12 Hotel di Brinchang Cameron Highlands Yg Paling Best (Dari RM 99)

Tercari-cari hotel bagus kat area Brinchang, Cameron untuk cuti nanti?

Ini hotel-hotel best di Brinchang yang anda boleh book — tak kisahlah datang solo, atau holiday dengan keluarga.

Jom tengok hotelnya

Hotel Murah Selesa

Kat bawah hotel-hotel murah di Brinchang yang selesa di bawah RM 150 pada hari biasa.

Snooze Too

keadaan bilik hotel snooze too di brinchang cameron - antara hotel best di sini
Harga BiasaRM 150 ++
Tempah
Tempah

Yang membezakan hotel ini dengan hotel murah lain ialah suasana biliknya yang ada gabungan gaya moden dan hipster.

Saiz bilik anda sederhana, dan ada yang kecil tanpa tingkap. 

Tapi untuk bilik murah dan selesa di Brinchang, Snooze Too boleh dipertimbangkan.

Alamat : Lot 22, Brinchang Square, 39000 Brinchang, Pahang / 016-666 2102

Wan Alyasa Hotel

bilik hotel twin di wan alyasa brinchang
Harga BiasaRM 99 ++
Tempah
Tempah

Bilik hotel Wan Alyasa ini selalunya di bawah RM 100.

Saiz biliknya kecil dan dibuat di kawasan rumah kedai, tapi berbaloi untuk harganya.

Untuk parking, ada di kawasan basement. 

Dan kalau tarikan, Big Red Strawberry Farm dan Cactus Valley tak sampai 1 km dari sini.

Kalau belum ditutup dek Covid, kat tepi hotel ini ada dobi, 7-Eleven dan kedai steamboat – senang untuk keperluan sepanjang kat sini.

Alamat : Jalan Brinchang Square, 39100 Brinchang, Pahang / 05-491 4578

Hotel Cool Mama

hotel cool mama brinchang cameron highlands
Harga BiasaRM 120 ++
Tempah
Tempah

Ini pula hotel baru yang lokasinya best.

Ia kat tepi Cameron Centrum, jadi senang nak shopping atau cari makan malam-malam.

Tak perlu drive keluar.

Biliknya moden tapi ada gaya klasik.

Yang penting, nak jenguk mall dekat sangat untuk cik adik.

Alamat : No A-1-13, Presint Cameron Centrum, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang / 0125823235

Hotel Flora Plus 

hotel flora plus di area brinchang yang murah dan bagus
Harga BiasaRM 118 ++
Tempah
Tempah

Hotel ini biliknya kecil dan simple.

Ia memang tak sesuai untuk keluarga.

Tapi dibuat untuk yang datang solo, sebab saiz biliknya yang terhad.

Dan kalau kebanyakan hotel murah di Cameron Highlands parkingnya bermasalah, yang ini ada banyak tempat parking di basement dan kawasan bawah hotel.

Alamat : Block B3, 29-30 Brinchang Square, Jalan Besar Brinchang, 39100 Cameron Highland / 05-4911297

Hotel Jasmine

suasana bilik hotel jasmine di brinchang cameron. bilik berusia tapi lokasinya power
Harga BiasaRM 150 ++
Tempah
Tempah

Nak hotel bajet yang dalam jarak jalan kaki dengan kedai makan?

Hotel Jasmine ini antara yang lokasinya power.

Tapi lokasinya begini ada keburukannya.

Parking masa cuti sekolah boleh jadi sukar disebabkan ia dalam kawasan pekan.

Suasana bilik berusia, dan saiz bilik sesuai dengan harga yang dibayar.

Alamat : No 29 & 32, Jalan Besar, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang / 05-4911588

Hotel Keluarga

Berikut pula hotel-hotel di Brinchang Cameron Highlands yang bagus untuk family.

Kea Garden Guest House

suasana taman di luar kea guest house di brinchang cameron -- antara hotel terbaik dan best di cameron yg viral
Harga BiasaRM 230 ++
Tempah
Tempah

Anda peminat tegar pasar Kea?

Nak dikelilingi bunga-bunga masa cuti dengan keluarga?

Cuba duduk kat Kea Garden Guest House ini.

Kalau setakat nak makan jagung bakar atau beli souvenir, boleh jalan kaki.

Tak ada berjam sangkut jem atas jalan tapi bergerak cuma beberapa inci.

Cuma parking kat sini agak payah.

Dan kalau nak cuti dengan aman tak sesuai.

Kawasan Kea Farm memang sibuk dengan orang ramai.

Alamat : Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang / 05-496 1472

Hotel Brynton

hotel brynton di brinchang yang dekat dengan centrum mall
Harga BiasaRM 270 ++
Tempah
Tempah

Nak hotel baru kat Cameron yang senang nak jalan sini sana?

Pilih hotel Brynton yang dekat dengan Centrum Mall di Brinchang ini.

Biliknya moden dan simple tatahiasnya.

Cuma saiznya sederhana.

Parking tersedia. Fast food, farmasi dan cafe dekat saja.

Senang cerita, bila malam boleh simpan kereta dan layan ronda mall dengan keluarga.

Alamat : Cameron Centrum, A-G-8, Presint 1, 39100 Brinchang, Pahang / 03-2779 5454

Nova Highlands

nova highlands ada bilik yang besar dan moden di kawasan brincang - antara hotel terbaik di brinchang untuk keluarga
Harga BiasaRM 190 ++
Tempah
Tempah

Nova Highlands ini penginapan jenis hotel apartment.

Sesuai kalau anda nak bilik luas untuk keluarga.

Nak makan dan cari barang senang.

Sebab Nova dalam kawasan mall Cameron Square.

Jadi Watson, 7 Eleven, Dominos Pizza sampailah ke klinik gigi ada kat sini.

Untuk anak, ada mini carnival dengan ride dalam kawasan yang sama yang boleh dilayan masa cuti.

Nak jalan-jalan, simpang masuk ke ladang Teh BOH dan Mossy Forest pun kat depan hotel ini.

Alamat : Jalan Aranda Nova, Greencow, 39100, 2, 59, Brinchang, 39000 Tanah Rata, Pahang / 05-496 1434

Penting : Kami dapati kualiti bilik Nova Highlands semakin merosot sejak review ini kami tulis. Kami akan mengeluarkannya dari senarai ini jika ia terus berkeadaan sama.

Sunlight Suite

bangalow sunlight suite yang tersorok dari jalan besar brinchang
Harga BiasaRM 220 ++
Tempah

Ini hotel bersejarah yang tersorok dari jalan besar Brinchang — sesuai sangat untuk anda yang nak cuti sejuk-sejuk dalam suasana aman tenteram.

Bilik style lama, macam kebanyakan hotel dan bersejarah Cameron Highlands lain.

Kat sini tak risau nak parking kereta, sebab ia macam bungalow persendirian.

Lepak minum kopi dan petang pun rasa macam Cameron Highlands anda yang punya. 

Alamat : No 46 & A47, Jalan Kamunting, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang / 016-407 8998

Rosa Pasadena Hotel

hotel rosa pasadena best sebab lokasinya yang strategik di brinchang
Harga BiasaRM 210 ++
Tempah
Tempah

Rosa Pasadena ini hotel di tengah pekan Brinchang Cameron.

Jadi nak cari makan atau barang cuma perlu jalan kaki.

Bilik anda sederhana saiznya dan berusia fasilitinya.

Tapi sesetengah bilik ada tab mandi, untuk layan berendam dengan air panas happy-happy.

Kelemahannya ia seperti kebanyakan hotel tengah pekan lain, parking jadi masalah negara bila tiba waktu cuti.

Alamat : No. 1, 39100 Brinchang, Pahang / 05-491 2288

Hotel Terbaik di Brinchang

Ini pula senarai hotel di Brinchang yang paling best untuk diri sendiri dan keluarga.

Copthorne Hotel

suasana ringkas moden hotel copthorne
Harga BiasaRM 270 ++
Tempah
Tempah

Bilik kat Copthorne memang cukup luas untuk keluarga.

Dan bagusnya, kebanyakannya ada balkoni untuk santai dengan anak dan pasangan anda.

Bergantung kepada bilik yang anda dapat, ada yang berusia tapi ada yang moden sebab ada bilik-bilik yang baru direnovasi.

Hotel ini dekat dengan Kea Farm.

Kedai makan pun ada tak jauh mana.

Jadi ia memang selesa dan dengan lokasi bagus untuk explore Brinchang dan Tanah Rata.

Alamat : Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang / 05-496 1777

Strawberry Park Resort

strawberry park resort di brinchang ini antara hotel atau resort mewah yang paling best di brinchang cameron highlands
Harga BiasaRM 650 ++
Tempah
Tempah

Untuk cuti yang aman, dengan bilik selesa dan balkoni untuk layan pemandangan, Brinchang ada hotel Strawberry Park.

Hotel ini ideal untuk anda yang nak berehat sebab ia tersorok dari jalan besar, dikelilingi pemandangan bukit dan bunga.

Bilik anda memang luas.

Dan ia juga ada swimming pool dan spa untuk dicuba.

Senang cerita, ia antara hotel paling mewah kat area Brinchang yang ada.

Alamat : Lot 195 & 196, Jalan Strawberry Park, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang / 05-491 1166

Okay, lengkap sudah senarai hotel-hotel terbaik yang ada di sekitar Brinchang Cameron Highlands untuk anda book cuti nanti.

Ada yang di kawasan pekan dan ada yang jauh ke dalam untuk anda yang mahukan privasi masa cuti.

So, ada hotel yang bagus yang anda dah terpikat kat sini?

NOTA : Versi bahasa Inggeris artikel ini : 11 Unbeatable Gems: Best Hotels in Brinchang, Cameron Highlands, from Only RM 99!

JomJalan Seluruh Cameron

Senarai tarikan best di Cameron
Promo hotel, tarikan Malaysia
Layan kedai makan sedap kat Cameron Highlands

Jomjalan