Magazine Vista – Hotel Best Dekat Komtar, Penang untuk Keluarga Besar

Kalau anda plan nak ke Penang, dan datang berjemaah sampai dua tiga family, mungkin sebab kenduri atau reunion family, ini hotel tengah Georgetown yang boleh anda fikir-fikirkan.

Hotel ini cuma ada 4 unit saja.

Tapi yang buat ia ideal untuk family yang datang sama-sama ialah, unitnya besar.

Pilih saja. Nak yang 2 bilik ataupun 3 bilik.

Jadi satu unit boleh muat sampai 9 orang (atau 2 kereta).

Kalau itu belum cukup, book sahaja 2 unit terus.

Kat sini, setiap satu unit siap lengkap dengan dapur, microwave, ruang tamu sampailah ke mesin basuh.

Kalau itu belum bagus, lokasinya pun betul kat tengah Georgetown.

Nak pergi Komtar sebab nak layan Gravityz atau The Top, boleh jalan kaki. Nak makan, kedai Sup Hameed yang famous satu Malaya, pun tak jauh mana.

Nak Makan Best kat Georgetown?

kedai makan best Georgetown Penang
1. Tempat Makan Sedap

Kedai-kedai makan sedap dalam Georgetown.

sarapan sedap Penang
2. Sarapan Pagi Best

Tempat utk sarapan pagi best kat area Georgetown.

nasi kandar
3. Mamak Terbaik

Tempat layan nasi kandar dan lauk mamak sedap dalam Penang.

Nak bergambar, Hua Hin Bus Depot pun 7 minit berjalan kaki saja.

Senang cerita, dari sini senang nak explore Georgetown, sendiri-sendiri atau pun berjemaah sekeluarga.

Dan disebabkan kedai makan mamak dekat dan supermarket Gama ada depan mata, tak lapar lah kalau kat sini.

Dan semua orang boleh keluar sendiri kalau ada keperluan nak dicari — ATM, cendol dan nasi kandar senang dicari, tak kisah malam atau pagi.

3 Tarikan Paling Top Kat Penang

Kelemahan satunya, tempat letak kereta hotel tak ada.

Jadi kalau anda tak mahu letak kereta di tepi jalan, anda boleh pilih untuk letak kereta di beberapa kawasan letak kereta di kawasan ini.

Antara yang terdekat ialah di Jalan Magazine, bersebelahan hotel The Wembley.

Dan yang kedua, disebabkan ini hotel bertahap warisan, ia tak ada lif.

Jadi kalau datang dengan ibu ayah yang uzur dan sakit lutut, boleh skip hotel ini dan cari hotel lain untuk keluarga yang ada.

Kalau dengan anak kecil, boleh skip dan pilih Golden Sands atau hotel yang mesra anak anda.

Walaupun ada 2 kelemahan itu, disebabkan saiznya yang besar, lokasi yang power dan bilik yang kemas cantik, kami masih letakkannya antara penginapan bagus untuk family besar layan Penang cuti nanti.

Dan ada waktunya unit 3 bilik cuma RM 650 satu malam.

Jadi kurang RM 75 seorang — dan yang bestnya semua orang dalam satu unit.

Best kalau nak meriah sebab dah lama tak holiday sama-sama.

So, set dengan Magazine Vista ni?

Harga : RM 650++

Booking.comTempah
Agoda.comTempah

Hotel Terbaik Penang

JomJalan Seluruh Penang

Layan senarai tempat tarikan best di Penang
Tidur kat hotel terbaik Penang
Promo hotel, tarikan Penang
Makan kat kedai makan sedap Penang
Jomjalan