Bukit Bintang
* 10 Hotel Terbaik di Jalan TAR
* 10 Hotel Best di KL untuk Anak dan Keluarga
* 10 Hotel Best di KL untuk Honeymoon
* 15 Hotel Bajet Terbaik di KL
Ezuddin says:
Terima kasih. Berguna info ni.
mrhanafi says:
info yang amat menarik juga..
boleh dijadika rujukan pada suatu masa nanti jika nak ke KL
nila anggraini says:
Hotek yang strategik memudahkan kita untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lainnya.