Nak tidur kat hotel yang dekat dengan jeti river cruise Melaka?
Ini senarai hotel terbaik yang ada.
Jom tengok sama-sama.
Hotel dekat River Cruise Melaka
Berdekatan Jeti Taman Rempah
Ini tempat utama untuk river cruise Melaka. Tempat naik pun selesa sebab parking mudah untuk anda yang datang berkereta dan dengan keluarga.
The Pines
Harga Biasa | RM 260 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel The Pines ini adalah antara hotel yang paling dekat dengan tempat naik bot river cruise Melaka di jeti Taman Rempahnya.
Bilik anda selesa.
Sesetengahnya pula ada ruang tamu dan pantri.
Jadi ia memang popular di kalangan keluarga yang datang sini.
Bila nak naik bot untuk river cruise di Taman Rempah cuma dalam 5 minit berkereta.
Jarak ke jeti river cruise : 650 m
Tips : Ini jeti paling dekat dengan jeti Taman Rempah.
The Shore
Harga Biasa | RM 185 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Nak hotel yang bukan saja dekat dengan river cruise, tapi juga ada view sungai Melaka?
Kalau ya, ambil bilik menghadap sungai kat The Shore.
Kalau terasa nak main air, kolam-kolamnya pun cukup besar untuk anak dan orang dewasa.
Ia juga dekat dengan tarikan dari brand yang sama – macam muzium mainan, muzium 3d dan akuarium dalam bangunannya.
Kekurangan hotel ini ialah bilangan lift nya terhad.
Menunggu giliran lif mungkin mengambil masa kalau anda datang masa cuti umum.
Jarak ke jeti river cruise : 1 km
Tips : Dinding bilik airnya guna frosted glass. Ada yang suka, tapi kalau datang dengan member mungkin kurang selesa.
Swiss Garden
Harga Biasa | RM 230 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel ini di sebelah hotel The Shore.
Dan ia berkongsi swimming pool dengan hotel itu.
Kalau bilik anda menghadap sungai Melaka, dapatlah tengok view river cruise dan kampung Morten dari cermin bilik.
Seperti The Shore ia pun hotel di dalam bangunan, jadi nak ke bilik atau lobi kena guna lif.
Dan lifnya pun terhad jumlahnya.
Apapun, nak ke river cruise, tak lama pun perjalanan berkereta.
Jarak ke jeti river cruise : 1 km
Bayview Melaka
Harga Biasa | RM 250 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel Bayview Melaka ini sudah lama bertapak di bandar Melaka, jadi tatahiasnya agak klasik.
Selain bilik biasa, ia juga ada bilik keluarga yang lebih luas dan selesa.
Nak berendam? Boleh.
Sebab ia juga ada pool di premis nya.
Bila anda nak naik bot river cruise, perjalanan sekitar 10 minit sahaja.
Jarak ke jeti river cruise : 750 m
LaCrista Melaka
Harga Biasa | RM 280 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel dengan bangunan unik ini memang cantik dari luarnya.
Biliknya selesa, dan cozy tatahiasnya.
Dan pool pun ada untuk anak mandi manda.
Yang bagusnya, hotel ini ada sijil halal Jakim sampai September 2022.
Jadi nak makan kat buffet atau sarapan confident halal lauk pauknya.
Untuk ke jeti river cruise Melaka di Taman Rempah dalam 12 minit berkereta.
Jarak ke jeti river cruise : 1 km
Berdekatan Jeti Muara Sungai Melaka
Jeti Muara ini jeti untuk river cruise yang dekat dengan Muzium Samudera. Letaknya dalam kawasan pekan bandaraya Melaka. Sesuai untuk mereka yang jalan kaki dalam kawasan tarikan tengah bandarnya.
Quayside Hotel
Harga Biasa | RM 230 ++ |
---|---|
Tempah |
Dalam semua hotel kat Melaka, Quayside ini lah hotel yang paling dekat dengan river cruise Melaka.
Ia bekas gudang, dan lokasinya kat sebelah jeti Muara saja.
Bila anda nak naik bot, jalan kaki saja.
Senang nak naik. Tak perlu berkereta.
Bonus satu lagi ialah view malam dari biliknya juga istimewa.
Best untuk yang suka layan panorama masa cuti atau honeymoon kat Melaka.
Cuma parking kat hotel ini tak mudah sebab ia di jalan utama.
Jarak ke jeti river cruise : 5 m
JonkeRED Heritage
Harga Biasa | RM 190 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel butik yang kecil ini pun tak jauh juga dari jeti Muara.
Ia sesuai untuk muda mudi sebab gaya hiasan dalamnya jenis industri.
Dan sebab ia dalam kawasan bangunan merah Melaka, tarikan Melaka macam Stadthuys dan pasar malam Jonker memang boleh pergi jalan kaki.
Lapar tengah malam?
No worries. 7 Eleven ada kat bawah hotel anda.
Jarak ke jeti river cruise : 300 m
Tips : Sebab lokasinya, parking mungkin mencabar.
The Rucksack Caratel
Harga Biasa | RM 99 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini satu lagi hotel hipster yang popular di kalangan orang muda yang cuti kat Melaka.
Bilik anda bersih, bergaya dan selesa.
Pool kecil pun ada kalau nak berendam sama-sama.
Tak jauh kalau berkereta ke jeti river Cruise yang di tengah bandar Melaka.
Kalau ambil Grab, dalam 5 – 7 minit dan sampai ke sana.
Jarak ke jeti river cruise : 850 m
NOTA : Versi bahasa Inggeris artikel ini : 8 Best Hotels Near The Melaka River Cruise Jetty You Can’t Miss!
Okay, siap sudah senarai hotel-hotel berdekatan jeti river cruise yang bagus-bagus untuk anda tempah.
Kalau anda cuma nak hotel di tepi sungai sebab nak layan view nanti, boleh tengok sini.
Apapun, untuk kami, hotel dekat jeti yang paling kami suka ialah The Pines Melaka.
Tapi ada juga yang suka Quayside Hotel sebab lokasinya.
Anda pula pilih yang mana?