10 Hotel Best di Langkawi untuk Anak & Keluarga (Ada Pool)

Plan nak ke Langkawi dengan family tapi bajet sederhana?

Tak apa.

Ini senarai10 hotel best kat Langkawi untuk keluarga, yang harga biasa-biasa dan ada swimming pool semuanya.

Di Pekan Kuah

Kalau nak dekat dengan tempat shopping, dan nak hotel yang selesa, pekan Kuah adalah tempatnya. Ini hotel-hotel terbaik kat sini untuk keluarga anda.

Hotel Greenish

swimming pool hotel greenish langkawi ini ada di depan hotel
Harga BiasaRM 120 ++
Tempah
Tempah

Hotel di pekan Kuah ini datang lengkap dengan swimming pool besar bukan sahaja untuk anda berdua, tapi juga kolam kanak-kanak juga.

Biliknya selesa untuk keluarga sebab ada balkoni, luas dan lengkap dengan peti sejuk dan seterika.

Parking percuma, dan lokasinya di tepi jalan utama. 

Nak shopping sangat mudah, sebab kompleks HIG mall tak sampai 5 minit memandu.

Riverra Inn

kolam renang kanak-kanak di hotel riverra datang dengna pelampung
Harga BiasaRM 130 ++
Tempah
Tempah

Untuk penginapan mesra kanak-kanak yang tak besar mana, tapi ada swimming pool untuk mereka, Riverra Inn di Kuah ini perlu ada dalam list anda.

Ia dekat dengan pasar malam Kuah, HIG dan tempat shopping lain macam Idaman Suri.

Kalau anda datang hujung minggu, anda boleh berjalan kaki sahaja ke pasar malam kalau mahu.

Senang cerita, kalau anda mencari penginapan keluarga yang murah dan selesa, dan tak kisah saiz biliknya, ini antara jawapannya. 

Hotel Adya

hotel adya langkawi ini jauh lebih selesa dari penginapan milik keluarga yang lazimnya ada di cenang
Harga BiasaRM 170 ++
Tempah
Tempah

Hotel mesra muslim di pekan Kuah ini biliknya luas untuk anak dan juga mesra family.

Kat sini, anak anda boleh berseronok mandi di kolam renang untuk family.

Dan ibu pula boleh mandi dengan tenang di kolam renang khas untuk wanita.

Setiap bilik ada sejadah dan juga Al-Quran dan bila hari Jumaat, ada shuttle percuma untuk ke masjid. 

Untuk makan, kedai makan popular Langkawi seperti Veena Thai dan Wan Thai tak jauh dari hotel.

Untuk shopping pun, HIG mall cuma 5 minit memandu dari sini.

Bayview Hotel Langkawi

dengan lokasi di tepi jalan besar dan kolam renang yang ada, bayview langkawi di kuah ini memang diminati ramai keluarga
Harga BiasaRM 225 ++
Tempah
Tempah

Hotel yang ini mahal sikit.

Tapi ia ada bilik yang besar dan selesa untuk family.

Dan selain itu, kebanyakan bilik di sini juga ada pemandangan laut, taman atau gunung.

Untuk si kecil, mereka boleh berseronok di swimming pool kanak-kanak yang ada di sebelah pool untuk orang dewasa. 

Ia di tepi jalan besar, jadi senang dicari.

Sebab ia di jalan utama, anda akan rasa lebih selamat, terutamanya kalau anda single mom dengan anak kecil.

Kedai makan, atm dan kedai serbaneka pun di depan hotel sahaja.

Dekat Pantai

Untuk hotel mesra kanak-kanak di Langkawi yang ada pool, dekat dengan pantai, dan dalam bajet sederhana, ini hotel-hotel pilihan kami.

MyVilla Langkawi

kolam renang di myvllla sangat kecil dan kurang sesuai untuk mereka yang anak ramai atau besar
Harga BiasaRM 130 ++
Tempah
Tempah

Kalau anda mencari hotel mesra keluarga yang dekat dengan pantai Cenang, MyVilla Langkawi antara pilihan yang ada.

Kolam renangnya tak besar mana, tapi ia masih ada kolam renang kanak-kanak untuk si kecil anda.

Bilik anda yang luas datang dengan peti sejuk dan peralatan membancuh teh dan kopi.

Dari villa ini, pantai Cenang cuma 7 minit memandu.

Dan kalau anda perlukan makan atau barang dari kedai runcit, anda tak susah mencarinya kerana ia ada di sekitar jalan pulang ke penginapan anda.

Tarikan seperti Underwater World pun cuma 10 minit dari sini saja.

Cenang Room Virgo Star

swimming pool di virgo star langkawi ada di depan pintu bilik
Harga BiasaRM 130 ++
Tempah
Tempah

Kalau anda nak penginapan keluarga yang memang dekat dengan Pantai Cenang, ini penginapan mesra kanak-kanak yang ada.

Kolam renangnya kecil, tapi hanya depan pintu bilik anda. Jadi anak confirm suka.

Resort yang tenang ini berada 10 minit berkereta ke pantai Cenang dan 5 minit ke pantai Tengah, jadi anda boleh pilih di antara dua.

Kelemahannya satu.

Nak ke sini, jalannya kecil dan ia sedikit ceruk dari jalan utama.

Tapi dengan saiz bilik dan harganya, ia bukan masalah besar untuk ramai di antara anda.

Fuuka Villa

fuuka villa diminati kerana biliknya yang selesa dan kemudahannya lengkap untuk keluarga
Harga BiasaRM 230 ++
Tempah
Tempah

Sebelum anda sampai ke Cenang Room by Virgo Star, anda akan tempuh Fuuka Villa dulu.

Fuuka Villa juga satu penginapan kecil di kawasan yang agak tersorok di Pantai Cenang.

Tapi ini menjadikan ia lebih tenang dari kawasan tepi pantai itu.

Villa ini ada kolam renang untuk anda dan anak.

Dan kebanyakan bilik anda verandah tempat anda makan pagi atau bersantai dengan keluarga.

Kalau anda tak mahu keluar jauh, ada restoran dan kedai serbaneka berdekatan dengannya.

Shellout Cenang Beach Resort

kolam renang di shellout langkawi
Harga BiasaRM 158 ++
Tempah
Tempah

Penginapan di Shellout Cenang Beach Resort ini ada apartmen dan chalet untuk keluarga, jadi anda ada pilihlah ikut yang anda suka.

Kolam renangnya kecil sahaja, tapi itu bukan masalah besar sebab pantai sangat dekat, dalam jarak jalan kaki anda.

Tempat ini dikelilingi kedai makan dan mart, dan anda boleh berjalan kaki sahaja kalau nak ke mana-mana.

Cenang Mall pun di tepi resort mini ini sahaja.

Untuk ke tarikan Langkawi seperti Underwater World pun tak perlu berkereta sebab jalan kaki pun dalam 10 minit sahaja.

Dekat Airport

Di bawah ini adalah penginapan terbaik untuk family di Langkawi yang dekat dengan kawasan airport. Ideal untuk anda yang pergi dan balik dengan flight lewat malam atau awal pagi.

Red Warriors Villa Abadi

kolam renang di hotel mesra keluarga di pantai cenang ini datang dengan payung dan tempat berehat di tepi kolam
Harga BiasaRM 130 ++
Tempah
Tempah

Resort Villa Abadi ini sesuai untuk keluarga yang mahu penginapan dekat airport, sebab ia cuma 10 minit ke sana.

Tempat ini juga ada bilik yang besar untuk anda yang ada anak kecil.

Dan buka pintu, anak anda dah boleh berseronok dengan swimming pool yang ada.

Bilik anda hadir dengan peti sejuk dan sofa.

Parking pun dekat dengan bilik, dan kalau nak tarikan seperti Beras Terbakar, cuma 7  minit.

Nak ke laut, Pantai Cenang dalam 15 minit memandu.

Kawasan Lain

Untuk anda yang tak kisah tinggal di mana, yang penting penginapannya hampir sempurna untuk keluarga dan bajet yang ada, berikut adalah penginapan pilihan kami.

Villa Paddy

anda boleh dapat pemandangan matahari terbit dan terbenam yang mengasyikkan di villa paddy langkawi
Harga BiasaRM 190 ++
Tempah
Tempah

Villa Paddy ini penginapan untuk family yang tak kisah memandu masa bercuti di Langkawi.

Dan yang paling penting, bilik selesa, makan pagi sedap dan tempatnya baru.

Kat sini poolnya kecil sahaja.

Jadi tak sesuai kalau swimming pool perkara sangat penting untuk keluarga anda. 

Tapi kalau anda nak bilik yang selesa, pemandangan pagi yang istimewa, dan lokasi penginapan yang berada di tengah-tengah tarikan Langkawi yang ada, timbang-timbangkan ia.

Antara tarikan yang dekat dengan Villa Paddy ini ialah Buffalo Park dan Taman Mardi Langkawi.

Kalau nak ke Cable Car, ia 30 minit dari sini manakala pantai Cenang 20 minit memandu dari villa ke sana.

Okay, cukup kat sini dulu senarai 10 hotel keluarga menarik kat Langkawi dalam bajet sederhana.

Yang mana pilihan anda?

Yang dekat dengan pantai atau yang ada swimming pool besar yang jadi pilihan hati?

Hotel Terbaik Langkawi

JomJalan Seluruh Langkawi

Senarai tempat tarikan best di Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Promo hotel, tarikan Langkawi
Jomjalan