Nak cari hotel murah kat Langkawi?
Biar kami bantu.
Ini senarai 21 hotel-hotel harga bajet terbaik kat pulau itu.
[static_content id=”49091″]
Anda Nak Menginap di Mana ?
Pekan Kuah
Bila menginap di pekan Kuah, jeti feri dekat dan biliknya pun lebih berkualiti. Ini hotel-hotel murah terbaik kat area itu.
Hotel Goldsands



Harga Biasa | RM 130 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini satu lagi hotel murah yang menarik kat pekan Kuah.
Dan ia ada swimming pool dan juga tempat layan view laut yang romantik kalau datang berdua masa cuti.
Bilik anda lebih menarik dari kebanyakan bilik harga sama kat kawasan ini. Sesuai untuk family.
Dan nak shopping, cari makan atau ke pasar malam Kuah pun mudah.
Chill Suites Langkawi



Harga Biasa | RM 120 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Antara banyak-banyak hotel bajet di Langkawi yang murah dan selesa, Chill Suites ini kami suka.
Bilik anda moden, ada toiletries dan selesa saiznya.
Ia juga datang dengan peti keselamatan dan mini fridge untuk anda letakkan coklat yang anda beli.
Untuk shopping ke HIG, bergambar kat Dataran Lang atau layan Pasar Malam kat Kuah, cuma 10 minit memandu dari sini.
Langkawi Seaview



Harga Biasa | RM 110 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Langkawi Seaview ini bukan saja ada bilik luas, tapi swimming pool dan gym sekali.
Bilik anda ada balkoni, peti keselamatan dan fridge mini.
Parking luas, dan nak makan atau shopping drive sebentar saja dari sini.
Pada kami, biliknya memang murah untuk apa yang anda dapat nanti.
Hotel De Bleu



Harga Biasa | RM 115 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Nak shopping, nak berjimat untuk hotel?
Hotel De Bleu kat Kuah ini antara pilihan hotel murah kat pulau Langkawi yang selesa biliknya.
Ia baru saja di bina pada 2018, dan bilik anda ringkas, tapi luas saiznya.
Semua bilik bukan sahaja ada cerek tapi minibar — jadi coklat yang anda beli tak cair sebab ada tempat nak letak.
Nak makan? Kedai makan Wan Thai yang popular cuma dalam jarak jalan kaki.
[static_content id=”29546″]
Virteuz Inn



Harga Biasa | RM 99 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
Hotel kecil di atas kawasan rumah kedai di Kuah ini baru dibuka pada 2019.
Jadi biliknya baru dan selesa.
Untuk makan, banyak kedai makan pilihan di bawah hotel.
Bank dan dobi juga dalam jarak jalan kaki.
Untuk ke pasar malam di Kuah dan shopping di HIG, ianya dalam jarak 10 minit memandu.
Kelemahannya parking.
Anda kena cari parking berbayar di kawasan tepi jalan.
Motel Seri Mutiara



Harga Biasa | RM 79 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Motel Seri Mutiara ini ada bilik yang besar.
Harga pun bawah RM100.
Untuk yang tak kisah dengan fasiliti, dan cuma mahukan bilik besar yang simple dan selesa, ini antara pilihan yang ada.
Cuma kelemahan motel ini ialah lokasi.
Ia agak ceruk dari jalan besar Langkawi.
Kurang ideal kalau suka balik lewat masa cuti.
Simfoni Resort



Harga Biasa | RM 90 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Nak penginapan bajet yang jenis apartmen?
Kat Simfoni Resort, ada apartmen 1 bilik ke atas pada harga yang murah.
Penginapan anda bukan saja ada katil, tapi meja makan dan ruang yang selesa untuk keluarga muda.
Parking ada banyak, walaupun kat tepi jalan saja lokasinya.
Dan kalau nak ke kawasan pekan Kuah, dalam 7 minit berkereta.
Greenish Langkawi



Harga Biasa | RM 120 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini satu lagi hotel murah di Langkawi yang ada kolam renang besar untuk mandi.
Biliknya sudah berusia.
Tapi luas dan ada balkoni.
Boleh layan pemandangan pekan malam nanti.
Nak shopping kat pekan Kuah dari sini dekat.
Dan parking kat hotel pun senang.
Senang cerita untuk hotel yang bawah RM 150, ini antara yang paling selesa yang ada.
The Concept



Harga Biasa | RM 79 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Tak sah kita cakap tentang hotel murah selesa, kalau tak ada The Concept.
Pertama sebab biliknya memang simple dan selesa.
Kedua, ia baru dibuka (hujung 2021).
Ketiga, ia ada kolam renang yang comel saiznya, dan akhir sekali parking pun tersedia untuk anda.
Dalam bilik, peti keselamatan dan peti ais mini tersedia.
Berbaloi untuk harganya.
Cuma ia tak ada lif.
Sila minta bilik di bawah kalau datang dengan yang berusia.
Tips : Book bilik King Room with View kalau nak buka pintu terus terjun ke swimming pool.
Pantai Cenang
Pantai Cenang ialah area paling popular kat Langkawi. Pantai dan kedai makan dekat sahaja dengan hotel anda. Dan ini koleksi hotel bajet terbaik kat sini.
Cenang Plaza



Harga Biasa | RM 120 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Dalam banyak-banyak hotel murah kat Cenang, Langkawi, ini pilihan kami.
Hotel ini kecil sahaja.
Tapi pantai ada kat belakang hotel anda.
Sesetengah bilik ada verandah.
Best layan senja terbenam untuk memori terindah.
Bila nak makan pun easy peasy.
Sebab Cenang mall dan kedai makan dalam jarak jalan kaki.
Malibest Resort



Harga Biasa | RM 119 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Malibest Resort ini pula memang betul-betul kat tepi pantai Cenang.
Bilik anda tatahiasnya lama. Dan suasana bilik pun biasa saja.
Tapi pantai beberapa tapak saja untuk mandi.
Dan nak cari makan atau keperluan cuti, boleh saja jalan kaki.
Salsa Resort



Harga Biasa | RM 117 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Salsa Resort ini pula ada pemandangan tenang sawah padi.
Bilik anda luas, parking kereta pun senang, sebab ia bukan di jalan besar Pantai Cenang.
Kalau nak ke Underwater World, Laman Padi atau ke tempat ambil bot trip island hopping cuma 10 minit berkereta.
Nak mandi laut?
Pantai cuma 5 minit drive saja.
Anjung Villa



Harga Biasa | RM 95 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Untuk anda yang berkeluarga dan nak hotel murah yang ada swimming pool di Chenang, cuba Anjung Villa.
Bilik anda luas.
Kawasannya tenang dan ada view gunung.
Cuma agak ke dalam lokasinya.
Untuk makan, minum dan ke tarikan seperti Underwater World, kena memandu 15 minit dari hotel anda.
Senari Bay Resort



Harga Biasa | RM 95 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini satu lagi hotel budget Langkawi yang kat tepi pantai.
Saiz pantai memang mini.
Tapi aman sebab ia bukan kat kawasan sibuk Langkawi.
Untuk anda yang berdua dan nak berehat bersama, ini tempat yang murah dan nyaman nak rehat cuti nanti.
Bilik pun luas, walaupun agak berusia.
Nota : Pantainya tak sesuai untuk mandi. Sebab airnya tak cantik dan dekat dengan jeti.
Pantai Tengah
Kawasan sebelah Pantai Cenang ini lebih tenang. Sesuai untuk rehat masa cuti — bukan shopping duty free. Dan ini hotel-hotel murah kat sini.
Tropical Resorts



Harga Biasa | RM 130 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
Resort gaya kampung ini aman suasananya.
Best untuk anda cuti tenang-tenang kat Langkawi.
Walaupun harganya murah, ia ada swimming pool untuk dewasa dan kanak-kanak mandi.
Parking bukan masalah.
Dan kalau nak mandi laut, jalan saja ke pantai Tengah.
Tips : Harga di atas utk bilik Deluxe Queen nya yg sgt terhad dan selalu sold out.
Sassy House



Harga Biasa | RM 120 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Nak tidur kat tempat murah, selesa dan bilik luas untuk keluarga?
Pertimbangkan Sassy House ini.
Kawasannya tenang.
Dan kalau nak mandi laut boleh ke Pantai Tengah saja.
Ya, bilik anda ringkas.
Tapi sebab saiznya, ia juga antara hotel bajet Langkawi yang selesa untuk keluarga.
The Villa



Harga Biasa | RM 110 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Kami suka hotel The Villa ini sebab swimming pool kat depan pintu saja.
Dan biliknya pun besar untuk harganya.
Parking tak ada masalah sebab ada parking lot sendiri.
Satu lagi, hotel ini dekat dengan area pantai Tengah.
Jadi senang nak layan pantai sebab tak jauh mana.
Untuk hotel murah untuk family kat Langkawi, ini antara hotel pilihan kami.
Dekat Airport
Ini pula untuk anda yang mencari penginapan budget best yang dekat dengan airport Langkawi.
Destini Akef Villa



Harga Biasa | RM 119 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Flight anda awal pagi?
Ini antara hotel bajet di Langkawi yang bagus dan senang nak ambil flight nanti.
Nak berseronok, ia ada swimming pool untuk mandi.
Dan suasana kelilingnya tenang disebabkan ia dikelilingi sawah padi.
Bilik doublenya luas. Siap ada balkoni. Peti ais mini dan peti keselamatan pun ada sekali.
Nak ke airport cuma 10 minit dari sini.
Pondok Muara Chalet



Harga Biasa | RM 99 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Chalet kecil ini di sebelah Akeef Villa.
Ia ada bilik yang luas dan sesuai untuk keluarga, walaupun fasiliti bilik anda ringkas sahaja.
Sebab ia di tepi jalan utama, mudah untuk ke mana-mana.
Muzium Laman Padi dan Morac (litar go-kart) cuma dalam 5 minit memandu dari sini.
Lain Lain Kawasan
Kat bawah pula beberapa hotel murah kat Langkawi untuk yg mahu tempat tidur yang selesa, dan tak kisah areanya.
Red Warriors Villa Abadi



Harga Biasa | RM 130 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini satu lagi hotel harga murah kat Langkawi yang ada swimming pool sekali.
Bilik anda selesa. Saiz bilik pun cukup luas untuk keluarga.
Kawasan kat sini aman.
Dan sebab ia dekat dengan jalan besar, senang nak ke mana-mana.
Kalau nak ke airport dan kereta kabel, memandu pun tak sampai 15 minit saja.
Bambu Gateway



Harga Biasa | RM 99 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Nak cuti tenang-tenang kat Langkawi?
Cuba yang ini. Sebab ia penginapan bajet dengan view sawah dan gunung untuk anda layan sepanjang cuti.
Bilik kat sini ada beberapa jenis.
Ada yang ringkas, yang moden dan ada juga bilik buluh yang ada balkoni dan view sawah padi.
Nak ke mana-mana tarikan Langkawi, anda perlu memandu dalam 15 minit.
Jarak ke airport pun sama.
Tapi ia pengorbanan kecil untuk bilik murah dan ketenangan yang ada.
[static_content id=”48451″]
NOTA : Versi Bahasa Inggeris senarai hotel terbaik ini boleh dibaca di sini.
Okay, itu dulu buat masa ini senarai hotel-hotel murah terbaik kat pulau Langkawi.
Dari area Kuah sampailah ke Cenang dan airport sudah kami cover.
So, antara semua, anda suka yang mana?