Anda yang nak stay kat hotel-hotel dekat Jonker Walk Melaka nanti?
Okay, no worries sebab kami boleh bantu anda.
Hotel Berdekatan / Dalam Jonker Walk Melaka Yg Best
Ini senarai hotel-hotel area Jonker Walk paling best yang ada.
Timez
Harga Biasa | RM 190 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Nak hotel butik moden, lawa dan selesa yang dekat area Jonker?
Timez antara hotel terbaik yang ada.
Ia pun memang dalam area Jonker Street.
Jadi nak ke Mamee House, pasar malam Jonker Street senang saja.
Semua bilik ada mesin bancuh kopi.
Dan tema setiap bilik berbeza, supaya anda boleh datang lagi untuk layan tema baru lain kali.
Alamat : 31, Jalan Hang Kasturi, 75200 Melaka / 06-281 2109
Ke Jonker Street : 0 m
Tips : Hotel-hotel di kawasan Jonker Walk Melaka memang payah parking kebanyakannya. Sebab ia kawasan lorong dengan bangunan lama. Anggap semua hotel di list ini parkingnya di bahu jalan, first come first serve, melainkan kami beritahu sebaliknya.
Casa Del Rio
Harga Biasa | RM 590 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Sukar menewaskan Casa Del Rio dari segi selesa bilik, lokasi dan panorama malam hari.
Hotel ini di tepi sungai Melaka, jadi boleh layan view river cruise bila-bila masa saja.
Nak ke pasar malam Jonker?
Jalan kaki saja.
Bilik? Cozy, ala Bohemian dan rasa macam kat Spain masa cuti.
Alamat : 88, Jalan Laksamana, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka / 06-289 6888
Ke Jonker Street : 300 m
Tips : Ini antara hotel yang paling senang parking di area Jonker Walk.
Hotel Puri
Harga Biasa | RM 135 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Suka hotel gaya klasik?
Hotel Puri yang selalu dijadikan cover majalah antarabangsa ini, memang ada bilik gaya antik.
Bilik anda dihiasi perabot kayu dan rotan.
Dan kawasan dalamnya memang gaya rumah baba dan nyonya yang hartawan.
Cuma nak makan memang susah sebab anda menginap di kawasan orang Cina.
Alamat : 118, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka / 06-282 5588
Ke Jonker Street : 200 m
Nota : Hotel ini bertentang dengan Chee Mansion.
Courtyard @ Heeren
Harga Biasa | RM 180 ++ |
---|---|
Tempah |
Ini satu lagi hotel di Melaka yang yang antik ruang dalamnya.
Kawasan dalam hotel masih kekal gaya nyonya.
Tapi moden fasiliti biliknya.
Anda duduk dalam bangunan yang umurnya lebih 200 tahun yang dibaikpulih semula.
Nak ke pasar malam Jonker Street memang tak jauh mana.
Dan sebab ia di lorong sebelah pasar, bising dan sibuk pasar tak mengganggu rehat anda.
Alamat : 91, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka / 06-281 0088
Ke Jonker Street : 50 m
Tips : Kalau datang dengan anak kecil, kurang sesuai sebab ia bertangga.
Liu Men
Harga Biasa | RM 550 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel kecil ini antara hotel gaya nyonya yang mewah, yang moden.
Bilik anda luas dan minimalis, tapi masih ada sentuhan tradisi.
Dari gayanya, ia lebih sesuai untuk pasangan muda yang sedang honeymoon dari golongan keluarga keluarga yang cuti dengan anak kecil bersama.
Nak ke pasar malam?
Senang saja sebab ia hampir saja dengan pintu gerbangnya.
Alamat : 46-56, Jalan Tokong, Kampung Dua, 75200 Melaka / 06-288 1161
Ke Jonker Street : 200 m
Nota : Parking ada di belakang hotel
Jonker Boutique Hotel
Harga Biasa | RM 250 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Tak mampu nak duduk Liu Men?
Tak apa, sebab ini satu lagi hotel klasik best yang ada dalam kawasan Jonker Street Melaka.
Harga separuh darinya.
Nak pergi pasar malam, keluar hotel saja.
Dan nak beli air dan kudapan balik hotel ada KKmart kat sebelahnya.
Cuma kalau anda jenis tidur awal, hotel ini bukan untuk anda.
Sebab ia dekat dengan pentas dengan sessi karaoke yang habis sekitar tengah malam buta.
Alamat : 84, Jalan Tokong, Kampung Tiga, 75200 Melaka / 06-282 5151
Ke Jonker Street : 0 m
Aava Malacca
Harga Biasa | RM 220 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini hotel butik peranakan yang lawa untuk anda kat area Jonker Walk Melaka.
Bila anda kat sini, nak ke Jonker Walk boleh jalan kaki.
Dan yang best lagi sungai Melaka kat belakang hotel.
Boleh duduk dan layan view sungai ikut masa sendiri.
Tarikan Melaka yang dekat dengan hotel ialah Muzium Hantu atau Masjid Kg Hulu.
Nak rasa cendol? Jalan kaki saja ke Makan Avenue.
Alamat : 10, 14 12, Jalan Kampung Hulu, 75200 Malacca / 06-288 3977
Ke Jonker Street : 250 m
NOTA : Versi bahasa Inggeris artikel ini – 9 Hidden Gems: Hotels Near Jonker Walk Melaka That Are Just a Stone’s Throw Away!
906 Riverside
Harga Biasa | RM 98 ++ |
---|---|
Tempah |
Ini satu lagi hotel murah dekat Jonker Walk dan kat belakangnya sungai Melaka.
Jadi kalau ambil bilik menghadap sungai, memang lawa view malamnya.
Bilik anda biasa saja. Tapi kedai mamak dan masjid dekat dengan hotel anda.
Nak ke pasar malam Jonker Walk, boleh jalan kaki.
Tapi jauh sedikit jaraknya dari semua hotel dalam senarai kami ini.
Alamat : 52, Jalan Kampung Hulu, 75200 Melaka / 06-282 8906
Ke Jonker Street : 500 m
TheBlanc
Harga Biasa | RM 180 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Putih bersih, minimalis dan classy – itu hotel The Blanc yang kat tepi pintu gerbang Jonker Walk ini.
Sebab ia kat pintu masuk pasar malam, suasana sibuk kalau pasar mula buka.
Tapi nak pergi dan balik dari pasar malam Jonker senang saja.
Kalau lapar malam-malam, Family Mart dan 7 Eleven jarak beberapa minit jalan kaki.
Tapi ingat yang ia di kawasan bangsa Cina.
Jadi kedai makan Melayu berdekatan memang payah lah cerita.
Alamat : 26-28, Jalan Kubu, 75300 Melaka / 06-286 6611
Ke Jonker Street : 0 m
Okay, lengkap sudah senarai hotel-hotel berdekatan Jonker Walk yang best-best untuk cuti anda.
Untuk kami Casa Del Rio pilihan terbaik dengan view sungai Melaka dan gaya macam oversea nya.
Tapi kalau anda mahu dekat dengan pasar malam Jonker, hotel butik macam The Blanc dan Liu Men pun menarik untuk tempah masa cuti kat Melaka.
Anda nak pilih yang mana?