Tercari-cari hotel kat Putrajaya untuk cuti atau urusan rasmi kat sini?
Ini senarai hotel-hotel yang paling best kat sini.
Jom pilih yang berkenan kat hati.
Hotel Paling Best di Putrajaya dan Cyberjaya
Le Meridien Putrajaya



Harga Biasa | RM 430 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Le Meridien ini antara hotel terbaik di Putrajaya untuk family sebab bilik anda bukan saja moden dan luas, tapi juga ada bath tub untuk dilayan nanti.
Satu lagi plus point hotel ini ialah ia bersambung dengan IOI Mall.
Nak shopping, memang senang.
Boleh juga kat situ main ice skating ataupun layan taman tema District 21 untuk beraktiviti lasak dengan family.
Doubletree Hilton



Harga Biasa | RM 480 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Datang dengan family? Doubletree ini antara hotel best di Putrajaya untuk anda dan anak-anak bercuti.
Hotel ini gayanya moden.
Dan splash poolnya yang macam taman air mini.
Jadi anak memang puas main air nanti.
Dan untuk dewasa ada infinity pool juga, walaupun saiznya agak sederhana.
Dan disebabkan hotel ini kat Presint 5 dan kat tepi tasik Putrajaya, nak bersiar atau joging awal pagi kat tepi tasik pun senang saja.
Nota : Hotel ini dulunya ialah Pullman Putrajaya Lakeside Hotel.
Pulse Grande



Harga Biasa | RM 280 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel Pulse Grande ini dibuat sebelah area Taman Botani Perdana.
Jadi kawasan luar hotel memang menghijau, memang tenang.
Hotel ini antara hotel di Putrajaya yang best untuk staycation, dan untuk rehatkan kepala.
Kebanyakan bilik ada bathtub, dan swimming poolnya pun ada 2 — satu untuk kanak-kanak dan satu untuk dewasa.
Nota : Hotel ini dulunya adalah Shangri-la Putrajaya
Everly Putrajaya



Harga Biasa | RM 230 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Everly ini dekat saja dengan mall Alamanda.
Kalau nak shopping, boleh jalan kaki sebab sebelah menyebelah saja.
Bilik Everly selesa, dan katilnya besar.
Ia juga ada swimming pool, tapi saiznya kecil sahaja.
Nak ambil angin atau piknik dan bergambar? Moroccan Pavillion dan Taman Botani tak sampai 10 minit berkereta.
Zenith Putrajaya



Harga Biasa | RM 320 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Zenith Putrajaya ini satu lagi hotel best dengan view tasik dan masjid Putrajaya.
Bilik anda ada bathtub.
Sesuai sangat untuk yang bawa anak, atau nak release stress, dan nak staycation seorang diri.
Nak shopping, hotel ini cuma 15 minit ke IOI Mall.
Dan pagi-pagi pun boleh ambil angin atau jogging ke kawasan Dataran Putrajaya.
Park Inn By Radisson



Harga Biasa | RM 180 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel ini di pinggir Putrajaya.
Dan baru dibuka pada hujung 2020.
Bilik dan suasana hotel ini moden, dan bilik anda berbaloi dengan harganya.
Ia ada pool, tapi kecil sebab ia lebih ngam untuk urusan rasmi, dari penginapan cuti keluarga.
Untuk anda yang nak melawat anak kat UNITEN atau Universiti Infrastruktur, ini penginapan terdekat dan terbaik yang ada.
Tapi kalau untuk ke tarikan area Putrajaya, memang perlu memandu dalam 15 – 20 minit dari penginapan anda.
Dorsett Putrajaya



Harga Biasa | RM 260 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini satu lagi hotel best di Putrajaya yang ada pemandangan tasik.
Dan biliknya luas.
Hotel ini cukup dekat dengan kawasan food truck, jadi nak makan senang.
Dan kalau anda datang untuk ke tengok pesta bunga kat Anjung Floria, ia antara hotel hampir ke sana.
Kalau suka mandi, kat rooftopnya ada swimming pool infinity dengan view Masjid Besi.
Marriott Putrajaya



Harga Biasa | RM 340 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini hotel yang fokusnya pada tidur anda.
Jadi ia ada cadar halus dan katil yang empuk.
Kat sini poolnya pun besar.
Dan bilik ada bath tub macam kebanyakan hotel 5 bintang kat area Putrajaya ini.
Cuma bilik dan fasilitinya sudah berusia.
Hotel ini dekat IOI Resort City.
Dan kalau nak shopping, ada shuttle free ke IOI Mall nanti.
Cyberview Resort and Spa



Harga Biasa | RM 250 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel yang suasana dalamnya macam taman ini letaknya kat Cyberview, pesisir Putrajaya.
Ia ada bilik yang luas, tapi fasilitinya sudah berusia.
Dan ia juga ada 3 pool dengan kedalaman berbeza untuk anda dan anak layan sama-sama.
Kalau anda datang dengan keretapi laju, stesen Putrajaya Sentral cuma 8 km dari sini saja.
Dan untuk ke tarikan-tarikan Putrajaya, dalam 15 minit berkereta.
Shaftsbury Stellar Cyberjaya



Harga Biasa | RM 190 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
Untuk anda yang perlukan penginapan jenis apartmen pula, boleh timbangkan Shaftbury Stellar di pinggir Putrajaya.
Apartmen 1 bilik ini hiasannya minimalis. Tapi anda ada microwave, toaster dan pinggan untuk diguna.
Dan macam apartmen lain, ia lengkap dengan swimming pool, gym dan kawasan bermain untuk si kecil anda.
Untuk ke tarikan Putrajaya, sekitar 15 minit berkereta.
Okay, cukup buat masa ini senarai hotel-hotel best kat Putrajaya & Cyberjaya untuk cuti anda dan urusan kerja kat Putrajaya.
Kalau anda perlukan hotel yang sederhana dan tak kisah memandu, ada beberapa yang sesuai di Cyberjaya.
Tapi kalau anda perlukan yang selesa, hotel best-best di Putrajaya dah kami senaraikan semuanya.
So, yang mana satu kena dengan anda?