hotel best untuk keluarga dan kanak kanak di kuala lumpur

10 Hotel di Kuala Lumpur Yg Best Utk Keluarga (Ada Pool Semuanya)

Tengah merancang nak bercuti di Kuala Lumpur dengan family?

Ini senarai 10 hotel terbaik di KL untuk keluarga yang harganya sederhana.

Dan mesra kanak-kanak sebab ada swimming pool khas untuk mereka.

Furama Bukit Bintang

bilik bertemakan laut di hotel furama bukit bintang yang sesuai untuk keluarga
Harga BiasaRM 190 ++
Tempah
Tempah    

Hotel di Bukit Bintang ini cukup mesra keluarga.

Ibu senang nak shopping, dan anak ada pool sendiri untuk mandi-manda.

Kalau anda menginap lama, anda boleh minta Kids Room Setup (perlu tambahan harga).

Dengan setup ini, bilik anda bakal ditukar menjadi bilik bertema kanak-kanak, dari cadar sampailah ke berus gigi.

Kolam kanak-kanak ada di tingkat 3.

Dan kalau si kecil nak main, Wakaka Playland, (kawasan bermain sebesar 10,000 kaki persegi) tersedia.

The Robertson 

kolam renang kanak-kanak di the robertson bukit bintang
Harga BiasaRM 190 ++
Tempah
Tempah    

Apartmen di pinggir Bukit Bintang ini antara penginapan di Bukit Bintang yang mesra kanak-kanak dan keluarga.

Kat sini, anda bakal menginap di apartmen luas yang lengkap dengan balkoni, meja makan dan peti ais.

Untuk mandi-manda, ada 2 swimming pool luas bukan sahaja untuk anda tapi juga si kecil juga.

Kalau anda nak ke Bukit Bintang, cuma 10 minit berkereta.

NOTA: Ini bukan hotel tapi penginapan persendirian tanpa sarapan.

KL Gateway Pool Suites

kl gateway pool suit
Harga BiasaRM 190 ++
Tempah

Kalau anda nak apartmen mesra keluarga yang selesa yang melekat dengan mall, ini antara pilihan yang ada.

Apartmen ini luas, lengkap dengan mesin basuh dan peti sejuk untuk anda.

Untuk si kecil, ada pool dan kawasan permainan kecil untuk mereka.

Anak remaja boleh layan gym atau mandi di 2 pilihan pool yang ada.

Kalau anda nak shopping, turun sahaja ke KL Gateway Mall.

Kalau anda nak mall lebih besar, Mid Valley hanya 10 minit memandu dari sini.

NOTA: Ini bukan hotel tapi penginapan persendirian tanpa sarapan.

Ibis KLCC

kolam renang infinity di ibis hotel klcc
Harga BiasaRM 260 ++
Tempah
Tempah    

Hotel Ibis yang moden ini pula sesuai untuk pasangan muda dengan anak kecil.

Dekorasi bilik anda moden dan lengkap dengan minibar, coffee maker dan pemandangan bandaraya.

Hotel ini juga ada swimming pool infiniti untuk anda layan dan juga kolam renang untuk anak anda.

Pilihan makanan pagi di sini juga mesra kanak-kanak dengan waffle dan cereal.

Untuk anda ke tarikan kanak-kanak seperti Aquaria KLCC, Taman KLCC, atau Superpark cuma 5 minit dari sini.

Perdana KL City Center

kolam renang kanak-kanak di pnb perdana hotel kuala lumpur
Harga BiasaRM 270 ++
Tempah
Tempah    

Bilik di Perdana KL City Center ini sudah lama. Tapi ia adalah jenis apartmen.

Jadi ia luas dan ada dapur mini — bagus untuk mereka yang datang dengan family, atau stay lama masa cuti. 

Ianya hotel halal. Tak ada bar, pub atau kolam renang yang menjolok mata.

Hotel ini juga datang dengan swimming pool kanak-kanak, dan kawasan permainan berbumbung, jadi anak masih boleh berseronok kalau hujan.

Nak main di Taman KLCC, layan Aquaria atau naik jambatan Skybridge, boleh naik shuttle yang ada tersedia.

Sunway Putra Hotel

hotel sunway putra kl yang mesra kanak-kanak
Harga BiasaRM 199 ++
Tempah
Tempah    

Sunway Putra ini adalah antara hotel best untuk kanak-kanak yang ada kat dalam Sunway Mall.

Bilik anda luas.

Dan lengkap dengan fasiliti seperti pembancuh teh dan kopi.

Untuk si kecil, anda boleh bawa dia berseronok mandi di kolam renang kanak-kanak, ataupun bermain di mini playground hotel ini.

Kalau shopping kat Sunway Mall tak cukup, ada shuttle percuma untuk ke Bukit Bintang dan KLCC.

Nota : Kalau nak ke mana-mana, stesen tren LRT PWTC ada kat tepi.

Dorsett KL

kolam renang kanak-kanak di hotel dorsett kl
Harga BiasaRM 250 ++
Tempah
Tempah    

Kalau anda mahukan hotel keluarga dengan katil empuk, makanan sedap dan kolam renang yang mesra kanak-kanak, ini antara pilihan terbaik di KL yang ada.

Bilik di hotel ini luas untuk keluarga, dan ia ada pilihan sarapan yang pelbagai untuk semua.

Kalau nak ronda Bukit Bintang, mall seperti Pavillion cuma dalam jarak 10 minit jalan kaki.

Untuk anak anda berseronok, tarikan KL seperti Flight Experience, Cosmos World, Blastacars dan Muzium Ilusi pun senang nak pergi.

Invito Hotel & Residence

bilik apartmen yang mesra kelaurag di invito residence kuala lumpur
Harga BiasaRM 250 ++
Tempah
Tempah    

Kalau anda bercuti dengan keluarga lama, Invito kat Bangsar ini boleh ditimbangkan bersama.

Apartmennya datang dengan peti sejuk, mesin basuh, ruang dapur dan sofa.

Jadi saiz dan kelengkapannya sangat selesa untuk anda dan keluarga.

Kalau dah bosan di bilik, anak remaja boleh ke game room yang ada meja snooker, ping pong dan x-box. Anak kecil pula boleh ke playground area.

Untuk bersantai, ada kolam renang infiniti untuk anda dan kolam juga untuk si kecil anda.

Nak shopping, senang.

Kalau malas berkereta, naik shuttle percuma ke Midvalley saja.

NOTA: Ini bukan hotel tapi penginapan persendirian tanpa sarapan.

Hotel Berjaya Times Square

kawasan permainan kanak-kanak di berjaya times square hotel
Harga BiasaRM 270 ++
Tempah
Tempah    

Hotel kat dalam Mall Berjaya Times Square ini hotel yang cukup mesra kanak-kanak.

Selain kolam renang kanak-kanak, ia juga ada kawasan bermain kat bumbung.

Kalau tak cukup, anda boleh main di Cosmos World, taman tema indoor terbesar di KL.

Selain bilik yang besar untuk anda sekeluarga, ia juga ada fasiliti lain termasuklah peti sejuk dan TV dengan Disney Channel untuk si kecil.

Untuk jalan ke mana-mana, anda boleh naik Grab ataupun monorail yang berada di seberang hotel.

Seri Pacific

Harga BiasaRM 290 ++
Tempah
Tempah    

Hotel Seri Pacific di sebelah PWTC ini ada bilik yang besar.

Selain swimming pool dewasa, ia juga ada pool untuk anak anda di sebelahnya.

Cuma anda kena bersama mereka sebab pool anak agak dalam dari biasa.

Untuk shopping, anda dan anak-anak boleh ke seberang jalan untuk ke Sunway Putra Mall.

Okay, cukup kat sini senarai hotel-hotel mesra keluarga dan kanak-kanak kat Kuala Lumpur yang bagus dan harganya sederhana.

Jadi anda pilih yang mana?

Yang jenis hotel atau apartmen keluarga?